MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, January 15, 2013

MESYUARAT AGUNG KOMPENI BRAVO


          Pada 20 Disember 2012, Kompeni Bravo telah mengadakan Mesyuarat Agung di Dewan Karyawan 2. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kesatria Negara Kompeni Bravo dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kesatria Negara, Kompeni Bravo semester 1. Majlis dihadiri oleh penyelaras kokurikulum Leftenan Kesatria Encik Jamil Bin Sulong, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim, Presiden Kompeni Bravo, mantan komander, ahli Kompeni Bravo dan pelajar semester 1 Kompeni Bravo sesi Dis 2012 – Mac 2012.

      Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Saiful Ikram Bin Muzaimi bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan di mulakan oleh KM Fatin Nurizzati Binti Abu Bakar, selaku mantan Ketua Kompeni Bravo. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh jawatankuasa yang lama sekaligus membubarkan Jawatankuasa Sesi Jun 2012-November 2012. 
Ucapan Mantan Ketua Kompeni KM Fatin Nurizzati Binti Abu Bakar

        Seterusnya majlis di teruskan lagi dengan ucapan daripada KM Amer Syazwan Bin Mansor selaku Ketua Kompeni Kesatria Negara, Kompeni Bravo. Beliau memberikan ucapan dimana dalam ucapan tersebut beliau telah memberitahu tentang kursus-kursus yang terdapat dalam Kompeni Bravo dan juga aktiviti-aktiviti semester lepas serta mengharapkan kesungguhan dan kerjasama para pelajar semester ini untuk terus bersemangat dalam usaha memperoleh kejayaan didalam aktiviti dan pertandingan yang akan datang. Beliau melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi Kompei Bravo Sesi Dis 2012 – Mac 2013. 
Ucapan Ketua Kompeni KM Amer Syazwan Bin Mansor
      Wakil top 5, KM Muhamad Jasman Bin Abu Bakar memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi Sesi Dis 2012 – Mac 2013. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni Bravo dan semoga Kompeni Bravo akan terus menjuarai setiap pertandingan yang akan datang.
Ucapan Wakil Top 5 KM Muhammad Jasman Bin Abu Bakar
           Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Left Kest Jamil Bin Sulong, selaku Penyelaras Kesatria Negara. Beliau berharap pelajar kokurikulum Kompeni Bravo dapat memberikan kerjasama dengan para komander Kompeni Bravo dalam menjalankan aktiviti semester ini.
Ucapan Penyelaras Kesatria Negara Left Kest Jamil Bin Sulong
        Majlis berakhir selepas tanyangan multimedia dan para tetamu jemputan di jemput untuk menjamu selera.

No comments:

Post a Comment