MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, May 29, 2011

Jambori Kesatria Negara UiTM 2010




Pada Disember 2010 yang lalu, Jambori tahunan UiTM telah berlangsung di UiTM Kedah. Seramai 40 orang komander telah mewakili UiTM Johor untuk ke pertandingan tersebut. Beberapa pertandingan telah dipertandingkan sepanjang Jambori ini berlangsung seperti pertandingan kawad kaki, merempuh halangan, EOQ,  prolog dan persembahan kebudayaan. Keputusan yang memberangsangkan telah diperoleh Komander Johor. Dibawah ini disertakan keputusan pertandingan dan beberapa gambar sepanjang berlangsungnya pertandingan itu untuk tatapan semua.

Keputusan:

Kebudayaan  : Tempat Pertama
EOQ             : Tempat Kedua
Prolog           : Tempat Kedua
Merempuh
Halangan       : Tempat Kedua
Kawad Kaki : Saguhati








Kami telah menjalani latihan intensif selama 2 minggu di UiTM Kedah untuk memberikan kekuatan kepada kami apabila berlangsungnya pertandingan Jambori nanti. Apabila tamatnya latihan tersebut, kami bertolak ke UiTM Kedah dan setibanya disana, kami disambut oleh Komander dari UiTM Kedah. Kami ditempatkan di kolej kediaman disana. Pada keesokan harinya, bermulalah pertandingan EOQ Komander Challenge dimana 4 orang komander UiTM Johor telah menyertainya. Pada hari yang berikutnya, pertandingan Prolog telah diadakan dan seramai 16 orang komander telah menyertainya. Dan seterusnya, pertandingan kawad kaki seramai 31 orang dan diikuti oleh pertandingan merempuh halangan seramai 12 orang. Pertandingan yang terakhir dilangsungkan adalah persembahan kebudayaan.





Pertandingan EOQ Komander Challenge


Pertandingan Prolog


Pertandingan Kawad Kaki


                                                          Petandingan Merempuh Halangan

                                                       
                                                      Pertandingan Persembahan Kebudayaan