MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, September 24, 2012

UiTM Tower Challenge 2012

14 dan 15 September yang lalu, UiTM telah mengadakan pertandingan 'UiTM Tower Challenge 2012' bertempat di UiTM Shah Alam, Selangor. Selain itu, IPTA-IPTA yang lain juga turut serta menyertai pertandingan Tower Challenge ini. Setiap kampus mnghantar wakil dan UiTM Johor juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini. Senarai peserta yang menyertai pertandingan ini ialah :

Komander:
KM Ammar Hakim bin Zulkofli
KM Dayang Suraya bt Sabtu
KM NorHazura bt Abdul Kadir
KRK Nurul Zallie bin Shaiful Asmady
KRK Siti Nurazima bt Ahmad Jais
KRK NorSuliana bt Saupi
KRK NurSyuhada bt Muhmad Jamin
KRK Nabilah bt Musa
KRK Nurhazwani bt Mohd Zal
KRK Noreen Farahin bt Supardin

Pelajar dari kompeni Bakal Komander: 3 orang
Pelajar dari KO sukan : 1 orang

Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu Terbuka lelaki dan wanita, Kategori Institut Pengajian Tinggi(IPT) lelaki dan wanita, serta Terbuka Kolej lelaki dan wanita (UiTM). Peserta terpaksa menaiki anak tangga di Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) dan Menara Sains dan Teknologi dan menamatkan larian di Stadium UiTM.
Peserta dari UiTM Johor telah memenangi tempat ke-10 bagi kategori Lelaki IPT dan Wanita IPT iaitu KM Ammar Hakim bin Zulkofli dan KRK NurSyuhada bt Muhmad Jamin. Mereka telah mendapat pingat dan wang tunai sebagai hadiah. Tahniah kepada para pemenang. Tingkatkan lagi usaha untuk pertandingan yang akan datang!



Friday, September 21, 2012

Majlis Makan Malam Kompeni Alpha

              Pada 13 September yang lalu, Kompeni Alpha iaitu kompeni dari Kesatria Negara I telah mengadakan majlis makan malam di dewan Sri Peria UiTM Segamat, Johor. Majlis makan malam ini bertemakan 'Glamour Red' dan Majlis makan malam ini bertujuan bagi meraikan pelajar bahagian 1 kerana telah berjaya memenangi beberapa acara dalam Minggu Kokurikulum 2012 yang lalu. Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Kapt. Kest. Norsyidah bt Mahmat Sani, Lt. Kest. Jamil Bin Sulong dan jurulatih-jurulatih kompeni Alpha iaitu En. Hamzah bin Ibrahim, En. Md. Rawi bin Ikhwan dan En. Arshad bin Hj Mohamed Shukor turut menghadiri majlis makan malam tersebut. Barisan Top 5 Komander Kesatria juga turut hadir bersama komander-komander yang lain dan wakil JPK sektor A serta wakil MPP hadir ke majlis tersebut.



Majlis bermula pada pukul 9 malam dengan nyanyian lagu negaraku, Negeri Johor dan UiTM Dihatiku. Bagi memberkati majlis tersebut, bacaan doa dibacakan dan seterusnya majlis berlangsung dengan ucapan-ucapan daripada pegawai kokurikulum iaitu Kapt. Kest. Norsyidah bt Mahmat Sani dan ketua kompeni Alpha, KM Muhammad Faidi Bin Safaruddin. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan menjamu selera. Tetamu yang hadir juga dipersembahkan dengan tayangan multimedia dan persembahan khas daripada kelab PAC UiTM Segamat. Pelajar bahagian 1 kompeni Alpha juga turut mempersembahkan beberapa persembahan dan sesi cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis.

Sebelum majlis berakhir, majlis makan malam yang bertemakah 'Glamour Red' ini juga mengadakan pertandingan 'catwalk' untuk pemilihan 'King & Queen of the night'. Selepas itu sesi penyampaian hadiah bagi para pemenang dan cenderahati untuk tetamu jemputan dan tetamu kehormat. Sebelum bersurai, sesi fotografi diadakan untuk menyimpan sebagai kenangan. Majlis berakhir dan semua bersurai.

Majlis Makan Malam Kompeni Charlie

10 September 2012- Kesatria Negara I, kompeni Charlie telah mengadakan makan malam bersama jurulatih, komander dan pelajar bahagian 1 kompeni Charlie. Makan malam ini bertemakan 'Rainbow' dan telah diadakan di dewan Sri Peria UiTM Segamat, Johor. Makan malam ini juga bertujuan untuk meraikan semua pelajar bahagian 1 kerana telah berjaya menyertai acara dalam Minggu Kokurikulum baru-baru ini. Selain itu juga, makan malam ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara semua pelajar.

Semua jemputan VIP iaitu Lt.(Kest.) Jamil bin Sulong selaku penyelaras Kesatria Negara, En. Jamaluddin bin Hassenman @ Dasiman dan En. Nasir bin Fairin selaku jurulatih kompeni Charlie. Barisan top 5 komander kesatria dan komander-komander juga hadir ke majlis makan malam itu. Majlis bermula pada pukul 8.50 malam dan seterusnya dimulakan dengan bacaan doa, ucapan daripada ketua kompeni Charlie, ucapan dari wakil top 5 dan akhir sekali ucapan daripada pegawai kesatria.


Majlis makan malam diteruskan lagi dengan menjamu selera. Selepas itu, tetamu juga telah dipersembahkan dengan tayangan multimedia dan beberapa permainan diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Sebelum berakhir majlis tersebut, sesi penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para tetamu dan sesi fotografi diadakan bagi menyimpan sebagai kenangan. Selepas itu majlis bersurai dan majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis makan malam kompeni Charlie ini.






Minggu Kokurikulum 2012 (MIKO)

    Pada 7, 8 dan 9 September 2012, Unit Kokurikulum berkerjasama mengadakan Minggu Kokurikulum (MIKO) bagi sesi tahun 2012 bersama Unit Sukan di persekitaran UiTM Segamat, Johor. Semua komander UiTM Johor telah turut serta menjayakan Minggu Kokurikulum ini. Terdapat juga beberapa booth di Dataran PTDI 2 untuk pameran kepada semua pelajar dan staff-staff UiTM. Unit-unit Kerajaan yang membuat pameran adalah Bomba dan Penyelamat daerah Segamat, Askar dan sebagainya.

7 September 2012 : Aktiviti bermula pada pukul 3 petang iaitu acara simulasi bencana, CPR dan kawad Hos. Semua acara ini diketegorikan sebagai Res-Q Challenge dan semua kompeni telah menghantar peserta dalam setiap penyertaan. Kompeni-kompeni yang menyertai acara tersebut adalah Kompeni Alpha, Kompeni Bravo, Kompeni Charlie, Kompeni Bakal Komander, Kompeni Kesatria Kembara, Kompeni Badan Pertolongan Cemas, Kompeni Jabatan Pertahanan Awam, Kompeni Bomba dan Kompeni Brass Band. Setiap kompeni bersorak dengan penuh semangat menyokong kompeni masing-masing. Aktiviti yang dijalankan berakhir pada pukul 6 petang dan bersambung pada waktu malam bagi sesi Malam Kerohanian.



*kawad hos*

 


                                                                                       *simulasi bencana*


                                                                                                 *CPR*



8 September 2012 : Minggu Kokurikulum (MIKO) 2012 diteruskan lagi dengan acara Kawad Kreatif dan Rempuh Halangan pada pagi tersebut. Semua acara dipertandingkan secara serentak pada pukul 10 pagi di Dataran Sri Bendahara bagi acara Kawad Kreatif manakala acara Rempuh Halangan dijalankan di kawasan rempuh halangan. Semua kompeni terlibat dan pelajar kokurikulum UiTM Larkin juga menghantar wakil dalam penyertaan Kawad Kreatif dan Rempuh Halangan. Semua acara berjalan dengan lancar dan acara seterusnya diteruskan lagi pada sesi waktu petang iaitu Prolog. Acara prolog telah bermula pada pukul 3 petang di sekitar UiTM Segamat, Johor. Setiap kompeni menghantar 10 orang wakil bagi menyertai acara prolog tersebut. Semua pelajar bersorak dengan penuh semangat bagi menyokong kompeni mereka masing-masing. Acara berakhir pada pukul 6 petang dan semua acara berjalan dengan lancar. Pada sesi malam pula, kelab teater mengambil bahagian bagi mempersembahkan teater pada malam itu di dataran PTDI 2.

*kawad kreatif*

*Rempuh halangan*

*prolog*

9 September 2012: Hari terakhir Minggu Kokurikulum (MIKO) 2012 bermula dengan aktiviti dari unit sukan iaitu mini marathon. Sebelum mini marathon bermula, unit sukan telah membuat sesi senam erobik di Dataran Sri Bendahara untuk semua pelajar kokurikulum yang terlibat. Selepas itu, acara mini marahon berlepas dan tamat di Dataran Sri Bendahara juga. Pada pukul 11 pagi, acara yang dinanti-nantikan iaitu Penutupan Minggu Kokurikulum (MIKO) 2012 diadakan untuk mengumumkan kemenangan bagi setiap acara yang telah dijalankan selama 3 hari tersebut. Rektor UiTM Johor iaitu Prof. Madya Dr. Hj. Omar Bin Samat telah menyampaikan sedikit ucapan pada penutupan MIKO 2012 tersebut. Selepas itu, pengerusi majlis mengumumkan Kompeni-kompeni yang telah memenangi setiap acara. Semua bersorak kemenangan untuk kompeni masing-masing. Selepas Sesi penyampaian hadiah, persembahan juara kawad kreatif dari kompeni Kesatria Kembara yang telah diketuai oleh KRM Nur Atiqah Bt Jamaluddin dan persembahan daripada Pancaragam Brass Band UiTM Johor. Selesai tamat persembahan, maka berakhirlah Minggu Kokurikulum (MIKO) untuk sesi tahun 2012. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakannya.

*mini marathon*
*Majlis Penutupan*



 
Keputusan Minggu Kokurikulum 2012
 
Simulasi bencana: Pertama- Kompeni JPAM
                                                                            Kedua- Kompeni BK
                                                                            Ketiga- Kompeni BPC

                                                                  CPR: Pertama- Kompeni BPC
                                                                            Kedua- Kompeni BK
                                                                            Ketiga- Kompeni JPAM

                                                       Kawad Hos: Pertama- Kompeni BPC
                                                                            Kedua- Kompeni Bomba
                                                                            Ketiga- Kompeni JPAM

                                                  Kawad Kreatif: Pertama- Kesatria Kembara
                                                                            Kedua- Kompeni BK
                                                                            Ketiga- Kompeni Bomba

                                            Rempuh Halangan: Pertama- UiTM Larkin
                                                                            Kedua- Kompeni Kesatria Kembara
                                                                            Ketiga- Kompeni Brass Band

                                                              Prolog: Pertama- Kompeni Bravo
                                                                           Kedua- Kompeni Bomba
                                                                           Ketiga- Kompeni BK

Ketua Platun Kawad Kreatif Terbaik: KRK Noor Afiqah bt Noor Azman (Kompeni BK)
Juara Keseluruhan: Kompeni Bakal Komander

Thursday, September 06, 2012

Family Day Kompeni Alpha

Pada 2 September 2012, Kompeni Alpha telah mengadakan Program Family Day untuk pelajar bahagian 1 kompeni Alpha bagi sesi Jun-Oktober 2012. Program ini bertujuan untuk memberi latihan kepada para pelajar dari segi fizikal dan juga mental. Program ini juga dihadiri oleh Penyelaras Kesatria Negara, Encik Jamil Bin Sulong dan komander-komander kompeni Alpha. Semua pelajar kompeni Alpha berkumpul di dataran PTDI 2 pada pukul 7 pagi untuk pendaftaran dan seterusnya sesi senaman pagi. Selepas itu, para pelajar diberikan beberapa kumpulan untuk sesi latihan dalam kumpulan (LDK) iaitu Ice Breaking. Ini bertujuan bagi semua pelajar dapat mengenali antara satu sama lain dalam kompeni. Pada pukul 10 pagi, pelajar diberikan minum pagi dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Selepas itu, acara explorace dipertandingkan bagi memberi semangat berdaya saing antara pelajar untuk mendapatkan kemenangan. Selepas tamat explorace, aktiviti diteruskan dengan acara sukaneka secara berkumpulan. Semua pelajar bersemangat berpasukan dalam bersaing antara mereka. Sebelum bersurai, upacara penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan dan Encik Jamil bin Sulong telah memberi sedikit sepatah dua kata dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Setiap kumpulan dinilai dari segi kerjasama, semangat dan sikap bersatu padu dalam kumpulan. Majlis penutup telah tamat dan semua bersurai. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya secara langsung atau tidak langsung.












Monday, September 03, 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55


  Pada 31 Ogos 2012, sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 55 di Padang bola sepak di  Bandar Segamat, Johor.  Jawatan Perwakilan Komander Kesatria telah mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat. Terdapat dua platun JPKK dengan membawa bendera Malaysia dan bendera Negeri Johor. Sambutan hari Kemerdekaan dihadiri oleh wakil Menteri Besar Johor. Selepas itu, Acara dimulakan pada pukul 8 pagi dengan dimulakan lintas hormat dari platun Komander Kesatria Uitm Segamat dan platun-platun dari wakil dari badan kerajaan yang lain. Perbarisan lintas hormat diiringi oleh Pancaragam Brass Band UiTM Segamat, Johor.


Selepas itu majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan koir, lintas hormat dari Badan Kerajaan seperti PDRM, SPRM, FELDA dan lain-lain lagi. Selepas itu ucapan dari wakil Menteri Besar Johor dan bacaan ikrar oleh pelajar Sekolah Menengah Tinggi Segamat.



Selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan-persembahan daripada Persatuan Silat Cekak dan Pancaragam UiTM Johor. Selepas tamat persembahan, acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dalam acara yang telah dipertandingkan. Majlis tamat dan tetamu bersurai.



Tuesday, August 14, 2012

Majlis Berbuka Puasa Komander Kesatria UiTM Johor cawangan Segamat

Pada 12 Ogos 2012, Jawatan Perwakilan Komander Kesatria telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama semua komander di Dewan Sri Peria, UiTM Segamat, Johor. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara semua komander disamping menikmati kemanisan dalam bulan Ramadhan al-mubarak ini. Majlis dipengerusikan oleh KRM Nurul Fatihah bt Tarmizi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh KRK Amer Syazwan Bin Mansoor bagi memberkati majlis itu. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pegawai memerintah iaitu KK Mohd Syafiq bin Abu Hashim dan selepas itu ucapan daripada ketua batch 21 iaitu KRK Muhd Azfar bin Rohani selaku ketua program majlis berbuka puasa tersebut. Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan Yassin secara berjemaah dan telah diketuai oleh KRK Muhamad Thaqif bin Azmi.

Tepat azan Maghrib berkumandang, semua komander berbuka puasa bersama-sama dengan acara makan nasi ambang dalam dulang. Ini bertujuan bagi merapatkan lagi antara semua komander dalam satu batalion. Selesai sahaja majlis berbuka, majlis diteruskan dengan solat Mahgrib berjemaah  dan telah diketuai oleh KRK Muhamad Thaqif bin Azmi. Selepas selesai berjemaah, KRK Akmal Hadi bin Talib telah memberi sedikit tazkirah pada malam itu. Setelah tazkirah tamat, majlis tamat dan semua komander bersurai.






MALAM JALINAN KASIH DI BULAN RAMADHAN KOMPENI BADAN PERTOLONGAN CEMAS

Pada 10 Ogos 2012 : Kompeni Badan Pertolongan Cemas telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama jurulatih dan pelajar kokurikulum kompeni Badan Pertolongan Cemas di Bangunan Karyawan UiTM Johor cawangan Segamat. Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara pelajar kokurikulum dan jurulatih-jurulatih kompeni Badan Pertolongan Cemas. Majlis dihadiri oleh tetamu VIP iaitu En. Muhammad Fairus bin Abdul Shukor, En. Zainal Abidin, En. Hj. Md Shah, En. Halim selaku jurulatih kompeni Badan Pertolongan Cemas. Selain itu juga, majlis dihadiri oleh para barisan Top5, mantan komander, serta komander-komander kompeni Badan Pertolongan Cemas.

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa di bilik karyawan 1 bersama-sama tetamu vip dan para pelajar kokurikulum kompeni Badan Pertolongan Cemas semester 1, 2 dan 3 serta komander-komander yang hadir. Selepas selesai berbuka puasa, majlis diteruskan lagi dengan solat Maghrib berjemaah dan diketuai oleh pelajar kokurikulum iaitu Mohd Syarafuddin, dari pelajar semester 3. Setelah selesai berjemaah, malam jalinan kasih di bulan Ramdhan diteruskan lagi dengan acara menjamu selera dalam dulang.

Selepas itu, setelah masuk waktu Isyak, majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan KMdy Muhammad Firdaus Naim bin Jahari telah mengetuai jemaah tersebut. Setelah selesai berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan surah Yassin dan diketuai oleh pelajar kokurikulum, Mohd Syafaruddin. Setelah tamat bacaan surah Yassin, malam Jalinan Kasih di Bulan Ramadhan berakhir dan semua tetamu bersurai.