MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, September 02, 2018

MAKAN MALAM REJIMENTAL SESI MAC 2018 - JULAI 2018


         Majlis Makan Malam Rejimental Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria
Batalion VI Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor, Kampus Segamat  diadakan adalah bertujuan untuk meraikan para komander yang telah berjaya dalam program tahunan komander iaitu Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri 13/2018 yang telah diadakan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dan Komander Kesatria
Endurance Challenge (KKEC) Siri 7/2017, yang telah diadakan di Universiti Teknologi
MARA Cawangan Melaka Kampus Jasin. Di samping, meraikan komander yang menerima
pentauliahan pada malam ini.

           Selain itu, bagi meraikan komander semester akhir serta para komander yang telah berjaya mendapat Anugerah Dekan pada semester lepas dan semester ini.





           Majlis dimulakan dengan kata-kata penghargaan daripada Komander Kanan Ahmad Nabil Bin Hafizan kepada tetamu yang hadir ke majlis.

           Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Leftenan Kolonel Kesatria Ujud Bin Pabil, selaku Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor.




           Seterusnya, ucapan daripada Yang Dihormati Kolonel Kesatria Mohd Khairul Ariff Bin Noh selaku Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor .

           Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah pentauliahan Leftenan Muda Kesatria dan penyampaian beberapa anugerah kepada para komander.

                                               Antara anugerah yang telah disampaikan adalah :

 -Anugerah Komander Dekan
                        -Anugerah Komander Terbaik Luar Bidang
                     -Anugerah Komander Terbaik Akademik
                        -Anugerah komander Kepimpinan Terbaik
                          -Anugerah Komander Terbaik Keseluruhan


Anugerah komander Terbaik Akademik disandang oleh Leftenan Muda Kesatria Nur Husnina binti Amran ,


                          Leftenan Muda Kesatria Muhammad Haris Fadzillah bin Mohd Yunos


                                          Leftenan Muda Kesatria Akmal Shakir bin Shukri
Dan,



                                   Leftenan Muda Kesatria Nurul Usni Iman binti Abdul Jamlus


Seterusnya , Anugerah Luar Bidang Terbaik disandang oleh Leftenan Muda Nuraina Binti Kaharudin
Dan,


                                   Leftenan Muda Kesatria Mohd Syamir Bin Mohd Damuri


 Anugerah kepimpinan terbaik pula disandang oleh Leftenan Muda Kesatria Siti Nur Syahirah Binti Mohamad Azman ,


                                         Leftenan Muda Kesatria Nurul Hazirah Binti Azali.


                                    Leftenan Muda Kesatria Mohd Nur Akmal Bin Mohd Tayib


 Anugerah yang sangat ternilai iaitu anugerah khas kokurikulum telah disandang oleh Leftenan Muda Kesatria Firdaus Bin Hamdi

terbaik keseluruhan,


           Penyampaian anugerah diakhiri dengan anugerah terbaik keseluruhan yang disandang oleh Leftenan Muda Kesatria Nur Husnina Binti Amran .

            Majlis diteruskan lagi dengan upacara pemakaian batch kepada Leftenan Muda Kesatria Firdaus Bin Hamdi selaku Ketua Kontinjen Komander Kesatria Endurance Challenge Siri 7/2017 .

            Selesai sahaja penyampaian cenderahati dan nyanyian lagu, maka berakhirlah majlis Makan Malam Regimental. Para tetamu VIP dijemput untuk sesi fotografi.