MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, April 02, 2023

UNI-NATURE RUN @ SEGAMAT

    Pada 7 Januari 2023 yang lalu, program Uni-Nature Run @ Segamat anjuran Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI dan Kelab Briged Sukarelawan dengan kerjasama Unit Kokurikulum Kampus Segamat telah diadakan. Program ini mempunyai 3 Kategori iaitu 3KM Fun Run, 6KM Open Run dan 12KM Men & Women Open. Program ini diadakan di Padang Kawad, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Slogan yang digunakan ialah Segar Amat kerana peserta akan berlari di sekitar UiTM Segamat sambil menikmati keindahan alam semulajadi. 


Banner Uni-Nature Run @ Segamat

    Pada jam 7.00 pagi, ketibaan para peserta di Padang Kawad dan seterusnya aktiviti dimulakan dengan pemanasan badan iaitu senamrobik serta gimik perasmian yang dipersembahkan oleh Kompeni Brass Band. Majlis ini dilakukan secara besar-besaran dan telah dirasmikan oleh BRIG. JEN. PROF. MADYA DR. SAUNAH BINTI ZAINON (KEST). Selepas perasmian, bermulalah pelepasan bagi setiap kategori iaitu dimulakan dengan kategori 12KM Men & Women Open, 6KM Open Run dan 3KM Fun Run. Pelepasan telah dibuat setiap 5 minit.

Ucapan daripada BRIG. JEN. PROF. MADYA DR. SAUNAH BINTI ZAINON (KEST)

Perasmian yang dilakukan oleh BRIG. JEN. PROF. MADYA DR. SAUNAH BINTI ZAINON (KEST)
Gimik perasmian daripada Kompeni Brass Band
Senamrobik daripada Komander Kesatria

        Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh para peserta iaitu pengumuman pemenang. Bagi kategori 6KM Open Run, Tempat Ketiga dimenangi oleh Ahmad Fawwaz Hafiz Bin Khusaini, seterusnya Naib Johan dimenangi oleh Muhammad Aminuddin Azim Bin Mohd Azrul dan Johan dimenangi oleh Mohammat Inaayat            Hussien Khan. 


Johan bagi Kategori 6KM Open Run

    Seterusnya, diumumkan juga pemenang bagi kategori 12KM Men open. Tempat Ketiga dimenangi oleh Muhamad Aznil Saifuldin Shah Bin Samsudin, Naib Johan dimenangi oleh Amy Haikal Bin Rosli dan Johan dimenangi oleh Pam Zhen Shen. Bagi kategori 12KM Women Open, Tempat Ketiga dimenangi oleh Tumijah Binti Bahari, Naib Johan dimenangi oleh Noor Hasliza Binti Hasan dan Johan dimenangi oleh Khoirun Annisyak Subaidi.

Johan bagi Kategori 12KM Men Open
Johan bagi Kategori 12KM Women Open

    Majlis telah berakhir dengan sangat meriah sekali. Tahniah diucapkan kepada para pemenang serta peserta yang telah memeriahkan lagi program Uni-Nature Run @ Segamat dengan jayanya. Kehadiran peserta tidak kira di dalam mahupun luar dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka. Semoga program ini dapat membantu sebagai latihan larian serta dapat memberikan keseronokan agar program seperti ini akan diadakan lagi bagi semester hadapan.