Thursday, January 24, 2013

INDUKSI BADAN PERTOLONGAN CEMAS


SABTU, 12 JANUARI 2013


     Kursus ini dimulakan dengan pendaftaran para pelajar di Dewan Sri Peria pada pukul 2.00 petang. Kemudian para pelajar diminta berkumpul di Dewan Sri Peria untuk mendengar sedikit taklimat mengenai Kursus Asas Ikatan Dan Pertolongan Cemas yang disampaikan oleh Ketua Projek. Pada pukul 2.30 petang, para pelajar telah dibahagikan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai nama kumpulan yang berkaitan dengan Badan Pertolongan Cemas. Kursus diteruskan lagi dengan Ice Breaking. Sementara menanti ketibaan penceramah, para pelajar telah diminta untuk membuat sorakan bagi kumpulan masing-masing.

pendaftaran pelajar Badan Pertolongan Cemas
pelajar Badan Pertolongan Cemas
Ice Breaking
     Selepas itu, pada pukul 3.00 petang telah diadakan Ceramah Mengenai Asas Ikatan Dan Balutan Simulasi Bencana yang disampaikan oleh En Abdul Razak Bin Md Yassin. Banyak input yang dapat dipelajari daripada ceramah yang disampaikan. Antaranya, para pelajar dapat merasakn situasi yang sebenar  kerana penceramah mengambil  pendekatan dengan membahagikan beberapa situasi yang berbeza kepada kumpulan tersebut. Selain itu, para pelajar dapat memahami lebih mendalam mengenai jenis ikatan serta balutan. Ceramah ini mengambil masa dalam 2 jam.

ceramah Asas Ikatan dan Balutan Simulasi Bencana:
 En Abdul Razak Bin Md Yassin
cara balutan
cara ikatan

     Selepas selesai ceramah Asas Ikatan Dan Balutan, para pelajar dibawa ke PI untuk solat Asar. Kemudian para pelajar dibawa ke padang kawad untuk makan malam yang telah disediakan oleh para komander Badan Pertolongan Cemas dan dibantu oleh para komander yang lain. Selepas itu para pelajar dibawa semula ke PI untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak.

minum petang
     Pada pukul 9.30 malam, para pelajar dibawa ke Dewan Sri Peria untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh En Musa Bin Hasseman@Dasiman mengenai Kaedah CPR yang terbaru. Beliau menerangkan kaedah atau langkah yang terbaru dan mudah untuk difahami. Selepas beliau menerangkan disamping melakukannya, beliau telah meminta para pelajar dipecahkan kepada beberapa group untuk mempraktikkannya. Beliau telah memantau dan melihat setiap kumpulan yang melakukannya.

ceramah Kaedah CPR: En Musa Bin Hasseman@Dasiman
cara memberikan tekanan
cara tekanan yang betul
cara CPR yang sepatutnya
     Ceramah berakhir pada pukul 11.00 malam. Para pelajar diminta untuk minum malam sebelum pulang ke kolej. Sementara itu, ketua projek memberi sedikit taklimat untuk program keesokkan harinya. Para pelajar dibenarkan pulang pada pukul 11.45 malam.

minum malam


AHAD, 13 JANUARI 2013


     Para pelajar diminta berkumpul di padang kawad pada pukul 7.30 pagi. Aktiviti dimulakan dengan riadah BPC yang diketuai oleh komander BPC, Mursheed Bin Mad Diah. Selepas riadah BPC, para pelajar menikmati sarapan pagi di padang kawad pada pukul 8.15 pagi.
Setelah selesai sarapan, para pelajar diminta untuk berkumpul bagi mendengar taklimat mengenai aktiviti seterusnya iaitu explorace. Tepat pukul 9.15 pagi, acara explorace dimulakan dan setiap kumpulan dilepaskan secara serentak.
riadah bersama Badan Pertolongan Cemas
sarapan pagi
     Aktiviti explorace ini terdapat 8 ceckpoint di mana setiap checkpoint di jaga oleh komander yang terlibat sahaja. Setiap checkpoint memerlukan para pelajar untuk mempraktikkan segala apa yang dipelajari sepanjang Kursus Asas Ikatan dan Pertolongan Cemas ini dijalankan.

checkpoint: Nak ikat macam mane ye..
checkpoint: Ingat nak buat CPR k..
checkpoint seterusnya
     Tepat pukul 11.30 pagi, tamatlah aktiviti explorace dan pada pukul 12.30 tengah hari majlis penutup bagi Kursus Asas Ikatan dan Pertolongan Cemas telah diadakan. Penyelaras Badan Pertolongan Cemas En Samsuri Bin Mohd Tahir serta Top 5 turut hadir ke majlis penutupan kursus ini. En Samsuri telah merasmikan Kursus Asas Ikatan dan Pertolongan Cemas. Selain itu, majlis penutup diselitkan dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang Berjaya. Akhir sekali para tetamu dan para pelajar telah dijamu dengan makan tengah hari. Para pelajar dilepaskan setelah sesi bergambar dengan penyelaras.

bergambar bersama penyelaras




No comments:

Post a Comment