MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, July 28, 2012

AGM Kompeni Bomba

   
     Pada 24 Jun 2012, Kokurikulum Kompeni Bomba telah mengadakan Mesyuarat Agong di Dewan Karyawan 2. Pada Mesyuarat Agong kali ini Muhammad Nazheef Ikhwan Bin Mohamad Jais  bertindak sebagai pengerusi majlis. Ribuan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada Pegawai Kehormat Kompeni Bomba Kapt. Kesatria Ahmad Kamarulzaman Bin Othman, Penyelaras Kokurikulum Kompeni Bomba Lt. Kesatria Juakhir Bin Hassan, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria(JPKK) KMDy Muhammad Firdaus Naim Bin Jahari, mantan-mantan komander, ketua-ketua kompeni dan komander-komander Bomba serta ahli Kompeni Bomba kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Kompeni Bomba sesi Jun-November 2012.

   

    Bagi memberkati majlis yang mulia ini, pelajar kokurikulum Kompeni Bomba iaitu Mohamad Syafiq Bin Zulkifli telah bertindak sebagai ketua dalam pembacaan doa. Selepas itu, Ketua Kompeni Bomba iaitu KM Siti Nabilah Binti Zainal Abidin bertindak sebagai ketua kompeni sesi Jun-November 2012 untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa baru bagi sesi Jun-November 2012 sekaligus membubarkan Jawatankuasa Kompeni Bomba sesi November 2011-Mac 2012. Seterusnya beliau memberikan sedikit ucapan serta pesanan kepada pelajar kokurikulum kompeni bomba dan menerangkan aktiviti yang berlangsung pada semester ini.


   Seterusnya ucapan daripada Penyelaras Kompeni Bomba, Lt. Kesatria Juakhir Bin Hassan mengucapkan selamat datang kepada ahli-ahli baru Kompeni Bomba iaitu para pelajar semester satu. Beliau turut menekankan mengenai kehadiran para pelajar ke kelas kokurikulum. Selain itu, beliau turut menawarkan permohonan untuk menjadi Komander Kesatria kepada para pelajar yang berminat. Beliau turut memberikan sedikit ucapan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan serta memberikan beberapa amanat penting kepada pelajar kokurikulum bomba. Majlis dteruskan lagi dengan ucapan daripada KMDy Firdaus Naim Bin Jahari selaku wakil Jawatankuasa Tertinggi JPKK. Beliau telah memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria bagi sesi Jun-November 2012. Selain itu, beliau juga telah memberikan sedikit nasihat yang berguna kepada para pelajar kokurikulum Kompeni Bomba.




  Kapt. Kesatria Ahmad Kamarulzaman Bin Othman selaku pegawai kehormat Kompeni Bomba mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput beliau ke majlis berprestij ini. Selain itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang lama serta baru. Beliau memberi beberapa amanat yang amat penting kepada para pelajar khususnya pelajar semester satu. Beliau menyeru agar para pelajar Kompeni Bomba menyahut cabaran dalam aktiviti yang bakal dijalankan pada semester ini begitu juga semester akan datang. Seterusnya beliau turut mencabar para pelajar untuk menyertai Komander Kesatria Batalion Ke VI. Mesyuarat berakhir selesainya upacara multimedia dan semua bersurai.






Friday, July 13, 2012

AGM Kesatria Kembara

    Pada 24 Jun 2012, Kompeni Kesatria Kembara telah mengadakan Mesyuarat Agong di Dewan Karyawan 1. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kompeni  Kesatria Kembara  dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kompeni   Kesatria Kembara semester 1, 2 dan 3. Majlis dihadiri oleh Penasihat Kompeni Kesatria Kembara, Kapten (Kest.) Norfariza bt Mohd Ali,  wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim, Presiden Kompeni  Kesatria Kembara , mantan komander, ahli Kompeni   Kesatria Kembara dan pelajar semester 1, 2 dan 3 Kompeni   Kesatria Kembara sesi Jun 2012 – Nov 2012. Kompeni ini mempunyai seramai 115 orang pelajar dari bahagian 1, 2 dan 3.




      Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Mohd Ridzuan bin Rashid bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan daripada KM Sharifah Nor Khamlunisa bt Abdul Ghani selaku Ketua Kompeni  Kesatria Kembara  , beliau memberikan ucapan dimana dalam ucapan tersebut beliau telah memberitahu tentang kursus-kursus yang terdapat dalam kompeni   Kesatria Kembara dan juga aktiviti-aktiviti semester lepas serta mengharapkan kesungguhan dan kerjasama para pelajar semester ini untuk terus bersemangat dlam usaha memperoleh kejayaan didalam aktiviti dan pertandingan yang akan datang. Beliau telah membubarkan Ahli Jawatankuasa yang lepas sekaligus melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi kompeni Kesatria Kembara sesi Jun 2012 – November 2012.Wakil top 5, KK Mohd Syafiq bin Abu Hashim memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi sesi Jun 2012 – November 2012. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni  Kesatria Kembara   dan semoga Kompeni  Kesatria Kembara akan terus menjuarai setiap pertandingan yang akan datang. 


       Penasihat Kokurikulum Kompeni  Kesatria KembaraKapten (Kest.) Norfariza bt Mohd Ali telah menyampaikan amanat kepada pelajar Kokurikulum Kompeni   Kesatria Kembara . Beliau juga  mengucapkan ribuan terima kasih, kepada semua pegawai, tenaga-tenaga pengajar, pihak pengurusan, serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam menguruskan Kompeni   Kesatria Kembara. Beliau mengajak pelajar Kokurikulum mengikuti program LIBK iaitu Latihan Insentif Bakal Komander,dimana latihan ini akan melatih anda untuk menjadi seorang komander yang berwibawa dan berdisiplin. Mesyuarat berakhir apabila selesainya persembahan multimedia dan para tetamu dijemput untuk menikmati selera sebelum bersurai. 



AGM Kompeni Badan Pertolongan Cemas (BPC)


        Pada 21 Jun 2012, Kompeni Badan Pertolongan Cemas telah mengadakan Mesyuarat Agong di Dewan Karyawan 1. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  semester 1, 2 dan 3. Majlis dihadiri oleh penyelaras kokurikulum  Badan Pertolongan Cemas , Left Kesatria Samsuri bin Mohd Tahir, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim, Presiden Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  , mantan komander, ahli Kompeni  Badan Pertolongan Cemas   dan pelajar semester 1,2 dan 3 Kompeni  Badan Pertolongan Cemas   sesi Jun 2012 – Nov 2012. Kompeni ini mempunyai seramai 149 orang pelajar dari bahagian 1, 2 dan 3.



    Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh pelajar Kokurikulum, Aminuddin bin Hashim bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan daripada mantan Ketua Kompeni  Badan Pertolongan Cemas , KM Fatin Hazwani binti Zaini telah memberi ucapan sekaligus membubarkan jawatankuasa Badan Pertolongan Cemas semester lepas. Ucapan daripada KM Rysha Nadia bt Mohamad Shukor selaku Ketua Kompeni  Badan Pertolongan Cemas , beliau memberikan ucapan dimana dalam ucapan tersebut beliau telah memberitahu tentang kursus-kursus yang terdapat dalam kompeni  Badan Pertolongan Cemas  dan juga aktiviti-aktiviti semester lepas serta mengharapkan kesungguhan dan kerjasama para pelajar semester ini untuk terus bersemangat dlam usaha memperoleh kejayaan didalam aktiviti dan pertandingan yang akan datang. Beliau telah melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi kompeni  Badan Pertolongan Cemas  sesi Jun 2012 – November 2012.Wakil top 5, KK Mohd Syafiq bin Abu Hashim memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi sesi Jun 2012 – November 2012. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  dan semoga Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  akan terus menjuarai setiap pertandingan yang akan datang.

  
   Penyelaras Kokurikulum Kompeni  Badan Pertolongan Cemas, Left Kesatria Samsuri bin Mohd Tahir  telah menyampaikan amanat kepada pelajar Kokurikulum Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  . Beliau juga  mengucapkan ribuan terima kasih, kepada semua pegawai, tenaga-tenaga pengajar, pihak pengurusan, serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam menguruskan Kompeni  Badan Pertolongan Cemas. Beliau mengajak pelajar Kokurikulum mengikuti program LIBK iaitu Latihan Insentif Bakal Komander,,dimana latihan ini akan melatih anda untuk menjadi seorang komander yang berwibawa dan berdisiplin. Mesyuarat berakhir apabila selesainya persembahan multimedia dan para tetamu dijemput untuk menikmati selera sebelum bersurai. 





AGM Kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)


       Pada 26 Jun 2012, Kompeni Jabatan Pertahanan Awam telah mengadakan Mesyuarat Agong di Dewan Karyawan 2. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kompeni Jabatan Pertahanan Awam dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kompeni JPAM semester 1, 2 dan 3. Majlis dihadiri oleh penyelaras kokurikulum Kompeni Jabatan Pertahanan Awam, Encik Mohd Juakhir bin Hassan, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim, Presiden Kompeni JPAM, mantan komander, ahli Kompeni JPAM dan pelajar semester 1, 2 dan 3 Kompeni JPAM sesi Jun 2012 – Nov 2012. Kompeni ini mempunyai seramai 230 orang pelajar dari bahagian 1, 2 dan 3.



    Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRK Ammar Hakim bin Zulkofli bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan daripada mantan Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam, KMdy Mohamad Hafiz bin Abdullah telah memberi ucapan sekaligus membubarkan jawatankuasa semester lepas. Ucapan daripada KM Muahammad KamarulAzwan bin Ahmad Ismail selaku Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam, beliau memberikan ucapan dimana dalam ucapan tersebut beliau telah memberitahu tentang kursus-kursus yang terdapat dalam kompeni JPAM dan juga aktiviti-aktiviti semester lepas serta mengharapkan kesungguhan dan kerjasama para pelajar semester ini untuk terus bersemangat dlam usaha memperoleh kejayaan didalam aktiviti dan pertandingan yang akan datang. Beliau telah melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi kompeni JPAM sesi Jun 2012 – November 2012.Wakil top 5, KK Mohd Syafiq bin Abu Hashim memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi sesi Jun 2012 – November 2012. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni JPAM dan semoga Kompeni JPAM akan terus menjuarai setiap pertandingan yang akan datang.

  

   Penyelaras Kokurikulum Kompeni JPAM, Encik Mohd Juakhir bin Hassan telah menyampaikan amanat kepada pelajar Kokurikulum Kompeni JPAM. Beliau juga  mengucapkan ribuan terima kasih, kepada semua pegawai, tenaga-tenaga pengajar, pihak pengurusan, serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam menguruskan Kompeni JPAM. Beliau mengajak pelajar Kokurikulum mengikuti program LIBK iaitu Latihan Insentif Bakal Komander,,dimana latihan ini akan melatih anda untuk menjadi seorang komander yang berwibawa dan berdisiplin. Mesyuarat berakhir apabila selesainya persembahan multimedia dan para tetamu dijemput untuk menikmati selera sebelum bersurai. 




AGM Kompeni Bravo


        Pada 28 Jun 2012, Kompeni Bravo telah mengadakan Mesyuarat Agong di Dewan Karyawan 2. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kesatria Negara 1 Kompeni Bravo dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Bravo semester 1. Majlis dihadiri oleh penyelaras kokurikulum Leftenan Kesatria Encik Jamil Bin Sulong, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim, Presiden Kompeni Bravo, mantan komander, ahli Kompeni Bravo dan pelajar semester 1 Kompeni Bravo sesi Jun 2012 – Nov 2012.



    Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Amer Syazwan bin Mansoor bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan daripada KM Fatin Nurizzati bt Abu bakar selaku Ketua Kompeni Kesatria Negara 1, Kompeni Bravo. Beliau memberikan ucapan dimana dalam ucapan tersebut beliau telah memberitahu tentang kursus-kursus yang terdapat dalam Kompeni Bravo dan juga aktiviti-aktiviti semester lepas serta mengharapkan kesungguhan dan kerjasama para pelajar semester ini untuk terus bersemangat dlam usaha memperoleh kejayaan didalam aktiviti dan pertandingan yang akan datang. Beliau telah membubarkan jawatankuasa sesi November 2011 – Mac 2012 dan memberikan ucapan sekaligus melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi Kompei Bravo sesi Jun 2012 – November 2012.Wakil top 5, KK Mohd Syafiq bin Abu Hashim memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi sesi Jun 2012 – November 2012. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni Bravo dan semoga Kompeni Bravo akan terus menjuarai setiap pertandingan yang akan datang.

  
   Penyelaras Kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Bravo Left Kesatria Jamil bin Sulong menyampaikan amanat kepada pelajar Kokurikulum Kompeni Bravo. Beliau juga  mengucapkan ribuan terima kasih, kepada semua pegawai, tenaga-tenaga pengajar, pihak pengurusan, serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam menguruskan Kompeni Bravo. Beliau mengajak pelajar Kokurikulum mengikuti program LIBK iaitu Latihan Insentif Bakal Komander,,dimana latihan ini akan melatih anda untuk menjadi seorang komander yang berwibawa dan berdisiplin. Mesyuarat berakhir apabila selesainya persembahan multimedia dan para tetamu dijemput untuk menikmati selera sebelum bersurai. 




AGM Kompeni Alpha

        Pada 27 Jun 2012, kompeni Alpha telah mengadakan Annual General Meeting di Dewan Karyawan 2. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kesatria Negara 1, Kompeni Alpha dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Alpha semester 1. Majlis dihadiri oleh Penyelaras Kokurikulum Kesatria Negara 1, Left. Kest Jamil bin Sulong, Jurulatih Kokurikulum Kompeni Alpha, Encik Hamzah bin Ibrahim, dan Encik Md Rawi bin Ikhwan, Ketua Kompeni Alpha, KM Muhammad Faidi Bin Safarrudin, wakil top 5,  Majlis Tertinggi Komander Kesatria dan ahli-ahli Kompeni Alpha.






       Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ahmad Syazril Zarif bin Mohamad bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan daripada KM Muhammad Faidi Bin Safarruddin  selaku Ketua Kompeni Kesatria Negara 1, Kompeni Alpha. Beliau memberikan ucapan dimana dalam ucapan tersebut beliau telah memberitahu tentang kursus-kursus yang terdapat dalam kompeni alpha dan juga aktiviti-aktiviti semester lepas serta mengharapkan kesungguhan dan kerjasama para pelajar semester ini untuk terus bersemangat dlam usaha memperoleh kejayaan didalam aktiviti dan pertandingan yang akan datang. Beliau juga mengatakan bahawa tumpuan yang lebih serius dan kerjasama adalah faktor yang penting untuk memperoleh kemenangan. Beliau telah membubarkan jawatankuasa sesi November 2011 – Mac 2012 dan memberikan ucapan sekaligus melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi Kompei Alpha sesi Jun 2012 – November 2012. Wakil top 5, KMdy Mohamad  Hafiz bin Abdullah memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi sesi Jun 2012 – November 2012. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni Alpha dan semoga Kompeni Alpha akan terus menjuarai setiap pertandingan yang akan datang.


      Penyelaras Kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Alpha Left Kesatria Jamil bin Sulong menyampaikan amanat kepada pelajar Kokurikulum Kompeni Alpha. Beliau juga  mengucapkan ribuan terima kasih, kepada semua pegawai, tenaga-tenaga pengajar, pihak pengurusan, serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam menguruskan Kompeni Alpha. Beliau mengajak pelajar Kokurikulum mengikuti program LIBK iaitu Latihan Insentif Bakal Komander,,dimana latihan ini akan melatih anda untuk menjadi seorang komander yang berwibawa dan berdisiplin. Mesyuarat berakhir apabila selesainya persembahan multimedia dan para tetamu dijemput untuk menikmati selera sebelum bersurai. 





Sunday, July 01, 2012

JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA 1MALAYSIA


Gerakan Destini Anak Bangsa telah bekerjasama dengan UiTM bagi menjayakan satu siri jelajah yang diberi nama “JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA 1MALAYSIA” ke seluruh Malaysia sepanjang Mei 2012 telah dianjurkan oleh Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB), sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

    Dinaungi oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, program ini diadakan dengan tujuan utama adalah untuk membantu anak-anak golongan kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

  Pada 10 Mei 2012, bertempat di UiTM Segamat, acara pelepasan konvoi kenderaan atau flag off’ “JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA 1MALAYSIA” pada kali ini diadakan dengan penyertaan seramai lebih 40 orang sukarelawan, terdiri daripada komander UiTM Johor sendiri.

  Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) cetusan ilham Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar ini pada dasarnya menumpukan kepada usaha jitu UiTM bagi mengubah nasib anak Melayu dan Bumiputera miskin menerusi suatu proses pemindahan ilmu secara formal di UiTM.

  Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dato’ Dr Abdullah Mohd Said, perkara yang tersirat di sebalik program ini yang perlu dilihat ialah suntikan semangat dan dorongan yang diberi kepada masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah tentang peri pentingnya pendidikan tinggi untuk masa depan mereka.

  Sebanyak 88 lokasi terpilih seluruh Malaysia akan dijelajah oleh pasukan GDAB. Selain dibiayai sepenuhnya tabung MDAB, program siri jelajah kali ini turut mendapat tajaan daripada pihak Affin Bank, Jakel dan KUB Malaysia Berhad.







   



KAWAD 24 JAM di UiTM Arau, Perlis



12 JUN 2012
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 12 jam agak meletihkan. Mana tidaknya, dari selatan tanah air menuju ke utara Semenanjung Malaysia dengan melalui jalan kampung hinggalah lebuh raya. Namun, semangat yang berkobar-kobar untuk menyertai Kawad Kaki 24 Jam Tanpa Henti sempena sambutan Hari Keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ke-69 di UiTM Arau, Perlis, sama sekali tidak mematahkan semangat yang dibawa dari UiTM Johor.
Seramai 51 orang komander bersama pengiring, Cik Puan Norsyidah binti Mad Sani serta dua buah bas tiba di sana dalam jam 6.45 petang. Kami, Komander Jengking, bergerak ke kaunter pendaftaran untuk melakukan pendaftaran kolej. Pelajar siswa menginap di Kolej Cengal manakala siswi pula di Kolej Dahlia .Seterusnya, pengagihan cadar katil dan sarung bantal serta makanan. Setelah selesai meletakkan barang di bilik dan menguruskan diri, kami berkumpul di ruang legar bawah kolej untuk bergerak ke padang kawad. Oleh sebab jarak antara kolej dengan padang kawad agak jauh, perkhidmatan bas ketika itu amat diperlukan.
Dengan berpakaian seluar slack hitam, jaket komander, kasut formal dan tudung hitam bagi pelajar siswi, kami masuk ke perkarangan padang kawad dalam keadaan teratur dengan lenggang pegawai. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Penyelaras Kokurikulum UiTM Arau,di mana beliau telah menjelaskan sedikit sebanyak bagaimana perjalanan majlis itu akan berlangsung pada keesokan hari. Raptai formasi 69 telah dibentuk pada malam tersebut sebagai persediaan untuk majlis penutup pada hari Isnin nanti.

13 JUN 2012
Jam menunjukkan tepat pukul 7 pagi. Persembahan kawad kaki dimulakan dengan platun Komander Kesatria UiTM Perlis itu sendiri. Kawad kaki yang memakan masa 20 minit bagi setiap platun dilakukan secara secara bergilir-gilir sehingga pukul 9 pagi keesokan harinya iaitu melepasi dua jam dari tempoh 24 jam ditetapkan.
Antara pasukan beruniform yang terlibat ialah Kokurikulum Kesatria Negara (Kesatria), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Darat dan Palapes Laut. Ia turut disertai oleh pelajar badan beruniform Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) dan Kokurikulum Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa).
Komander Kesatria UiTM Johor telah menghantar sebanyak dua buah platun. Platun pertama diketuai oleh KMdy Khairul Akmal bin Alias, manakala platun kedua pula KM Dayang Suraya binti Sabtu. Kawad kaki komander UiTM Johor bermula dengan platun satu pada jam 8.20 malam dan berakhir jam 8.40 malam. Kami dikehendaki memakai jaket keselamatan ketika itu. Diambil alih pula oleh platun dua untuk 20 minit berikutnya. Kebetulan pula dalam masa tersebut, azan Isyak berkumandang. Platun dua meneruskan kawad kaki mereka dengan ketua platun memberi arahan hentak kaki perlahan bagi menghormati seruan azan. Kawad kaki seterusnya pada jam 2 pagi. Kami balik ke kolej masing-masing untuk berehat buat seketika dan bersiap sedia untuk persembahan pada awal pagi hari Isnin.

14 JUN 2012
Tepat jam 12.30 tengah malam, sekali lagi kami bergerak ke padang kawad yang tidak sunyi dari badan beruniform yang berkawad sejak 17 jam yang lalu. Jam 2 pagi, platun satu masuk ke perkarangan padang kawad. Suara lantang KMdy Khairul Akmal memecah kesunyian pada pagi tersebut. 20 minit pun berlalu. Tiba giliran platun dua untuk beraksi. Pemakaian jaket keselamatan tetap dikenakan bagi setiap platun yang berkawad dalam suasana yang gelap.
Sementara menunggu jam 7.40 pagi untuk kawad kaki kali ketiga, kami dikehendaki berada di persekitaran padang kawad tersebut untuk mengelakkan sebarang permasalahan yang akan berlaku. Dalam waktu tersebut, kami telah melihat beberapa platun dari kampus lain dan ternyata mereka juga tidak kurang hebatnya.
Platun satu sudah bersedia untuk masuk ke padang kawad. Pada jam 8 pagi, platun dua pula yang mengambil alih padang kawad tersebut. KM Dayang Suraya serta rakan-rakan lain telah menunjukkan persembahan sehabis baik yang mungkin sebelum tuan rumah menguasai kembali padang kawad tersebut. Platun terakhir iaitu Komander Kesatria UiTM Arau terdiri daripada 69 orang, merupakan simbolik sempena sambutan Hari Keputeraan Raja Perlis. Butang masa telah ditekan setelah ketibaan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, menandakan Kawad Kaki 24 Jam Tanpa Henti sempena sambutan Hari Keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ke-69 telah tamat.
Majlis penutup program berkenaan disempurnakan Raja Muda Perlis. Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Penolong Naib Canselor UiTM Puncak Alam, Prof. Dr. Azizul Halim Yahya; Rektor UiTM Perlis, Prof. Dr. Khudzir Ismail dan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron. Penyerahan sijil MBOR bagi Kawad Kaki 24 Jam Tanpa Henti itu pula disampaikan kepada Pro Canselor UiTM, Tan Sri Abdul Rahman Arshad yang menerimanya daripada wakil MBOR, Zulhairi Md. Zin.
Akhir sekali, kami semua yang terdiri daripada pelajar UiTM dari kampus Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu (Cendering dan Dungun), Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Puncak Alam dan Puncak Perdana serta Shah Alam telah membentuk angka 69 sebagai simbolik sempena sambutan Hari Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-69.





Cabaran Orienteering KPT-UiTM 1 Malaysia 2012

    Pada tarikh 13, 14, 15 April 2012 yang lalu,  Kementerian Pengajian Tinggi telah mengadakan pertandingan orienteering dengan kerjasama UiTM seMalaysia di Pasir Gudang, Johor Bharu. Pihak UiTM Johor cawangan Segamat telah menghantar seramai 30 orang komander dan 120 orang pelajar biasa untuk menyertai pertandingan tersebut.

   Pada 13 April 2012, kami telah berkumpul pada pukul 8 pagi untuk  mendengar beberapa taklimat tentang pertandingan Orienteering ini oleh pihak unit sukan UiTM Johor cawangan Segamat. Selepas itu, kami bertolak dari kampus pada pukul 10.30 pagi ke Pasir Gudang, Johor Bharu. Perjalanan telah mengambil masa selama 4 jam untuk tiba di lokasi. Kami telah tiba pada pukul 3.30 petang untuk mendaftar dalam pertandingan dan mendaftar untuk penginapan kami. Selepas itu, kami berehat dan bersiap sedia untuk sesi forum 1 Malaysia di Stadium Pasir Gudang, Johor Bharu.


   Keesokkan harinya, pada 14 April 2012, pertandingan Orienteering KPT-UiTM 1 Malaysia 2012 dijalankan di Dataran Pasir Gudang, Johor Bharu.Sebelum acara orienteering, peserta hendaklah menyertai acara senam erobik pada pagi itu bagi memanaskan badan. Selepas itu, acara pembukaan dan perasmian diadakan serta komander Johor telah ditugaskan untuk membuat gimik pada upacara perasmian tersebut. Selepas tamat upacara perasmian, peserta  dibahagikan dalam beberapa kumpulan wakil setiap IPT dan UiTM. Setiap kumpulan terdiri 4 ahli sahaja. Aktiviti berlangsung dengan penuh sorakan daripada setiap kampus masing-masing. Aktiviti ini juga mengambil masa setengah hari untuk berlangsung. Selepas tamat acara tersebut, kami pulang ke tempat penginapan dan bersiap sedia untuk ke majlis makan malam yang telah diadakan di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Bharu. Acara makan malam pada malam itu sangat meriah dengan pelbagai persembahan khas daripada Majlis Perbandaran Johor Bharu dan terdapat juga persembahan daripada kampus UiTM Shah Alam.





  Pada hari terakhir bersamaan dengan 15 April 2012, pihak KPT telah mengadakan OPKIM iaitu operasi khidmat masyarakat di Taman Cendana, Pasir Gudang. Aktiviti OPKIM ini dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar IPT untuk membantu masyarakat dari segi aktiviti membersihkan kawasan perumahan dan lain-lain lagi. Kami sangat bebesar hati kerana dapat membantu penduduk Taman Cendana bagi membersihkan kawasan tempat tinggal mereka. Selain itu, kami juga dapat mengenali antara satu sama lain dalam kumpulan dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Selepas itu, upacara pernutupan cabran orienteering 1 Malaysia diadakan untuk mengumumkan pemenang dalam setiap bahagian. Upacara penutupan tersebut dihadiri oleh Naib Canselor UiTM. Setelah tamat upacara tersebut, semua peserta pulang ke kampus masing-masing.