MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, March 23, 2023

MAJLIS ISTIADAT PENTAULIAHAN LEFTENAN MUDA KESATRIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SIRI 18/2023



Poster Majlis Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri ke 18/2023

Pada 4 Mac yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri ke 18/2023 secara bersemuka yang bertempat di Padang Kawad UiTM Cawangan Selangor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Brigadier Jeneral Kesatria Leftenan Professor Madya Dr. Mohd Azman Yahya Pengarah Pusat Kokurikulum UiTM.



Majlis ini juga turut bersiaran secara langsung untuk tontonan para Komander Pentauliahan Se-Malaysia melalui platform Youtube UiTM Channel. Majlis pentauliahan ini telah melibatkan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor, Batch 35 dengan kekuatan anggota seramai 52 orang Komander yang berjaya ditauliahkan. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan kepada para Komander Kesatria yang telah berkhidmat dengan jayanya dalam memenuhi amanat yang telah diberikan sepanjang bergelar Komander Kesatria.


Sesi Penggambaran Terakhir

Sesi bergambar telah dilaksanakan sebagai simbolik memori terakhir para Komander Kesatria bagi Majlis Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri ke 18/2023. Sehubungan dengan itu, dengan berakhirnya sesi penggambaran ini, maka berakhirlah Majlis Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri ke 18/2023. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pegawai Muda Kesatria kerana telah berjaya ditauliahkan. Sekalung penghargaan diucapkan diatas kerjasama yang telah diberikan sepanjang menjadi Komander Johor. Semoga Tuan-Tuan dan Puan-Puan sentiasa dibawah naungan-Nya serta terus maju jaya pada masa akan datang dalam apa jua bidang yang diceburi. Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pentauliahan ini. Sebagai penutup bicara, kami akhiri dengan serangkap pantun.

 

Letih berjalan di tengah pekan,

Singgah sebentar di gerai siti,

Terima kasih kami ucapkan,

Atas segala jasa bakti.