MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, August 12, 2011

PERKAD dan RES-Q CHALLENGE

Pada 27 dan 31 julai yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI dengan kerjasama unit kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah mengadakan program PERKAD dan RES-Q Challenge yang berlangsung dengan jayannya dengan bantuan semua pihak. Program ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.Terima kasih diucapkan kepada semua komander dan pelajar kokurikum part 1 hingga ke part 3 yang terlibat. Pelbagai aktiviti dilaksanakan pada program PERKAD dan RES-Q Challenge.




Antara  aktiviti yang dilakukan pada hari rabu 27 julai ialah rempuh halangan dan jalan lasak. Setiap kompeni menghantar wakil masing-masing untuk bertanding. Tidak lupa juga kepada peserta jemputan kita iaitu dari UiTM Kampus Larkin yang turut memeriahkan program ini.

REMPUH HALANGAN





Selain itu, pada hari  ahad 31 julai acara yang dipertandingkan ialah merentas desa, simulasi bencana, simulasi cpr, prolog, kawad hos dan kawad kretif. Acara dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan melepaskan peserta merentas desa dan diikuti dengan simulasi bencana dan cpr. Selepas tamat acara simulasi bencana dan cpr peserta prolog dilepaskan.

PELAJAR KOR TETAP MEMBERIKAN SEMANGAT UNTUK KONPENI MASING -MASING





MERENTAS DESA





SIMULASI BENCANA
Setiap kompeni diberi tugasan untuk menyelamatkan mangsa kemalangan yang mengalami patah tulang belakang.



SIMULASI CPR





PROLOG






Selepas itu, kawad hos pon berlangsung. Berbagai ragam peserta dapat dilihat. Kawad hos merupakan acara yang terakhir pada pagi hari ahad.

KAWAD HOS





Pada sebelah petang acara kawad kreatif diteruskan pada pukul 2.30 pm. Pelbagai farmasi dilakukan.

 KAWAD KRETIF







Program tamat pada pukul 5 petang dengan penyampaian hadiah untuk  peserta dan kompeni yang memenangi pertandingan.


PENUTUPAN




PESEMBAHAN BRASS BAND




PENYAMPAIAN HADIAH




Keputusan

Rempuh Halangan : Brass Band
Jalan Lasak : Kompeni Alpha
Simulasi Bencana : Jabatan Pertahanan Awam
Simulasi Cpr : Badan Pertolongan Cemas
Prolog : Kompeni Charlie
Kawad Hos: Komander Kesatria
Kawad Kreatif : Kompeni Charlie




JUARA KESELURUHAN :KOMPENI CHARLIE

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJYAKAN PROGRAM INI. SEKALUNG PERHARGAAN DAN TAHNIAH DIUCAPKAN  KEPADA KOMPENI YANG MEMENANGI SETIAP PERTANDINGAN.

KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) 2011

   Pada 16 julai 2011 yang lalu, Komander Kesatria UiTM Johor telah menghantar 20 orang ke UiTM Arau, Perlis untuk menyertai pertandingan Endurance Challenge yang berlangsung selama empat hari bertempat di UiTM Arau, Perlis.

Komander Kesatria Endurance Challenge ini melibatkan 14 kontinjen dari setiap UiTM di seluruh Malaysia. Setelah sampai di UiTM Perlis, peserta diberi tempat penghinapan dan pada pukul 8.00 malam taklimat program dan sesi suai kenal komander di jalankan.








Pada keesokan harinya iaitu pada 17 julai 2011, program dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan perasmian hari ulang tahun kesatria dan pelepasan peserta Endurance challenge di stadium UiTM Perlis. Antara acara yang dipertandingkan ialah larian,berbasikal dan berkayak. Setiap acara akan diwakili 2 orang komander dari setiap kontinjen yang di hantar.










Selepas itu, Opkim dan pendakian bersama Dato’ Dollah di Gua Kerbau di mulakan.










Pada 18 julai 2011, sukan tradisional antara kampus dilakukan. Antara acaranya ialah galah panjang, guli, batu seremban, tenteng, congkak, sepak takraw, dan futsal tradisional. Acara berlangsung dengan meriahnya. Acara tamat pada pukul 12.50 tengah hari. Selepas solat zohor setiap kampus membuat persiapan untuk persembahan malam kebudayaan.







Pada malam kebudayaan pelbagai ragam dan gelagat komander dapat dilihat, tema malam kebudayaan itu ialah pop yeh yeh.








Pada 19 julai iaitu hari terakhir perasmian penutup dimulakan. Penyampaian hadiah dan sesi fotografi di jalankan.







Tahniah kepada semua komander yang terlibat menjayakan program ini.