MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, December 01, 2023

    Pada 1 November 2023, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah mengadakan Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform (Perkom Ko) 2023. Pertandingan ini telah berlangsung selama 4 hari dan telah melibatkan 12 buah Kompeni iaitu Kompeni Alpha Kesatria Negara, Kompeni Bravo Kesatria Negara, Kompeni Charlie Kesatria Negara, Kompeni Delta Kesatria Negara, Kompeni Echo Kesatria Negara, Kompeni Foxtrot Kesatria Negara, Kompeni Kesatria Kembara, Kompeni Siswa Bomba Bantuan,Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia, Kompeni Brass Band dan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi.


POSTER PERTANDINGAN KOMPENI KOKURIKULUM BERUNIFORM ( PERKOM KO) 2023

    Sebanyak 11 acara yang dipertandingkan iaitu Tarik Tali, E-Sport Mobile Legends, Sorakan Kreatif, Score Orienteering, Kawad Kaki Formasi, Rempuh Halangan, Simulasi CPR, Simulasi Bencana, Deklamasi Sajak, Perkom Run dan Road Relay. Pada hari pertama bersamaan dengan 1 November 2023, PERKOM KO 2023 ini telah dimulakan dengan ucapan perasmian dan Gimik perasmian yang telah dirasmikan oleh KOL. DR. BASARUDDIN SHAH BIN BASRI (KEST). 

GIMIK PERASMIAN DARIPADA TIMBALAN REKTOR UiTM JOHOR

   PERKOM KO 2023 ini dimulakan dengan acara Tarik Tali yang melibatkan antara dua buah Kompeni iaitu Kompeni Charlie Kesatria Negara dan Kompeni Echo Kesatria Negara. Perlawanan ini telah dimenangi oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara. Acara ini diteruskan lagi bagi memilih kompeni yang layak yang peringkat seterusnya.

ACARA TARIK TALI

  Seterusnya, acara kedua yang telah dipertandingkan adalah acara E-Sport : Mobile Legends peringkat akhir antara Kompeni Siswa Bomba Bantuan dan Kompeni Kesatria Kembara. Bagi penentuan tempat ketiga dan keempat pula melibatkan antara Kompeni Charlie Kesatria Negara dan Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. Acara ini telah dijuarai oleh Kompeni Kesatria Kembara diikuti oleh Kompeni Siswa Bomba Bantuan dan Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.

ACARA E-SPORT MOBILE LEGEND

       Pada 2 November 2023, dua acara telah berlangsung secara serentak iaitu acara Score Orienteering dan acara Tarik Tali. Pada sesi petang tersebut, telah dimulakan dengan acara Score Orienteering. Acara ini melibatkan 2 orang siswa dan 2 orang siswi yang akan dilepaskan secara berasingan bagi setiap Kompeni. Johan bagi acara Score Orienteering ini telah dijuarai oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara, Naib Johan pula disandang oleh Kompeni Alpha Kesatria Negara dan Tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Kesatria Kembara. 

ACARA SCORE ORIENTEERING

Manakala acara Tarik Tali pula, 4 Kompeni telah layak untuk ke peringkat separuh akhir iaitu Kompeni Bravo Kesatria Negara, Kompeni Charlie Kesatria Negara, Kompeni Siswa Bomba Bantuan  dan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi.

ACARA TARIK TALI 

   Pada malam, PERKOM KO 2023 diteruskan lagi dengan acara Kawad Kaki Formasi. Bagi acara Kawad Kaki Formasi, sebanyak 11 Kompeni yang telah bertanding. Untuk pengetahuan semua, acara Kawad Kaki Formasi ini telah dijuarai oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara, manakala Naib Johan jatuh kepada Kompeni Alpha Kesatria Negara dan tempat ketiga disandang oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara. 

ACARA KAWAD KAKI FORMASI

    Pada 3 November 2023, Pertandingan ini diteruskan lagi dengan acara Rempuh Halangan yang dijalankan di Litar Rempuh Halangan UiTM Johor, Kampus Segamat pada jam 0800. Bagi acara ini, setiap Kompeni perlu menghantar seramai 15 orang pelajar dan 2 orang Komander yang terdiri daripada 5 pelajar siswi termasuk simpanan, 7 pelajar siswa termasuk simpanan dan 2 orang komander termasuk simpanan. Para peserta perlu melepasi 14 halangan untuk ke garisan penamat dengan masa yang terpantas. Secara keseluruhan, Johan bagi acara Rempuh Halangan disandang oleh Kompeni Kesatria Kembara, Naib Johan oleh Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi, dan Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. 

ACARA REMPUH HALANGAN

  Pada jam 1400, Pertandingan diteruskan lagi dengan acara Simulasi CPR dan Simulasi Bencana  yang dijalankan secara serentak di Padang Kawad UiTM Johor, Kampus Segamat. Bagi acara Simulasi CPR, Setiap Kompeni perlu menghantar 3 orang perserta manakala bagi acara Simulasi Bencana, setiap Kompeni perlu menghantar 4 orang peserta. Pemenang bagi acara Simulasi CPR telah dimenangi oleh Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia dan diikuti oleh Kompeni Brass Band dan Kompeni Delta Kesatria Negara. Manakala acara Simulasi Bencana pula telah dimenangi oleh Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan diikuti oleh Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia dan Kompeni Brass Band.


ACARA SIMULASI CPR

ACARA SIMULASI BENCANA

Dalam masa yang sama, acara Tarik Tali peringkat separuh akhir juga turut dijalankan.  Peringkat akhir telah melibatkan dua Kompeni iaitu Kompeni Charlie Kesatria Negara dan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi diikuti dengan perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang melibatkan Kompeni Bravo Kesatria Negara dan Kompeni Siswa Bomba Bantuan. Johan bagi acara Tarik Tali telah dimenangi oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara. Manakala tempat kedua pula jatuh kepada Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi dan tempat ketiga disandang oleh Kompeni Siswa Bomba Bantuan.

ACARA TARIK TALI

   Pada jam 2000, acara Deklamasi Sajak dan Sorakan Kreatif telah berlangsung. Bagi acara Deklamasi Sajak, setiap Kompeni perlu mendeklamasikan sajak bertemakan warisan budaya dengan cara yang tersendiri. Tempat pertama bagi acara Deklamasi Sajak telah disandang oleh Kompeni Delta Kesatria Negara diikuti oleh Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Alpha Kesatria Negara.

ACARA DEKLAMASI SAJAK

Bagi acara Sorakan Kreatif pula, sebanyak 11 buah Kompeni telah bertanding. Johan untuk acara Sorakan Kreatif ini jatuh kepada Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia. Naib Johan pula jatuh kepada Kompeni Echo Kesatria Negara dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Brass Band.

ACARA SORAKAN KREATIF          

   Pada 4 November 2023, PERKOM KO 2023 diteruskan lagi dengan acara Larian Perkom dan Road relay. Pagi tersebut telah dimulakan dengan sesi pemanasan badan iaitu sesi senamrobik. Untuk pengetahuan semua, UiTM Johor, Kampus Pasir Gudang juga turut menyertai acara Perkom Run ini. Setelah senamrobik, bermulalah pelepasan bagi kategori siswa dan diikuti dengan kategori siswi bagi acara Perkom Run di sekitar UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Acara Perkom Run ini telah dijuarai oleh Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia manakala tempat kedua telah dimenangi oleh kontijen Kampus Pasir Gudang dan tempat ketiga diikuti oleh Kompeni Brass Band.

ACARA PERKOM RUN

   Setelah tamat acara Perkom Run, PERKOM KO 2023 diteruskan lagi dengan acara yang terakhir iaitu acara Road Relay yang terdiri daripada 12 Kompeni dan Kontijen dari Kampus Pasir Gudang Tempat Pertama telah dimenangi oleh Kompeni Kesatria Kembara diikuti oleh Kor Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi sebagai naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Kompeni Brass Band.


ACARA ROAD RELAY

    Pada jam 1400, telah berlangsungnya Majlis Penutup Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform (PERKOM KO) 2023 yang bertempat di Padang Kawad UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Majlis Penutup ini telah dirasmikan oleh KOL. DR. BASARUDDIN SHAH BIN BASRI (KEST), Timbalan Rektor UiTM Johor diiringi oleh LT. KOL. UJUD BIN PABIL (KEST) selaku Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI UiTM Johor. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian daripada  KOL. DR. BASARUDDIN SHAH BIN BASRI (KEST), Timbalan Rektor UiTM Cawangan Johor diiringi oleh LT. KOL. UJUD BIN PABIL (KEST).


UCAPAN PERASMIAN DARIPADA REKTOR UiTM JOHOR

  Majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh Johan acara Deklamasi Sajak dan Johan acara Sorakan Kreatif PERKOM KO 2023. Selepas itu, majlis juga diserikan lagi dengan persembahan Gerak Gempur oleh Komander Kesatria UiTM Johor Kampus Segamat.

PERSEMBAHAN JOHAN ACARA DEKLAMASI SAJAK PERKOM KO 2023

PERSEMBAHAN JOHAN ACARA SORAKAN KREATIF SORAKAN KREATIF 2023

PERSEMBAHAN GERAK GEMPUR KESATRIA

  Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap acara yang disampaikan oleh  KOL. DR. BASARUDDIN SHAH BIN BASRI (KEST) dan diiringi oleh LT. KOL. UJUD BIN PABIL (KEST). Bagi juara keseluruhan PERKOM KO 2023 ini disandang oleh Kompeni Kesatria Kembara diikuti oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara sebagai naib johan. Bagi tempat ketiga pula telah disandang oleh Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar kokurikulum Semester 1 kerana telah bersama-sama melibatkan diri dalam PERKOM KO 2023 pada kali ini.

JUARA KESELURUHAN PERKOM KO 2023 IAITU KOMPENI KESATRIA KEMBARA

NAIB JOHAN PERKOM KO 2023 IAITU KOMPENI CHARLIE KESATRIA NEGARA 

TEMPAT KETIGA PERKOM KO 2023 IAITU KOMPENI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada  KOL. DR. BASARUDDIN SHAH BIN BASRI (KEST) oleh LT. KOL UJUD BIN PABIL (KEST).

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Kompeni Brass Band yang luar biasa.

PERSEMBAHAN KOMPENI BRASS BAND

  Akhir sekali, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku. Di kesempatan ini juga, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan PERKOM KO 2023 pada semester ini.  Sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta dan para pemenang. Tidak lupa juga kepada Juara Keseluruhan PERKOM KO 2023 iaitu Kompeni Kesatria Kembara, tahniah dan syabas kami ucapkan.


Monday, November 06, 2023

 Pada tanggal 7 Oktober 2023 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Oktober 2023 - Februari 2024 yang bertempat di Lecture Theatre 1 (LT 1). Majlis ini diadakan bertujuan untuk melantik Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang baharu sekaligus Penyerahan Bintang dan Pingat bagi Atlet Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 11/2023.


Pengacara Majlis

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Seterusnya, majlis diiringi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh KRK Muhammad Farid Zikry Bin Hamdan. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat iaitu KK Muhammad Syaqiq Bin Md Yazid sekaligus melantik Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bagi sesi Oktober 2023 - Februari 2024. Beliau sangat berharap pemerintahan yang baharu ini dapat melahirkan Komander yang berprestasi tinggi serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang diberi.

Ucapan daripada Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat Sesi Oktober 2023 - Februari 2024


Majlis diserikan lagi dengan ucapan serta amanat yang amat bermakna daripada Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat iaitu Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST). Dalam ucapan beliau, beliau menyentuh tentang semangat kerjasama yang dibawa oleh pasukan Komander Johor yang mewakili UiTM Cawangan Johor bagi Perbarisan Kemerdekaan serta Pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) baru-baru ini sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bagi sesi Oktober 2023 - Februari 2024.


Ucapan daripada Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat



Majlis diteruskan lagi dengan Upacara pemakaian pangkat oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) dan diiringi oleh Lt. M Nurul Syazana Binti Misbah (KEST) bagi Barisan Kepimpinan Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, Cawangan Johor, Kampus Segamat. Pemakaian pangkat dimulai dengan pangkat Komander Muda bagi KM Muhammad Daniel Bin Mohd Nizam dan KM Nur Afiqah Binti Ahmad Nizam bagi jawatan Ketua Kompeni. Kemudian, majlis beralih kepada Gimik Penyerahan Bintang dan Pingat bagi atlet Pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 11/2023.



Pemakaian Pangkat Komander Muda


Gimik Penyerahan Bintang dan Pingat bagi Atlet Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 11/2023


Majlis dengan ini menjemput Lt. M Nurul Syazana Binti Misbah (KEST), bagi menyampaikan sedikit cenderahati kepada Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah bersama-sama turut serta dalam majlis ini. Seterusnya, majlis menjemput para tetamu VIP untuk berpindah majlis bagi menyaksikan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh Biro Multimedia. Di samping itu, bacaan lafaz ikrar Komander Kesatria yang dilaungkan oleh KK Muhammad Syaqiq Bin Md Yazid, Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI sesi Oktober 2023 - Februari 2024 serta para Komander Kesatria. Dengan berakhirnya lafaz ikrar tersebut, maka berakhirlah Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Oktober 2023 - Februari 2024. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku oleh semua tetamu jemputan dan para Komander Kesatria.