MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, October 31, 2019

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL SESI SEPTEMBER 2019-JANUARI 2020


          Majlis Makan Malam Rejimental anjuran Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor telah diadakan bermula dari tahun 2010. Majlis Makan Malam Rejimental telah diadakan pada 28 Oktober 2019 bersamaan dengan hari Isnin pada jam 9 malam bertempat di Dewan Sri Temenggong (DST).


 Majlis ini diadakan bertujuan sebagai penghargaan dari komander baru kepada yang lama. Selain itu, ia adalah untuk memberikan sekalung penghargaan kepada komander yang menerima pentauliahan pada bulan Ogos yang lepas. Penghargaan ini juga diberikan kepada mereka yang telah mewakili Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor dalam beberapa program seperti Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri 14/2019 dan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Se-Malaysia Siri 9/2019. Di samping itu, ia adalah untuk meraikan komander yang menunjukkan kecemerlangan dari pelbagai aspek sama ada luar bidang, akademik, kepimpinan, kokurikulum mahupun keseluruhan.

          Selain itu, Majlis Makan Rejimental ini turut diadakan bagi meraikan komander semester akhir serta komander yang telah berjaya mendapat Anugerah Dekan pada semester lepas dan semester ini.







          Upacara yang gah dan penuh istiadat ini telah dihadiri oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Timbalan Rektor UiTM Cawangan Johor, barisan pegawai kehormat, wakil pegawai kehormat dari Kampus Pasir Gudang, barisan komander kehormat, para jurulatih, mantan-mantan komander serta para tetamu yang lain. 


          Majlis dimulakan dengan ucapan daripada KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob untuk para tetamu jemputan yang hadir ke majlis makan malam tersebut.

          Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Lt. Kol.Ujud Bin Pabil (KEST).




         Seterusnya, majlis dengan berbesar hati memberi laluan kepada Brig. Jen. (K) Prof. Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar (KEST) bagi memberi ucapan sekaligus merasmikan Majlis Makan Malam Rejimental Komander Kesatria Batalion VI sesi September 2019 - Januari 2020.


          Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah pentauliahan Leftenan Muda Kesatria kepada para komander yang terlibat dan anugerah dekan bagi komander semester akhir dan semester ini.



          Majlis diteruskan lagi dengan pemakaian badge bagi Ketua Kontinjen Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Se-Malaysia Siri 9/2019.


Selain itu, majlis juga diteruskan lagi dengan penyampaian bagi beberapa anugerah lain kepada komander yang terlibat. Antara anugerah yang disampaikan adalah :

  -Anugerah Luar Bidang Terbaik
-Anugerah Akademik Terbaik
   -Anugerah Kepimpinan Terbaik
 -Anugerah Khas Kokurikulum
    -Anugerah Keseluruhan Terbaik


Bagi Anugerah Luar Bidang Terbaik disandang oleh,
 Lt. M Not Bazran bin Baharom (KEST)


Seterusnya, Anugerah Akademik Terbaik disandang oleh,
 Lt. M Siti Nur Amirah binti Ahmad Zamri (KEST)
 

  Di Samping itu, Anugerah Kepimpinan Terbaik disandang oleh,
 Lt. M Muhammad Nur Asyraf bin Ujud (KEST)



Manakala, Anugerah Khas Kokurikulum disandang oleh,
 Lt. M Ahmad Nabil bin Hafizan (KEST)

    Dan, bagi Anugerah Keseluruhan Terbaik disandang oleh, 
Lt. M Sofea Maisara binti Rizalluddin (KEST)



       Seterusnya, majlis penyampaian hadiah diakhiri dengan upacara penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat.

  Selesai sahaja penyampaian cenderahati dan nyanyian lagu, maka berakhirlah Majlis Makan Malam Rejimental Komander Kesatria Batalion VI sesi September 2019 - Januari 2020.


Friday, October 18, 2019

Pertandingan Kompeni Kokurikulum (PERKOM KO) 2019


Pertandingan kompeni kokurikulum (PERKOM KO) telah tamat dengan jayanya selepas 3 hari berlangsung. Pertandingan yang bermula pada petang 10 haribulan bersamaan dengan hari Khamis tamat dengan jayanya pada petang 12 haribulan bersamaan hari Sabtu di padang kawad.

Acara pertama yang dipertandingkan ialah larian perkom yang bermula dan berakhir di padang kawad. Tempat pertama berjaya dirangkul oleh Kompeni Kesatria Kembara diikuti oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara dan tempat ketiga dirangkul oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara.

Acara kedua yang berlangsung pada sebelah malam ialah acara kawad kaki formasi. Acara ini sangat menarik kerana menguji kreativiti Komander dan kebolehan mereka membawa platun kompeni masing masing. Persaingan yang sengit ini berjaya dimenangi oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Alpha Kesatria Negara dan tempat ketiga Berjaya dirangkul oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara. IC platun terbaik pula disandang oleh KRK Syahir bin Shaharuddin daripada Kompeni Echo Kesatria Negara.




Acara ketiga berlangsung pada hari Jumaat bermula dengan acara Road Relay yang menyaksikan tempat pertama dirangkul oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Kesatria Kembara dan disusuli oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. Seterusnya, terdapat 3 acara Res-Q Challenge yang berlangsung secara serentak iaitu Simulasi Bencana, Simulasi CPR, Kawad Hos. Simulasi Bencana dimenangi oleh Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, naib johan pula Kompeni Kadet Bomba dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Echo Kesatria Negara. Manakala acara Simulasi CPR dijuarai oleh kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia diikuti oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.





 Acara terakhir dipertandingkan dalam acara Res-Q Challenge iaitu Kawad Hos pingat emas dimenangi oleh Kompeni Kesatria Kembara, naib johan pula ialah Kompeni Bravo Kesatria Negara manakala tempat ketiga dirangkul oleh Kompeni Kadet Bomba. Sekaligus menjadikan Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menjadi juara keseluruhan acara Res-Q Challenge.





Acara seterusnya berlangsung pada malam Jumaat itu ialah Sajak Patritiosme dan Sorakan Kreatif. Johan bagi Sorakan Kreatif ialah Kompeni Delta Kesatria Negara, tempat kedua pula dimenangi oleh Kompeni Brass Band dan tempat ketiga dirangkul oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. Manakala, acara Sajak Patriotisme dijuarai oleh Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia, seterusnya ialah kompeni Alpha Kesatria Negara dan tempat ketiga ialah Kompeni Brass Band. Acara pada malam tersebut diakhiri dengan sorakan yang penuh bersemangat dari setiap kompeni.




Acara terakhir yang dipertandingkan ialah acara yang dinanti-nantikan, acara Rempuh Halangan dimenangi oleh Kompeni Kesatria Kembara, kedudukan kedua pula disandang oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Alpha Kesatria Negara. Secara keseluruhannya Kesatria Kembara sebagai juara keseluruhan Pertandingan Kompeni Kokurikulum pada tahun ini, diikuti oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara dan tempat ketiga dirangkul oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.




Kemudian pada jam 2.30 petang, Majlis Perwakilan Komander Kesatria VI telah mengadakan Majlis Penutup Pertandingan PERKOM KO 2019 di padang kawad. Majlis ini bertujuan untuk merasmikan pertandingan yang dirasmikan oleh Mohd Khairul Ariff Noh selaku Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Johor meraikan para pemenang yang telah bertanding dalam kesemua 9 acara tersebut. Majlis terakhir ini dimulakan dengan ketibaan VIP diiringi oleh paluan kompang yang menarik dan kemudiannya nyanyian lagu Bangsa Johor,Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa diketuai oleh KRK Alif Syazwan Bin Badrol Hisham.

Majlis diserikan lagi dengan menjemput Lt. Kol Ujud bin Pabil (KEST) untuk memberi ucapan sepatah dua kata. Tanpa melenggahkan masa, majlis menjemput Kol. Mohd Khairul Ariff b Noh(KEST) untuk merasmikan majlis tersebut. Bagi melengkapkan majlis, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah. Tidak dilupakan pemberian sijil penghargaan dan kemerdekaan juga diedarkan kepada KK Muhammad Fikri Haziq b Ayob, saudari Nabihah Binti Mohd Yunus selaku Ketua Kor SUKSIS dan kepada saudari Nurul Hanna Binti Zakaria iaitu Band Major Kompeni Brassband.




Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Kol. Mohd Khairul Ariff bin Noh (KEST) yang diberi oleh Lt. Kol Ujud bin Pabil (KEST). Bagi menghangatkan lagi suasana, juara pertandingan sajak patriotisme dan sorakan kreatif telah membuat persembahan. Kompeni Brassband juga telah memberikan persembahan yang amat bertenaga sekaligus menghiburkan para penonton. Majlis ditamatkan dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM di hatiku.

Thursday, October 03, 2019

UNDANGAN KE MAJLIS MAKAN MALAM REGIMENTAL KOMANDER KESATRIA BATALION VI




UNDANGAN TERBUKA KE MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL KOMANDER KESATRIA BATALION VI

Dengan Segala Hormatnya Kami Menjemput

Tuan/Puan/Encik/Cik

Ke

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL KOMANDER KESATRIA BATALION VI

TARIKH : 28 OKTOBER 2019 (ISNIN)

MASA : 8.00 MALAM

TEMPAT : DEWAN SRI TEMENGGONG (DST)

PAKAIAN :
PENERIMA WATIKAH—
LELAKI : KEMEJA BERWARNA CERAH, BERTALI LEHER BERWARNA MERAH, BLAZER BERWARNA GELAP, SELUAR SLACK HITAM, KASUT KULIT GELAP DAN BERTUTUP

PEREMPUAN : KEMEJA DAN BERTUDUNG MERAH, BLAZER BERWARNA GELAP, SELUAR SLACK HITAM, KASUT KULIT GELAP DAN BERTUTUP

TETAMU —
LELAKI : KEMEJA BERWARNA CERAH, BERTALI LEHER (KECUALI WARNA MERAH), BLAZER BERWARNA GELAP, SELUAR SLACK HITAM, KASUT KULIT GELAP DAN BERTUTUP ATAU BAJU BATIK

PEREMPUAN :
BAJU KEBANGSAAN (BAJU KURUNG, KEBAYA DLL), TANPA BLAZER, KASUT KULIT GELAP DAN BERTUTUP ATAU BAJU BATIK

BAYARAN : RM35/SEORANG

PENAMBAHAN:
1. BOLEH MEMBAWA KELUARGA ATAU INSAN TERSAYANG
2. KANAK-KANAK BERUMUR 7 TAHUN KE ATAS DIBENARKAN.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
1. KMdy Nur Alia binti Yusini - 0184684712
2. KMdy Nur Syazwana binti Shamri Efendi - 0132468021

UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN : KRK Shazwina Amiera binti Shamsuddin - 0172474587 (Slip pembayaran hendaklah disertakan)

PEMBAYARAN BOLEH DILAKUKAN KE NOMBOR AKAUN : 05067021314186 (Bank Islam) - Shazwina Amiera binti Shamsuddin

TARIKH AKHIR BAYARAN : 20 OKTOBER 2019 (AHAD)

PENGESAHAN KEHADIRAN BAGI TETAMU ADALAH PADA: 20 OKTOBER 2019 (AHAD)

UNDANGAN INI HANYA TERBUKA KEPADA STAF UNIT KO, PEGAWAI KEHORMAT, JURULATIH, KOMANDER, MANTAN KOMANDER DAN KELUARGA KOMANDER KESATRIA BATALION VI SAHAJA.


KEHADIRAN TUAN/PUAN/ENCIK/CIK AMAT KAMI ALU-ALUKAN