MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, December 31, 2016

UNDANGAN TERBUKA KE MAKAN MALAM REJIMENTAL KOMANDER KESATRIA BATALION VI

Dengan Segala Hormatnya Kami Menjemput
Tuan/Puan/Encik/Cik

KE

MAKAN MALAM REJIMENTAL
KOMANDER KESATRIA BATALION VI

TARIKH       : 30 JANUARI 2017 (ISNIN)
MASA          : 8.00 MALAM
TEMPAT      : DEWAN SERI TEMENGGONG (DST)
PAKAIAN    :   SISWA   : BLAZER (KEMEJA DAN BERTALI LEHER MERAH/MAROON)
                         SISWI    : BLAZER (KEMEJA  DAN BERTUDUNG MERAH/MAROON)

BAYARAN  : RM25/SEORANG

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI  :  NURAINA BINTI KAHARUDIN  (0137051981)
UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN                   : SITI ROFIZAH BINTI ABU KASIM (0127856103)
NO AKAUN                                                                        : 01133-29-00017101-9 (BSN)
(SLIP PEMBAYARAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA ROFIZAH SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN)

KEHADIRAN TUAN/PUAN/ENCIK/CIK AMAT KAMI ALU-ALUKAN
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ATUR CARA MAKAN MALAM REJIMENTAL KOMANDER KESATRIA BATALION VI

8.15 MALAM        : Ketibaan Komander Kesatria, TOP Dan Majlis Tertinggi Diploma
8.30 MALAM        : Ketibaan Komander Kehormat, TOP Ijazah Sarjana Muda, Jurulatih Dan
                                  Mantan-Mantan Komander Kesatria
8.45 MALAM        : Ketibaan Tetamu VIP
9.00 MALAM        : Ketibaan Rektor UiTM Cawangan Johor
9.05 MALAM        : Melapor
9.10 MALAM        : Perarakan Masuk Ke dalam Dewan
9.15 MALAM        : Nyanyian Lagu    : Bangsa Johor
                                                              : Negaraku
                                                              : Wawasan Setia Warga UITM
9.30   MALAM     : Makan Malam Rejimental Bermula
10.00 MALAM     : Ucapan Alu Aluan Pegawai Memerintah
10.05 MALAM     : Ucapan Rektor
10.15 MALAM     : Penyampaian Anugerah:
                                          -Watikah Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria
                                          -Penyampaian Bintang Penghargaan
                                          -Anugerah Komander Dekan
                                          -Anugerah Komander Terbaik Luar Bidang
                                          -Anugerah Komander Terbaik Akademik
                                          -Anugerah komander Kepimpinan Terbaik
                                          -Anugerah Komander Terbaik Keseluruhan
10.45 MALAM     : Majlis Penghargaan Dan Persaraan Tuan Juakhir
                                          - Penyampaian Cenderahati VIP
10.50 MALAM     : Nyanyian Lagu Darah Satria Dan UITM Di Hatiku
11.00 MALAM     : Bersurai

Wednesday, December 28, 2016

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KOMANDER KESATRIA BATALION VI UITM CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017

Pada Jumaat yang lepas bersamaan dengan 23 Disember 2016 telah berlangsungna Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Komander Kesaria Batalion VI UITM Cawangan Johor Kampus Segamat Sesi Disember 2016 - April 2017. Pada mesyuarat kali ini, KRM Siti Sabrina binti Shariffudin dan KRM Muhammad Nur Asyraf bin Ujud, pengacara majlis.

Pengacara majlis, KRM Siti Sabrina Binti Shariffudin
dan KRM Muhammad Nur Asyraf bin Ujud.

Majlis ini dimulakan dengan nyanyian tiga lagu wajib. Seterusnya, bacaan doa diketuai oleh KRM Ahmad Nabil bin Hafizan dan KRM Nor Bazran bin Baharum. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pegawai memerintah pada semester lepas iaitu Lt. M Muhammad Tashdiq bin Basri (KEST) untuk membubarkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Sesi Jun - Oktober 2016. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pegawai Memerintah yang baru iaitu KK Firdaus bin Hamdi untuk melantik ahli jawatankuasa yang baru.


Ucapan daripada Pegawai Memerintah yang baru iaitu KK Firdaus Bin Hamdi.

Ucapan dari Pegawai Memerintah semester lepas iaitu Lt. M Muhammad Tashdiq Bin Basri (KEST).

Ucapan daripada pegawai kokurikulum UITM Cawangan Johor Kampus Segamat iaitu Mejar Ujud bin Pabil (KEST).

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pegawai kokurikulum UITM Cawangan Johor Kampus Segamat iaitu Mejar Ujud bin Pabil (KEST). Majlis diteruskan lagi dengan pemakaian pangkat. Pemakaian pangkat ini didahului dengan sepuluh pemerintah tertinggi Komander Kesatria Batalion VI UITM Cawangan Johor Kampus Segamat:

1)   KK Firdaus Bin Hamdi
2)   KMdy Siti Nur Syahirah Binti Mohamad Azman
3)   KMdy Nur Husnina Binti Amran
4)   KMdy Nurfarisha Syamin Binti Roslan
5)   KMdy Mohamad Farouqi Izzad Bin Abd Rahman
6)   KMdy Mohd Ariff Hakimi Bin Azemi
7)   KMdy Muhammad Haris Fadzillah Bin Mohd Yunos
8)   KMdy Nur Syahirah Binti Mad Rosli
9)   KMdy Nur Shamira Shamin Binti Kamaruddin
10) KMdy Nur'Aliah Nazihah Binti Maznan

Pemakaian pangkat bagi sepuluh pemerintah tertinggi Komander Kesatria
Batalion VI UITM Cawangan Johor Kampus Segamat.


Seterusnya pemakaian pangkat bagi Majlis Tertinggi:

1)   KM Alyssa Faeza Binti Abdul Aziz
2)   KM Sharifah Qistina Alkadri Binti Syed Zainal Abidin
3)   KM Nuraina Binti Kaharudin
4)   KM Siti Nurzahirah Binti Md Isam
5)   KM Siti Raudzah Binti Razali
6)   KM Noor Syaza'Addina Binti Noor'Azlan
7)   KM Dzulkarnain Bin Mohamed
8)   KM Nur Aisyah Binti Mohd Noor
9)   KM Siti Nur Asyiqin Binti Azham
10) KM Sofi Suraya Binti Sofruddin
11) KM Badrulsyah Firdaus Bin Muhammad Johar
12) KM Nurul Asmawani Binti Karim
13) KM Ammar Bin Abdul Rahim
14) KM Ainnur Haziqah Binti Mohd Rapi
15) KM Mohamad Kairol Bin Ali Sapar
16) KM Nur Nadia Binti Rosli
17) KM Nur Syazwina Binti Kharuman




Seterusnya kenaikan pangkat bagi Komander Rendah Kanan:

1) KRK Azilah Binti Abu Bakar
2) KRK Siti Rofizah Binti Abu Kasim
3) KRK Nur Aqilah Binti Yusri
4) KRK Nurfarahien Binti Sa'id
5) KRK Amirul Fazrin Bin Zainal Abidin
6) KRK Siti Nur Saffa Aina Binti Suhaimi
7) KRK Luqman Haikal Bin Azman
8) KRK Muhammad Aniq Bin Mustopa Kamal

Pemakaian pangkat bagi Komander Rendah Kanan.


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Jambori malam kebudayaan, Kompang Formasi Berirama yang telah dinobatkan selaku Johan dan Komander Madya mewakili pasukan kebudayaan untuk menerima hadiah tersebut daripada pegawai kokurikulum. Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan kuasa antara Pegawai Memerintah semester lepas kepada Pegawai Memerintah yang baru sambil disaksikan oleh Pegawai Kehormat, para Komander dan para Mantan yang hadir.

Majlis diserikan lagi dengan tayangan multimedia. Selesai tayangan multimedia, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku.

Monday, December 12, 2016

Istiadat Pertauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri 12/2016

Pada 24 November 2016 yang lepas, Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 12/2016. Program ini berlangsung di UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau selama 8 hari iaitu bermula pada 24 November 2016 sehingga 1 Disember 2016. Sebanyak 17 kontinjen dari UiTM seluruh Malaysia termasuk kontinjen daripada UiTM Sabah dan Sarawak telah menyertai Jambori dan Pentauliahan Komander Kesatria UiTM siri 12/2016. Sebanyak 2 acara yang telah dipertandingkan. Antaranya ialah Kawad Kaki dan Pertandingan Kompang Formasi Berirama bertemakan bebas.

 Pada jam 9 malam, satu taklimat program dan suai kenal telah diadakan di DSS. Pada malam tersebut juga telah diadakan cabutan undi giliran untuk acara-acara yang dipertandingkan. Berikut adalah giliran bagi setiap acara UiTM Johor:-

Kawad Kaki                                                                      :  Giliran ke 2
Pertandingan Kompang Formasi berirama :  Giliran ke 5 

 Pada keesokan harinya, iaitu pada 25 November 2016, pada sebelah petang para peserta telah menjalani raptai perbarisan pantauliahan selepas Solat Zohor. Pada malamnya, diadakan Majlis Makan Malam Pentauliahan dan Perasmian Jambori di Grand Alora Hotel terletak di Alor Setar, Kedah yang diadakan dengan gaya rejimental seperti yang terkenal dengan Komander Johor. Kesemua komander yang akan ditauliahkan telah menghadiri makan malam tersebut.






26 November 2016 tiba dan debaran mula terasa. Acara pertama yang dipertandingkan merupakan acara Pertandingan Kompang Formasi Berirama. Dengan semangat dan latihan yang diberikan oleh Jurulatih Tuan Muhizan, kontijen Johor meraih kemenangan sebagai Johan dalam pertandingan tersebut. Pasukan pertandingan kompang formasi berirama menunjukkan prestasi yang terbaik semasa bertanding dan semangat berpasukan yang tinggi. Persembahan ini memberikan nafas baru kepada Komander UiTM kerana telah bertungkus lumus mejayakan persembahan kampus masing-masing.






 Pada 27 November 2016, aktiviti pandu arah dan khidmat masyarakat telah diadakan bagi memupuk semangat menjadi seorang ketua yang berkaliber dan memantapkan keyakinan diri sebagai seorang komander. Bengkel ini diadakan dari pagi hingga ke petang. Selepas selesai aktiviti tersebut mereka teruskan lagi aktiviti mereka dengan raptai perbarisan pentauliahan.






Pada 28 November 2016, pertandingan kawad kaki telah diadakan seawal 8 pagi. Kontinjen Johor telah meraih tempat ke 4 dalam pertandingan ini. Tetapi kontinjen johor telah mendapat Anugerah IC Platun Terbaik dengan markah penuh. 

 Hari Perbarisan Pentauliahan telah tiba, iaitu pada 1 Disember 2016. Seawal 7.00 pagi para komander yang bakal ditauliahkan Leftenan Muda Kesatria telah berkumpul di Dewan Seri Semarak untuk perbarisan. Pentauliahan ini dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Lt. Jen (K) Prof. Emeritus Dato' Dr Hassan Said. Perbarisan telah berjalan dengan baik dan anugerah bagi komander terbaik setiap kampus telah disampaikan. Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian sijil. Menggunakan method konvokesyen, majlis dijalankan seperti majlis graduasi. Majlis ini dihadiri ibu bapa komander dari setiap kampus bersama keluarga mereka untuk memeriahkan majlis.  Selepas majlis tamat, terdapat kampus yang telah bergerak pulang untuk kembali ke kampus masing-masing.






Syabas diucapkan kepada kejayaan yang diperoleh pada kali ini dan diharap kejayaan ini dilihat sebagai satu perkembangan positif komander dan inspirasi kepada bakal pelapis pemimpin akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini dengan lancar. Semoga Jengking Johor terus menyengat dan memberikan yang terbaik serta meneruskan legasi mereka. 

"Once a commander, always a commander!"




Latihan Intensif Bakal Komander Siri 30 Dan Latihan Intensif Brass Band Siri 27

         Pada 24 November 2016 yang lepas telah berlangsungnya Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri 30 dan Latihan Intensif Brass Band (LIBB) Siri 27. Kekuatan anggota seramai 168 orang, yang terdiri daripada 107 orang bakal komander dan 61 orang ahli Brass Band.

       Latihan ini diadakan bertujuan untuk membentuk keperibadian pelajar-pelajar khasnya bagi meningkatkan prestasi dan    keterampilan indvidu yang merangkumi aspek-aspek rupa diri, tatasusila dan kesedaran sivik. Ia juga memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar menimba ilmu serta mempelajari kaedah pembelajaran dan pendidikan luar dalam pelbagai konsep seperti  berpakaian seragam, kerohanian, pembinaan diri dan sukan.

        Latihan intensif ini juga menggabungkan ciri-ciri pembinaan jasmani, emosi, fizikal dan rohani dengan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan yang berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh.

        Sepanjang latihan ini mereka akan mempelajari pelbagai perkara asas yang bakal digunakan sepanjang menjadi Komander dan ahli Brass Band. 

Para pelajar sedang membuat latihan asas kawad kaki.

Para pelajar sedang mempelajari cara menabik hormat dengan betul.
Para pelajar menjalani latihan kawad tongkat.



             Latihan ini telah tamat pada 3 Disember 2016. Secara rasminya, seramai 107 orang telah berjaya dilantikan sebagai Komander Baru dan diberi pangkat Komander Rendah Muda (KRM) dan seramai 61 orang telah berjaya dilantikan sebagai ahli Kompeni Brass Band .