MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, March 07, 2011

Program Pemerkasaan Anak Bangsa

Ini merupakan program yang dianjurkan oleh pihak HEP UiTM Johor pada 24hb Februari 2011, jam 2ptg, untuk pelajar semester akhir Diploma dan Degree iaitu pelajar 'part' 6. Semua pelajar semester akhir diwajibkan untuk hadir bagi mengikuti Program Pemerkasaan Anak Bangsa. Pihak HEP telah meminta bantuan daripada Komander semester 6 untuk menjadi urusetia bagi program tersebut.
Barisan urusetia komander semester 6
Seramai 21orang komander semester 6 telah berusaha untuk menjayakan program tersebut.

 Pada jam 2ptg, semua pelajar semestar akhir berkumpul di Dewan Sri Temenggung (DST). Kira-kira pada jam 2.30ptg, penceramah masuk ke dalam dewan dan seluruh dewan amat mengalu-alukan kedatangan penceramah dengan tepukan yang sangat gemuruh.
Pelajar berduyun masuk ke Dewan Sri Temenggung (DST)
Gambar di ruang legar DST.
Majlis dipengerusikan oleh KM Ahmad Ruzaini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh KM Azizi. Kemudian, para hadirin di dalam dewan diminta berdiri bagi menyanyikan lagu negeri Johor, Negaraku, Wawasan Setia Warga UiTM dan lagu lagenda iaitu Anak Kecil Main Api.
Pengacara majlis yang memeriahkan majlis.
Sebaik sahaja semua lagu selesai dinyanyikan, semua dijemput duduk dan majlis menjemput penceramah pertama, Datuk Prof. Madya Hj. Abd Halim Sidek dengan ceramah yang bertajuk "Destini Anak Bangsa".
Di dalam ceramah beliau, telah membuka mata generasi akan datang (pelajar) mengenai kedudukan anak bangsa dalam negara sendiri (Malaysia).
Ceramah yang disampaikan oleh Datuk Prof. Madya Hj. Abd. Halim Sidek    
Selepas berakhirnya ceramah beliau, majlis diteruskan dengan penceramah kedua, En. Basharudin bin Abdul Hadi, pensyarah dari Fakulti Jurutera Awam dengan ceramah yang bertajuk "Perlembagaan Malaysia".
Beliau berkongsi pengalaman dan menerangkan tentang Perlembagaan Malaysia kepada semua pelajar. Hal ini kerana perlembagaan telah banyak membantu Melayu dalam mempertahankan negara Malaysia daripada dikuasai oleh bangsa lain.
Gambar pelajar sedang mendengar ceramah
Setelah berakhirnya sesi ceramah, majlis diteruskan dengan sesi soal jawab.

Sebelum majlis berakhir, semua hadirin dikehendaki untuk berdiri bagi menyanyikan lagu "Anak Kecil Main Api".
Berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu "Anak Kecil Main Api".
Kemudian, berpindah majlis kepada sedikit jamuan makan untuk pencermah-penceramah. Manakala para pelajar turut disediakan makanan di bawah khemah di luar dewan.

p/s : Program ini memberi banyak manafaat kepada semua pelajar dan membuka mata pelajar untuk terus menjaga kedaulatan negara daripada dijajah oleh bangsa lain. Selain itu, semua komander sangat berbesar hati kerana dapat membantu pihak HEP dalam menjayakan program ini.

~Terima Kasih~

"Once a Commander, Always a Commander"

_Biro Multimedia & Publisiti_2011

Happy Jengking Night

Ini merupakan majlis yang dianjurkan oleh Komander Johor batch19, dibantu oleh Komander batch18 dan diselia oleh Komander batch17.

Tajuan utama majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan silaturrahim antara Komander Johor. Selain itu, ini juga merupakan tugasan kepada komander baru bagi membuktikan mereka dapat melakukan kerja dengan cekap dan baik.

        Masa     : jam 1700 (5.00ptg)
        Tempat : Parking BK (Bukit Komander)

Segala persiapan dilakukan bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. 


Gambar persiapan yang dilakukan sebelum majlis
        Masa     : jam 1900 (7.00mlm)
        Tempat : Parking BK (Bukit Komander)

Semua komander mendaftar nama dan mengambil 'door gift' di kaunter yang disediakan. Komander yang hadir telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Seterusnya, berkumpul di tempat solat yang disediakan bagi menunggu masuknya waktu solat fardhu Maghrib. Selepas azan dilaungkan, semua komander solat fardu Maghib secara berjemaah.
Gambar-gambar selepas berdaftar di kaunter pendaftaran
'Free gift for girls only'
Bersiap sedia untuk menunaikan solat fardhu Maghrib
Kemudian, pengacara majlis memecah sunyi dengan memulakan majlis 'Happy Jengking Night'. Pengacara majlis mulakan dengan bacaan doa dan seterusnya menjemput KRM Khairul selaku ketua batch 19 untuk memberi ucapan. Seterusnya, majlis menjemput pula KK Zazfika, Pegawai Memerintah, untuk memberikan ucapan sepatah dua kata kepada semua komander. 
Ucapan daripada KRM Khairul
Setelah berakhirnya ucapan dan amanat daripada KK Zazfika, majlis diteruskan dengan jamuan makan malam yang disediakan.

Menu Utama:
      Makanan : *Nasi goreng
                          *Ayam Panggang
                              *'Hot dog' panggang
Minuman: *Teh 'O'
            *Sarsi
                      *Sirap Limau
Cik Munir menjaga makanan agar orang lain tidak mengambil dahulu sebelum dia.
Gambar mengambil hidangan makanan yang disediakan
Gambar makan malam secara berjemaah.
Jemput makan semua.
Chef komander sedang memanggang ayam dengan bersungguh-gungguh
Setelah semua selesai menikmati makanan, majlis diteruskan lagi dengan semua komander duduk dalam kumpulan yang telah di tetapkan.
Turut hadir : Micheal Arif Jackson
Game pertama: Jalinan ikatan
Permainan menghantar gelang getah menggunakan straw yang diletakkan di mulut sehingga ke belakang. Kemudian, ikat gelang getah tersebut di rambut insan yang terpilih.
Berusaha mengambil gelang getah menggunakan straw
Seorang ahli mafia sedang berdandan rambut di Salon Komander
KK Zazfika turut memberi kerjasama yang baik dalam permainan ini.
Kesiannya.. Sampai tertidur menunggu orang ikat rambutnya.
Game Kedua: Jalinan Kasih
Permainan ini memerlukan pasangan, dua orang, dimana setiap pasangan akan diberi sebiji telur. Mereka perlu mencampakkan telur kepada pasangan masing-masing mengikut jarak yang telah ditetapkan. Sekiranya gagal, muka mereka akan diconteng sebagai denda.
Semua mengambil tempat masing-masing
Setiap pasangan telah menerima sebiji telur
Pahlawan keadilan, Ultraman, turut didenda
Tetap riang biarpun muka dah berconteng
Game Ketiga: Jalinan Belon
Permainan ini melibatkan setiap kumpulan untuk berbaris satu barisan. Kemudian, orang di barisan hadapan akan mengambil belon yang berisi air di dalam baldi. Belon tersebut akan di'passing' kepada orang seterusnya dengan menghantar mengikut atas ke belakang. Dan orang terakhir akan meletakkan ke dalam baldi kosong yang disediakan.
'Game' ke-3 bermula.
Sampai nak tertumbang, lakukan dengan penuh semangat.
Setelah selesai ketiga-tiga permainan tersebut, majlis diteruskan pula dengan meraikan Ulang Tahun Kelahiran Komander yang dilahirkan pada bulan Januari dan Februari. Ianya dimulakan dengan nyanyian lagu Selamat Hari Lahir oleh semua Komander Johor serta 'mandi hari lahir' oleh komander batch 17. Seterusnya, pemotongan kek dan suapan kek kepada komander-komander lain.  

Selepas selesainya suap-menyuap kek, majlis diteruskan dengan pemberian hadiah kepada pemenang. Setelah selesai pembahagian hadiah, maka berakhirlah majlis 'Happy Jengking Night'. Semua komander bersama-sama membersihkan tempat tersebut dan bersurai.
Majlis Tamat; masa   :   jam 2330 (11.30mlm) ,   tempat : Parking BK (Bukit Komander)
Gambar-gambar kumpulan yang mendapat hadiah ( kumpulan yang dapat tempat pertama tidak mengambil gambar)
Berangkat pulang dengan bergayanya
p/s : Secara keseluruhannya majlis ini berjalan lancar dan baik. Namun, masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Oleh itu, kepada komander batch 19, diharap dapat terus belajar dan berusaha untuk perbaiki kelemahan dengan belajar perkara yang baik daripada 'senior-senior'.

~Terima Kasih~


"Once A Commander, Always A Commander"

_Biro Multimedia & Publisiti_2011

Aktiviti Kemasyarakatan : Membantu Mangsa Banjir di daerah Pagoh

Ini merupakan aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Barisan Nasional daerah Pagoh
pada 12hb Februari.

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu membersihkan kawasan yang terkena banjir di daerah Pagoh. Program amal ini melibatkan lebih daripada 300 orang sukarelawan yang terdiri daripada Bomba, Askar, pelajar Universiti, pelajar Sekolah dan sukarelawan dari Celcom.

Pihak HEP telah meminta Komander untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan ini. 
Seramai 40 orang komander telah terpilih untuk menyertai program amal ini.

Pagi (kira-kira jam 7:00pagi):
Semua komander yang telah terpilih berkumpul di padang kawad. Sebelum menaiki bas, semua komander mendengar sedikit taklimat daripada En. Samsuri, pegawai yang mengiring komander pada program amal ini.
Duduk berehat menunggu En. Samsuri dan bas
Jam 9:00pagi
Bas kami telah selamat sampai ke tempat semua sukarelawan berkumpul. Semua pegawai pengiring berkumpul untuk mendengar sedikit taklimat daripada urusetia program dan mengambil baju percuma untuk sukarelawan. Setiap kumpulan sukarelawan telah dibahagikan untuk membersihkan kawasan dan tempat yang telah ditetapkan. Komander Johor telah ditugaskan untuk membersihkan sebuah Balai Raya di Kampung Tanjung Selabu.
Gambar-gambardalam bas, ketika dalam perjalanan ke Pagoh
Jam 10:00pagi
Kami sampai ke kawasan yang ditetapkan iaitu Balai Raya Kg. Tg. Selabu.
Sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan, kami berbaris dan telah berkenalan dengan  En. Azmi bin Jawahir, pengerusi Balai Raya dan juga meranglap ketua kampung bagi Kg. Tg. Selabu. Kemudian, kami telah dibahagikan kepada 3kumpulan dalam sesi pertama.
Kumpulan 1 : Membersihkan bahagian dalam
Kumpulan 2 : Membersihkan bahagian luar
Kumpulan 3 : Membersihkan barang-barang dan peralatan di dalam Balai Raya
Balairaya Kg. Tg. Selabu
Cuci-cuci, jangan tak cuci
Kerja-kerja membuat longkang bagi melancarkan sistem perparitan
Buat kerja pun mesti ada gaya
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Jam 11:00tengahari
Kami berehat sebentar bersama makanan sarapan yang disediakan oleh En. Azmi.

Jam 11:10tengahari
Kami meneruskan kerja-kerja pembersihan sehingga selesai.

Jam 12:00tengahari
Berhenti sebentar untuk menjamu selera dengan makanan yang
disediakan oleh En. Azmi.
Kami turut disajikan dengan buah-buahan yang merupakan hasil daripada tanaman beliau.

makan tengahari di beranda rumah En. Azmi
Selepas makan, KM Alfzhan berkongsi cerita tentang pengalamannya
Jam 1:00petang
Kami meneruskan dengan sesi kedua iaitu menyusun atur barang-barang dan peralatan masuk semula ke dalam Balai Raya.
Mencuci barang-barang sebelum di bawa masuk ke dalam balai raya

Jam 2:00petang
Hasil kerjasama dan usaha daripada semua komander, kami menyiapkan tugasan lebih awal daripada yang dijangka. Tugas-tugas pembersihan telah selesai dilakukan dengan jayanya.
Sebelum kami bertolak pulang, kami mendengar sedikit ucapan penghargaan
daripada En. Azmi, selaku pengerusi balai raya dan ketua kampung.
Kemudian, semua komander juga mengucapkan terima kasih atas layanan dan
jamuan yang disediakan.
Kami semua menaiki bas dengan perasaan dan hati yang gembira.
Gambar En. Samsuri (kiri) bersama En. Azmi (tengah)
Gambar komander bersama isteri En. Azmi dan anaknya.
Jam 5:00petang
Kami selamat sampai ke UiTM Segamat.

p/s : Aktiviti kemasyarakatan ini penting dalam membantu orang yang susah dan memerlukan. Semua komander sangat berbesar hati untuk menghulurkan bantuan dalam program amal seperti ini.

~Terima Kasih~

"Once A Commander, always a commander"


_Biro Multimedia & Publisiti_2011