MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, January 16, 2013

AGM KOMPENI KESATRIA KEMBARA


     Pada 31 Dsember 2013 yang lalu telah berlanggsungnya Mesyuarat Agong Tahunan Kompeni Kesatria Kembara di Dewan Sri Peria. Pada mesyuarat agong kali ini, KRM Fasihah Syazwani binti Ramli telah bertindak selaku Pengerusi Majlis. Ucapan terima kasih diucapkan kepada  Penyelaras Kesatri aKembara, Kapten. (Kest.) Norsyidah binti Mahmat Sani dan Pegawai Kehormat Kesatria Kembara, Kapten (Kest.) Norfariza binti Mohd Ali, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK), KMdy Nur Syuria binti Mohd Khafi,KM Muhamad Jasman bin Abu Bakar,Komander Kesatria Kembara, Tahunan Kompeni Kesatria Kembara sesi November 2012 – April 2013.  

para pelajar kokurikulum kompeni kesatria kembara
para tetamu undangan
     Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Muhammad Shukri Bin Saari bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan telah disampaikan oleh Kapten (Kest.) Norsyidah binti Mahmat Sani, Penyelaras Kompeni Kesatria Kembara .Beliau menyentuh tentang aktiviti orienteering dan kepentingannya kerana orienteering merupakan salah satu silibus yang harus dipelajari oleh pelajar yang mengambil kursus Kesatria Kembara ini. Beliau turut  memberitahu para pelajar tentang aktiviti tersebut yang diadakan pada semester lepas pada waktu petang seiring selepas penutup PERKAD.Aktiviti tersebut telah dihadiri oleh pelajar semester 3 sem lepas.Beliau juga memberitahu para pelajar agar tidak terlalu mengambil mudah terhadap kursus ini kerana kelak kursus inilah yang dapat membantu para pelajar di masa hadapan.
ucapan penyelaras kompeni kesatria negara
     Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan pegawai kehormat kompeni Kesatria Kembara, Kapten (Kest.) Norfariza binti Mohd Ali yang menyatakan rasa gembira apabila program ini dihadiri ramai pelajar semester 1.Beliau juga menyatakan rasa bangga kerana pada semester lalu, Kompeni Kesatria Kembara telah berjaya menjadi Johan Kawad Kaki Kreatif dalam pertandingan PERKAD yang lalu, kerana hal tersebut telah mengubah persepsi sesetengah pihak  terhadap Kompeni Kesatria Kembara.Oleh itu,beliau mengharapkan Kompeni Kesatria Kembara dapat mengekalkan kemenangan tersebut disamping  turut mendapat kejuaraan dalam pertandingan yang lain.Selain itu,beliau juga memuji kemenangan pihak komander dalam Pertandingan Jambori sem lepas yang berlaku di UiTM Cawangan Kelantan.Akhir sekali,beliau menyatakan tentang kepentingan kokurikulum dalam menaikkan markah CGPA para pelajar dan tentang sikap bertanggungjawab yang harus dipupuk kerana terdapat beberapa orang pelajar yang masih mengulangi kursus ini walaupun mereka berada di semester ke – 4.

ucapan pegawai kehormat kompeni kesatria kembara
      Akhir sekali, KM Normaiaza binti Azman mengucapkan tahniah kepada pelajar semester 2 dan 3 kerana telah menamatkan sesi pembelajaran bagi sesi Jun – November 2012.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pelajar semester 1 pada sem lepas kerana berjaya menjadi Johan Kawad Kaki Kreatif semasa PERKAD semester lepas.Beliau turut menceritakan tentang aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan pada semester lepas di Taman Botanikal, Air Keroh, Melaka antara aktiviti yang dilaksanakan adalah repailing,berkayak,mempelajari teori tali tinggi dan wall climbing. Seterusnya beliau membuat pembubaran jawatankuasa lama dan memperkenalkan ahli Jawatankuasa Kompeni Kembara bagi sesi November 2012- April 2013.

ucapan ketua kompeni
     Seterusya, para pelajar didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang disediakan. Berakhir sudah majlis pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment