MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, November 14, 2017

MAJLIS PERBARISAN PERPISAHAN MANTAN REKTOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR


Pada 12 November 2017 bersamaan pada hari Ahad yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Perbarisan Perpisahan Mantan Rektor Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor yang bertempat di Padang Kawad Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat. Majlis ini bertujuan bagi meraikan serta sebagai tanda perpisahan mantan rektor UiTM Cawangan Johor iaitu Yang berbahagia, Brigedier Jeneral Kesatria Prof Madya Dr Azizan bin Abdullah, kini merupakan Penolong Naib Canselor Keusahawanan Universiti Teknologi MARA.

                   Majlis dimulakan apabila diumumkan perbarisan masuk padang. Perbarisan ini disertai oleh Komander Kesatria, Kor Suksis serta anggota Brass Band. Perbarisan berjalan lalu berlangsung selepas mantan rektor membuat pemeriksaan perbarisan. Perbarisan ini diketuai oleh KK Firdaus bin Hamdi dimana melibatkan Kontijen Komander Kesatria seramai 61 orang dan Kontijen Kor Suksis seramai 61 orang, serta anggota Brass Band seramai 60 orang. Perbarisan ini diiringi oleh Brass Band Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat. Kontijen pertama diketuai oleh KMdy Nur Syahirah binti Mad Rosli dengan kekuatan anggota seramai 60 orang Komander Kesatria manakala Kontijen kedua diketuai oleh Umar Abdul Aziz bin Ahmad Nizam dengan kekuatan anggota seramai 60 orang Kor Suksis.

Mantan rektor sedang menaiki Landrover ketika pemeriksaan perbarisan dijalankan.

Kontinjen Komander Kesatria.
Kontinjen Kor Suksis.
Anggota Brass Band.

Selepas mara menghadap, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Mohd Mahathir bin Suhaili bagi memberkati majlis ini. Selepas berakhirnya bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati. Majlis menjemput Yang Berbahagia, Brigedier Jeneral Kesatria Prof Madya Dr Azizan bin Abdullah, Penolong Naib Canselor Keusahawan Universiti Teknologi MARA diiringi oleh Leftenan Kolonel Kesatria Ujud bin Pabil, selaku Pegawai Kokurikulum Kanan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat untuk penyampaian cendarahati. Majlis menjemput Leftenan Muda Kesatria Muhammad Faizzudin bin Asli, selaku Ketua Komander Kehormat, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Cawangan Johor Kampus Segamat, Assistant Superitendant Polis, Kor Suksis, Abdul Malek bin Mohd Rick, selaku Pegawai Kehormat Kor Suksis, Leftenan Kesatria Muhizan bin Miskam, selaku Penyelaras Brass Band Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat serta Leftenan Kolonel Kesatria Syazali Effendi bin A. Wahab, selaku Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat bagi menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan  kepada Yang Berbahagia, Brigedier Jeneral Kesatria Prof Madya Dr Azizan bin Abdullah, Penolong Naib Canselor Keusahawan Universiti Teknologi MARA yang merupakan Mantan Rektor Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor.

Bacaan doa yang diketuai oleh Mohd Mahathir bin Suhaili.
Penyampaian cendarahati daripada Leftenan Muda Kesatria Muhammad Faizzudin
bin Asli, selaku Ketua Komander Kehormat.
Penyampaian cendarahati daripada Assistant Superitendant Polis,
 Kor Suksis, Abdul Malek bin Mohd Rick, selaku Pegawai Kehormat Kor Suksis.
Penyampaian cenderahati daripada Leftenan Kesatria Muhizan bin Miskam,
selaku Penyelaras Brass Band Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat.

Penyampaian cendarahati daripada Leftenan Kolonel Kesatria Syazali Effendi bin A. Wahab,
selaku Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

Selepas penyampaian cenderahati, majlis diteruskan dengan penerimaan tabik hormat. Akhir sekali, majlis diteruskan dengan perbarisan keluar padang.

Yang Berbahagia, Brigedier Jeneral Kesatria Prof Madya Dr Azizan bin Abdullah
sedang menerima tabik hormat.