Wednesday, January 16, 2013

INDUKSI PEMANTAPAN KOMANDER KESATRIA


Program ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran-kemahiran Komander Kesatria UiTM Johor yang sedia ada untuk ke arah kesempurnaan. Di samping itu, program ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan Komander Kesatria serta mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Dengan adanya program sebegini, ianya mampu menaikkan martabat pihak universiti  di atas keprihatinan yang ditunjukkan. 

Jurulatih yang terlibat untuk program ini ialah En M. Sahlan bin Taip dan En Abdul Aziz bin Idrus manakala En Samsuri bin Mohd Tahir adalah sebagai penyelaras kepada program ini.

28 DISEMBER 2012(JUMAAT)


Para komander diminta untuk berkumpul di bawah kolej masing-masing pada pukul 5.00 pagi sebelum bergerak ke PI bersama-sama. Komander yang terlibat untuk program ini akan menunaikan solat Subuh secara berjemaah di Pusat Islam, Masjid as-Syakirin. Setelah selesai solat Subuh berjemaah di Masjid as-Syakirin, para komander diminta untuk berkumpul di padang kawad untuk melakukan aktiviti Physical Training(PT). Tepat pukul 6.30 pagi, acara PT pagi dimulakan. Komander yang mengetuai PT pada pagi ini adalah KRM Nabilah Musa dan KRM Atikah Jamaluddin. Antara aktiviti yang mereka lalukan untuk PT pagi adalah naik turun tangga BK dan pusing sekeliling BK.
PT pagi
      Oleh kerana hujan turun dengan lebatnya, maka pada pukul 8.00 pagi acara PT pagi terpaksa dihentikan dan disambung dengan aktiviti ice breaking di DK1 dimana setiap komander perlu memperkenalkan diri masing-masing. Selepas itu pada jam 10.00 pagi, terdapat pembentangan tentang minit mesyuarat dari Setiausaha 2 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria dimana pembentangan tersebut perlu disampaikan kepada para komander agar mereka tahu tujuan dan bagaimana cara untuk membuat laporan minit mesyuarat.

LDK 1: ice breaking

perbincangan minit mesyuarat
     Semua komander menikmati makan tengahari pada pukul 12.15 dan pukul 1.00 petang para komander bergerak ke PI untuk solat Jumaat secara berjemaah termasuk komander siswi. Setelah selesai solat Jumaat di PI, maka tibalah masanya untuk mendengar ceramah di DK1. Pada pukul 3.00 petang para komander mendengar ceramah  yang disampaikan oleh Pegawai Kesatria sendiri iaitu Mejar Kesat. Ujud Bin Pabil yang bertajuk Protokol Komander Kesatria dan ceramah tersebut berakhir pada jam 5 petang.

makan tengah hari
ceramah Protokol Komander: Tuan Ujud Bin Pabil
      Semua komander diminta untuk berada di PI bagi menunaikan solat Asar sekaligus menunaikan solat Maghrib dan solat Isyak berjemaah. Setelah selesai menunaikan solat berjemaah di PI, tepat jam 9.00 malam, para komander telah pun berada di padang kawad untuk menikmati makan malam. Selepas itu para komander mendengar ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Kehormat Kesatria iaitu Kapt. Kesat. Norezan Bin Omar dimana tajuk yang disampaikan ialah Taklimat Pemimpin dan Kepimpinan.
ceramah Kepimpinan: Tuan Norezan Bin Omar
                 
Aktiviti pada hari ini berakhir pada pukul 11.00 malam.

29 DISEMBER 2012(SABTU)

Pada pukul 5.00 pagi, para komander diminta untuk berkumpul di bawah kolej masing-masing dan bergerak ke PI bersama-sama. Tepat jam 6.00 pagi para komander menunaikan solat Subuh berjemaah di PI dan bergerak ke padang kawad pada pukul 6.30 pagi untuk aktiviti PT pagi yang diketuai oleh KM Amer Syazwan. Antara aktiviti yang dijalankan ketika PT pagi ialah berlari sekeliling BK, tekan tubi, lari satu UiTM dan angkat kaki 6 inci. Setelah selesai menjalankan aktiviti PT pagi, para komander menikmati sarapan pagi di padang kawad pada pukul 8.00 pagi.

PT pagi
sarapan pagi
            Aktiviti yang seterusnya ialah latihan kawad kaki dimana latihan tersebut akan dikendalikan oleh jurulatih sendiri iaitu En M.Sahlan bin Taip dan En Abdul Aziz bin Idrus. Bagi platun En Sahlan,komander diberi tunjuk ajar tentang kawad tongkat yang betul dan untuk platun En Aziz pula komander akan belajar dengan lebih mendalam tentang kawad kaki. Para komander dibenarkan untuk makan pagi pada pukul 10.30 pagi dan menyambung kembali latihan kawad kaki pada jam 11.30 pagi.

pelajaran kawad tongkat
pelajaran kawad kaki

            Latihan kawad kaki berakhir pada jam 12.30 hari dan selepas itu para komander menikmati makan tengahari dan berkumpul kembali di padang kawad untuk bergerak ke PI babi menunaikan solat Zuhur. Setelah selesai menunaikan solat Zuhur berjemaah di PI, semua komander diminta untuk berkumpul di padang kawad untuk diberi taklimat ringkas tentang aktiviti yang akan mereka lakukan pada petang ini iaitu explorace. Tepat jam 2.30 petang, acara explorace dimulakan dan setiap kumpulan dilepaskan secara serentak.

                        Aktiviti explorace ini terdapat 8 ‘checkpoint’ dimana setiap checkpoint dijaga oleh komander yang terlibat sahaja. Checkpoint 1 berada di PTDI II dimana nama bagi checkpoint ini ialah Tisu Terbang dan komander yang menjaga checkpoint 1 ialah KRK Noreen Farahin dan KRM Zafirah Miseman. Para peserta yang melalui checkpoint ini perlu menerbangkan tisu sehingga masuk ke dalam pinggan yang disediakan. Tisu tersebut tidak boleh jatuh ke lantai dan sekiranya jatuh maka peserta perlu mengulang kembali. Tiada denda yang dikenakan bagi checkpoint 1.

                        Checkpoint ke 2 berada di Ledang In dan nama bagi checkpoint 2 ialah Tanya Fakta dimana peserta akan diberi soalan fakta berkaitan UiTM Johor. Komander yang menjaga checkpoint 2 ialah KRK Ain Farzanah dan KRK Amira Md Esa. Denda akan dikenakan kepada peserta sekiranya peserta gagal menjawab soalan yang diberikan.

                        Seterusnya beralih ke checkpoint 3 yang berada di Rempuh Halangan dan nama bagi checkpoint 3 ialah Biskut Dahi. Komander yang menjaga checkpoint 3 ialah KRK Nabilah Musa dan KRM Atikah Jamaluddin. Apabila peserta melalui checkpoint ini, mereka diminta untuk makan biskut yang berada di dahi mereka dan diberi masa selama 3 minit.

                        Checkpoint seterusnya ialah chekpoint 4 yang dijalankan di perkarangan parking Blok I. Komander yang menjaga checkpoint ini ialah KRK Syafiqah Saleh, KM Fatin Akmal dan KM Sarah Syafiqah dan tajuk bagi checkpoint 4 ialah Peribahasa Rosak dimana peserta akan diberikan 1 peribahasa dan orang yang pertama perlu melukis peribahasa tersebut didalam kertas dan memberikan gambar tersebut kepada orang ke 2 dan seterusnya sehingga sampai kepada orang yang terakhir dan orang yang terakhir perlu menyatakan apakah peribahasa yang cuba disampaikan melalui gambar tersebut. Sekiranya orang yang terakhir salah menyatakan peribahasa yang ditunjukkan melalui gambar tersebut maka kumpulan itu akan didenda.
                        Checkpoint yang ke 5 ialah Sepit Dengan Getah dimana checkpoint ini berada di belakang DK1 dan komander yang menjaga checkpoint 5 ialah KRK Mursyeed, KM Fara Amira, KM Amer Syazwan dan KRK Fatihah Tarmizi. Peserta perlu berlawan dengan komander yang menjaga checkpoint 5. Permainan bagi checkpoint 5 ialah getah disambung sehingga panjangnya sedepa dan dihujung getah tersebut disambung dengan getah yang panjangnya 1 lengan, maka setiap hujung getah yang sedepa terdapat 6 sambungan getah yang panjangnya 1 lengan dimana 3 kiri dan 3 kanan. Dihujung getah yang panjangnya 1 lengan terdapat penyepit baju. Peserta dan komander perlu menyepit getah tersebut dikawasan muka samada telinga,hidung atau mulut. Mereka akan menarik getah tersebut sehingga putus, sekiranya komander berjaya memutuskan getah tersebut maka komander menang dan sekiranya peserta gagal memutuskan getah tersebut, mereka akan dikenakan denda melumurkan lumpur dimuka masing-masing.

check point 5: Sepit Dengan Getah
                        Berikutnya ialah checkpoint 6 yang diberi nama The Magic Of 15. Checkpoint ini berada di padang kawad dan komander yang menjaga checkpoint 6 ialah KRK Azfar dan KRM Siti Amanda. Permainan bagi checkpoint ini ialah peserta perlu menyelesaikan puzle nombor yang disediakan oleh komander yang menjaga checkpoint tersebut. Sekiranya peserta gagal menyelesaikan puzle tersebut maka mereka akan dikenakan denda dimana mereka perlu minum air Spirulina Nestum yang dicampur bersama garam.

check point 6: The Magic Of 15
                        Chekpoint 7 ialah Tiru Video dan tempatnya di Stor Unit Sukan. Kumpulan yang melalui checkpoint ini perlu meniru gaya video yang ditayangkan oleh komander yang menjaga checkpoint 7 iaitu KRM Helen Hamdan, KRM Aisyah dan KRM Fasihah. Mereka diberi masa selama 3 minit untuk berlatih mengulang gaya yang ditunjukkan dan sekiranya mereka gagal membuat aksi berdasarkan vedio tersebut, setiap seorang daripada mereka didenda memakan 2 ulas bawang putih.

                        Checkpoint yang terakhir ialah checkpoint 8 yang bertajuk Tidak Terkata yang berada di NR dan komander yang menjaga checkpoint 8 ialah KRK Nisa dan KRK Farah Fatin. Permainan untuk checkpoint ini ialah mereka perlu meneka apakah ayat yang cuba disampaikan oleh komander yang menjaga checkpoint 8, sekiranya mereka gagal, mereka akan dikenakan denda jalan itik sambil menyanyikan lagu yang mereka ketahui lirik nya.

minum petang
                        Tepat jam 6.30 petang, tamatlah aktiviti explorace dan pada pukul 7.00 malam para komander perlu berada di PI untuk menunaikan solat Maghrib dan solat Isyak berjemaah. Setelah selesai solat berjemaah di PI, pukul 9.00 malam peserta diarahkan untuk menikmati makan malam di padang kawad dan pada pukul 9.30 malam akan ada pembentangan kertas kerja oleh peserta dan berakhir pada pukul 11.15 malam dan peserta bergerak ke padang kawad pada jam 11.30 malam untuk menikmati minum malam. Tepat jam 12.00 malam maka berakhirlah aktiviti untuk hari Sabtu.




30 DISEMBER 2012(AHAD)

Peserta berkumpul dibawah kolej masing-masing pada pukul 5.00 pagi untuk bergerak ke PI bagi menunaikan solat Subuh berjemaah. Seperti biasa, setelah selesai solat Subuh di PI, peserta akan melakukan aktiviti PT pagi yang dikendalikan oleh KM Amer Syazwan. Pada jam 7.30 pagi, peserta menikmati sarapan pagi di padang kawad.


 
sarapan pagi
 Pada pukul 8.00 pagi peserta bersiap untuk bergerak ke Jabatan Balai Bomba. 


 
bersedia untuk ke balai bomba
Perjalanan ke Balai Bomba mengambil masa selama 30 minit sahaja dan peserta tiba ke Jabatan Balai Bomba & Penyelamat Malaysia, Bandaputra, IOI Segamat pada pukul 8.30  pagi. Setibanya peserta di sana, mereka diberikan taklimat oleh staf disana tentang aktiviti yang akan mereka lakukan dan undang-undang ketika berada disana.

taklimat di balai bomba
         
Pada pukul 10 pagi, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dimana kumpulan pertama akan diajar bagaimana cara menggunakan BA System yang betul. BA System ini digunakan ketika menyelamatkan mangsa yang berada di bawah tanah dan di dalam bangunan. Peserta turut diajar cara pemakaian BA System yang benar. Mereka juga diberitahu tentang keselematan yang pihak bomba perlu patuhi ketika menggunakan BA System semasa menyelamatkan mangsa di bawah tanah mahupun di dalam bangunan.
cara pemasangan BA System


penggunaan BA System

           
Kumpulan kedua pula diajar cara pembentangan dan menggulung hos yang betul sebelum bergerak ke kawad hos. Mereka perlu tahu asas kawad hos agar apabila mereka melakukan kawad hos, mereka tahu cara untuk membentang dan menggulung hos. Mereka juga perlu tahu bagaimana cara untuk memegang nozel yang betul serta posisi yang betul ketika membawa hos. Kumpulan yang ketiga akan melakukan kawad hos yang sebenar.

pembelajaran membentang dan menggulung kawad hos
pembelajaran kawad hos

penyampaian cenderahati

            Setelah selesai menjalani aktiviti di Balai Bomba, peserta menikmati makan tengahari di Balai Bomba pada pukul 1.30 hari dan pada pukul 2.30 hari peserta bergerak pulang ke UiTM. Tepat jam 3.00 petang, peserta diarahkan untuk bergerak ke DK1 untuk acara penyampaian hadiah dan tayangan video. Sebelum penyampaian hadiah dimulakan, para komander dihidangkan dengan tayangan video yang disediakan oleh KM Farhan Maskon. Selepas tayangan multimedia, penyampaian hadiah dimulakan dan disampaikan oleh Kmdy Muhammad Firdaus Naim bin Jahari. Acara penyampaian hadiah berakhir pada pukul 3.30 petang. Peserta dibenarkan pulang ke kolej masing-masing selepas itu.



penyampaian hadiah




No comments:

Post a Comment