MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, September 22, 2019

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA BATALION VI SESI SEPTEMBER 2019-JANUARI 2020

            Pada 15 September 2019 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI bertempat di Dewan Sri Temenggong, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat.

           Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ini dijalankan bertujuan untuk membubarkan sebahagian Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang lama sekaligus melantik ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang baru.

            


Dimulai dengan nyanyian tiga buah lagu dan bacaan doa yang diketuai oleh KRK Muhammad Nur Syahmi Bin Ujud. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob, Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI.

           


           Seterusnya, ucapan diberikan oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Lt. Kol. (K) Syazali Effendi bin A. Wahab (KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan  Majlis Perwakilan  Komander Kesatria Batalion VI Sesi September 2019-Januari 2020.

           


            Majlis kemudiannya beralih arah kepada upacara pemakaian pangkat kepada 5 orang Komander Muda yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Kehormat, Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) dan para Pegawai Kehormat yang lain.

            Penerima pangkat yang pertama ialah KM MUHAMMAD KHAIRIL SYAZWAN BIN ZULKIFLI. Penerima pangkat seterusnya ialah :
  •          KM UMAR KALIF BIN ZAHIDI
  •          KM ALYA IZZATY HUSNA BINTI MUHAMMAD HAZMI
  •          KM MOHAMMAD SHAFIZI BIN MOHAMMAD ZAINI
  •          KM MOHD MAHATHIR BIN SUHAILI


            Majlis diteruskan lagi dengan simbolik pemakaian badge Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019. Majlis menjemput Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) untuk memberikan badge Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 kepada KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob.
    
           


            Seterusnya, Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST) dijemput untuk menyempurnakan Upacara Penyerahan Surat Lantikan Pegawai Kehormat. Dimulai oleh LT. KOL. (K) SYAZALI EFFENDI BIN A. WAHAB (KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria dan Penasihat Kompeni Delta Kesatria Negara. Penerima surat lantikan seterusnya ialah :
  •          KAPT. (K) WAN MUHD FAEZ BIN WAN IBRAHIM (KEST), Penasihat Kompeni Alpha Kesatria Negara
  •          MEJ. (K) MUHAMAD ISMAIL BIN PAHMI (KEST), Penasihat Kompeni Bravo Kesatria Negara
  •          MEJ. (K) AHMAD KAMARULZAMAN BIN OTHMAN (KEST), Penasihat Kompeni Charlie Kesatria Negara
  •          MEJ. (K) NORFARIZA BINTI MUHD ALI (KEST), Penasihat Kompeni Echo Kesatria Negara
  •          LT. MUHIZAN BIN MISKAM (KEST), Penasihat Kompeni Foxtrot Kesatria Negara
  •          KAPT. (K) IRWAN BIN ISMAIL (KEST), Penasihat Kompeni Kembara Kesatria Negara
  •          MEJ. (K) ROSNANI BINTI MOHD SALLEH (KEST), Penasihat Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
  •          KAPT. (K) SITI ZARIKH SOFIAH BINTI ABU BAKAR (KEST), Penasihat Kompeni Kadet Bomba
  •          MEJ. (K) AZMI BIN MOHAMED (KEST), Penasihat Kompeni Angkatan Awam Malaysia (APM)
  •          MEJ. (K) NOR EZAN BIN OMAR (KEST), Penasihat Kompeni Brass Band

Kemudian, Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) telah dijemput untuk menyampaikan cenderahati kepada Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST). Majlis diserikan lagi dengan tayangan multimedia yang telah disediakan.



          Di akhir majlis, para tetamu dijemput untuk berpindah majlis dan menikmati hidangan yang disediakan. Sebagai penutup, diharapkan dengan pelantikan ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang baru dapat meneruskan perjuangan dan membanggakan nama UiTM Cawangan Johor. 

Sunday, September 01, 2019

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-62


Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 bertemakan Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih pada 31 Ogos 2019 (Sabtu), Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor Cawangan Segamat telah menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2019 Peringkat Daerah Segamat yang bertempat di Dataran Segamat.

Bagi menjayakan sambutan yang gilang gemilang ini, MPKK Batalion VI telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan kawad bendera dan pasukan pertandingan perbarisan. Latihan kawad merdeka telah diadakan selama tiga hari bermula daripada 28 Ogos 2019 di UiTM Segamat, Johor.

Seramai 62 orang anggota komander dengan diketuai oleh KK Muhammad Fikri Haziq bin Ayob telah mengambil bahagian dalam kawad bendera dengan membawa bendera Malaysia. Ini adalah sebagai simbolik bahawa Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 62 tahun. Bagi pasukan pertandingan perbarisan pula, kontinjen seramai 33 orang anggota komander ini telah diketuai oleh KMdy Saad bin Abdul Samad.







Selain itu, Sambutan Hari Kebangsaan ini juga telah disertai oleh Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) sebagai pembawa bendera Johor dan pasukan Brass Band. Para peserta berkumpul seawal jam 7.30 pagi sebelum memulakan perbarisan sebagai kontinjen pertama dalam perarakan masuk ke pentas utama di Dataran Segamat.






Lebih membanggakan lagi, Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor Cawangan Segamat telah menjadi johan dalam Pertandingan Perbarisan  kategori Badan Beruniform. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang menyertai Sambutan Hari Kebangsaan ini.