MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, July 12, 2014

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)

      Pada 25 Jun 2014, Kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) UiTM Cawangan Johor telah mengadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan di LT1 jam 8.30 Malam. Seramai 200 org termasuk jurulatih, para komander, dan para pelajar telah menghadirkan diri pada malam tersebut. Perjumpaan ini bertujuaan untuk membubar ahli jawatankuasa yang lama dan melantik ahli jawatankuasa yang baru.

KRM Rabiatul Adawiyah Binti Harun telah ditugaskan sebagai pengerusi majlis untuk perjumpaan pada kali ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna dan bacaan doa yang diketuai oleh KRK Abdul Rahman Bin Azlan. Selepas itu ucapan alu-aluan disampaikan oleh Penyelaras Kompeni JPAM, Left. (Kest.) Muhammad Fairus Bin Abdul Shukor. Disusuli dengan ucapan Pegawai Kehormat Kompeni JPAM, Kapt (Kest) Muhamad Ismail Bin Pahmi.    


Kapt (Kest) Muhamad Ismail Bin Pahmi
               
Seterusnya majlis diteruskan dengan Pembubaran Jawatankuasa Kompeni JPAM sesi November 2013-April 2014 oleh Mantan Ketua Kompeni JPAM sesi November 2013-April 2014, KM Nazatul Hazwani Binti Mohd Zal dan Pelantikan Jawatankuasa Baru Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Sesi Jun – Oktober 2014 oleh Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam KM Shafikah Nuriman Binti Md Nazri.

Ucapan diteruskan lagi dengan Pembentangan Organisasi JPKK Batalion VI Sesi Jun-Oktober 2014 oleh Pegawai Latih 1 KMdy Muhizan Bin Miskam. Beliau memberi penerangan serba sedikit mengenai Komander Kesatria serta kejayaan yang telah mereka capai sepanjang semester lepas. Para pelajar juga amat digalakkan agar menyertai Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI.

Wakil Top 10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI
KMdy Muhizan Bin Miskam

Sebelum besurai dan bergerak ke jamuan ringan, para tetamu ditayangkan dengan tayangan multimedia berupa video organisasi Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI sesi Jun-Oktober 2014 serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada semester lepas serta video Jawatankuasa Kompeni Jabatan Pertahanan Awam sesi Jun – Oktober 2014 dan aktiviti kompeni JPAM sepanjang November 2013 – April 2014.
.

Semasa Majlis Dijalankan


Gambar kenangan AGM Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Sekian, terima kasih.




Tuesday, July 08, 2014

Perjumpaan Dwi-tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor sesi Jun - Oktober 2014

       Pada 20 Jun 2014 yang lepas, Perjumpaan Dwi-tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor sesi Jun - Oktober 2014 bertempat di Dewan Kuliah 1, Blok Karyawan.  Para tetamu yang hadir merupakan :

  • Mejar (Kest.) Ujud Bin Pabil selaku Pegawai Kokurikulum,
  • Mejar (Kest.) Syazali Effendi bin A.Wahab,
  • Left. (Kest.) Muhammad Fairus Abdul Shukor
  • Mantan-mantan serta para Komander Kesatria Batalion ke VI.
Sedikit kelainan pada semester ini juga, majlis telah dikemudikan oleh dua orang pengacara iaitu  KRM Adam Iskandar bin Ibrahim dan KRM Nur Aini Farhanah Binti Zamri. Bagi mempermudahkan dan memberkati majlis, doa telah dibaca oleh KRM Ahmad Izzul Iman Bin Ahmad Kamal.

Pengacara Majlis Perjumpaan Dwi-tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI
KK Mohd Syafizi Bin Shahrani memberikan sedikit ucapan terima kasih dimana dalam ucapan tersebut beliau mengucapkan tahniah di atas komitmen yang diberikan oleh komander-komander kesatria sepanjang pemerintahan beliau. Beliau menyatakan tujuan bagi perjumpaan kali ini untuk malantik tampuk pemerintahan yang baru. Selain itu, beliau berpesan kepada semua komander kesatria untuk menjadi komander yang cemerlang dalam komander mahupun akademik. 
KK Mohd Syafizi Bin Shahrani
Pada semester November 2013-April 2014, kontinjen Johor telah kalah dalam perjuangan mereka di kkec Kedah. Walaupun begitu, semangat meraka tidak pernah pudar. Beliau mengingatkan diri beliau serta kepada semua komander kesatria bahawa kita bukan orang yang mula dan mengakhirkan perjuangan tetapi akan menjadi orang yang akan meneruskan perjuangan. Beliau berpesan bahawa perjuangan belum selesai, semua komander kesatria UiTM Johor akan naikkan bersama-sama batalion VI  di tanah sendiri iaitu Johor. Akhir kata, beliau menerapkan kata-kata semangat dalam diri semua komander serta diri beliau iaitu “If you train hard, you fight easy, you’ll win the war. If you train easy, you fight hard, you’ll die.”



Ucapan menaikkan kembali semangat Jengking Johor

       Seterusnya, Mejar (Kest.) Ujud Bin Pabil selaku Pegawai Kokurikulum memberikan ucapan terima kasih kepada  tetamu yang hadir seperti Pegawai Kehormat, jurulatih-jurulatih Kesatria, Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman A, B dan C dan serta mantan-mantan komander yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Pada perjumpaan kali ini, beliau telah mengingatkan kembali dan menerangkan tentang ciri-ciri komander Johor iaitu :
  1. Dipimpin untuk memimpin.
  2. Kerjasama berpasukan yang teguh.
  3. Usaha terbaik untuk hasil terbaik serta tiada istilah mustahil dan berserah kepada Allah.
  4. Menghormati dan dihormati.
  5. Mengekalkan kebanggaan tradisi pasukan.
  6. Imej tersendiri berdasarkan peraturan dan protokol pasukan.
Melalui semua ciri-ciri ini, beliau menceritakan semula kejayaan-kejayaan Batalion VI dahulu untuk dijadikan pengajaran dan teladan. Beliau telah menayangkan beberapa video untuk dijadikan iktibar dan pedoman dalam diri setiap komander kesatria. Pada ciri yang ketiga, beliau menyatakan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dapat diterapkan melalui slogan “Johor The Best”. Beliau  berpesan untuk meletakkan matlamat yang lebih tinggi dalam setiap perkara yang dilakukan untuk mencapai kejayaan. Selain itu, “Give Your Best”, slogan yang dikatakan oleh beliau serta kata-kata beliau yang dapat dikait dengan slogan di atas “Jika ada kemahuan, anda akan 4 kali lebih baik dari sekarang. Kalau anda mengalah, yang lain akan mengalah”. Seterusnya, beliau membubarkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria sesi Nov 2013-April 2014 dan melantik ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI bagi sesi Jun 2014-Oktober 2014.

       Majlis diteruskan lagi dengan sesi pemakaian pangkat Komander Kesatria Batalion VI. Setelah itu, saat yang dinanti-nantikan, para tetamu dipertontonkan dengan tayangan multimedia. Majlis berakhir setelah para tetamu dijemput untuk menjamu selera.





       Berikut merupakan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Johor bagi sesi Jun 2014 – Oktober 2014.




Sekian, terima kasih.