Monday, January 30, 2012

Kompeni Bravo: Kela Adventure Camp Raub, Pahang


       Kompeni Bravo pada semesta ini mengadakan program di Kela Adventure Camp,Raub,Pahang.Program ini diadakan pada 13 Januari 2012 sehingga 15 Januari 2012 selama 3 hari 2 malam.Program ini disertai oleh seramai 105 orang peserta di mana 95 orang pelajar kokurikulum, 10 orang komander Kompeni Bravo dan beberapa orang pegawai pengiring.
               
       Pada 13 Januari 2012  Para peserta berkumpul di padang kawad pada pukul 2.45 petang untuk taklimat awal dan semakan kehadiran peserta. Pada pukul 4.00 petang, para pelajar bergerak keluar dari perkarangan UiTM Segamat ke destinasi. Tepat pukul 12.00 malam, para peserta  selamat tiba di Kela Adventure Camp, Raub, Pahang. Setibanya di sana, kami disambut oleh pemilik Kela Adventure Camp iaitu Encik Azmi dan seterusnya beliau memberi taklimat ringkas mengenai peraturan – peraturan yang terdapat disana.Kami juga dimaklumkan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di dalam kawasan tersebut. Setelah memberi taklimat ringkas, semua peserta di berikan kumpulan kemudian pada pukul 1.00 pagi, kami dibenarkan membuat persiapan persendirian seperti mengemas khemah – khemah kami. Selepas itu, peserta di berikan kumpulan untuk membuat kawalan malam.




                                    
                                                      

                   
14 JANUARI 2012

                   Pada 14 Januari 2012, pukul 5.45 pagi, para pelajar membuat persiapan diri dan bersiap sedia untuk solat subuh berjemaah. Kemudian para peserta menjalani latihan fizikal dan senaman pagi dibawah penyelarasan jurulatih Kela Adventure Camp yang di ketuai oleh Encik Manaf bin Mohammed.


Para pelajar menikmati sarapan yang telah disediakan tepat jam 8.00 pagi. Selepas sarapan, para pelajar diarahkan oleh jurulatih pengiring untuk membuat aktiviti tali yang telah disediakan.Aktiviti pada pagi itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu “flying fox” dan “cargonet”. Aktiviti ini dikendalikan oleh pihak pengurusan Kela Adventure Camp. Sebelum aktiviti dimulakan, para pelajar diberi taklimat ringkas berkaitan keselamatan serta langkah-langkah yang betul. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan peralatan-peralatan yang digunakan seperti ‘harnest’, sarung tangan, topi keselamatan dan lain-lain. Aktiviti ini dijalankan bagi mengukuhkan lagi tahap fizikal, mental dan juga tahap keberanian para pelajar Kokurikulum Kesatria Negara 1.

Tepat jam 12.00 tengah hari, pelajar berehat seketika bagi menikmati makan tengah hari serta bersiap untuk solat zohor berjemaah. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan persiapan untuk latihan dalam kumpulan 1 (LDK 1). Semua peserta di kehendaki membuat moto, logo, misi dan visi serta ‘trade mark’ kemudian mereka membuat pembentangan hasil dari kerja mereka.


Selepas LDK 1, mereka membuat LDK 2 iaitu permainan C4 di mana aktviti ini menguji kreativiti mereka serta bagaimana mereka bekerjasama di dalam kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang di berikan. Tetapi, pada pukul 4.45 petang, aktiviti ini tergendala kerana hujan turun. Bagi mengisi masa yang tergendala itu, semua peserta di kehendaki duduk di dalam kumpulan untuk berbincang tentang persembahan untuk malam kebudayaan nanti. Dalam pada masa yang sama, mereka di beri minum petang. Selepas hujan berhenti, mereka meneruskan aktiviti mereka dengan membuat aktiviti ikhtiar hidup pada pukul 5.30 petang. Manakala, pada jam 7.15 malam, mereka mula bersiap-siap untuk makan malam kemudian mereka di beri masa untuk persiapan diri serta solat maghrib dan isyak.


Tepat jam 8.45 malam, semua peserta berkumpul untuk menjalankan aktiviti seterusnya iaitu jalan malam. Taklimat di berikan oleh jurulatih kem iaitu Encik Manaf bin Mohammed sebelum bergerak keluar. Pada jam 9.00 malam, mereka mula bergerak keluar dari tempat perkhemahan dan tamat aktiviti pada pukul 12.15 malam. Sejurus selepas tamat jalan malam, mereka membuat persembahan untuk malam kebudayaan. Aktiviti itu tamat pada jam 1.30 pagi. Mereka di lepaskan pada jam 1.35 pagi untuk berehat dan kawalan malam.










                   Pada 15 Januari 2012,  jam 5.45 pagi, para pelajar membuat persiapan diri dan bersedia untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Salah seorang daripada para pelajar menjadi imam bagi solat subuh pada pagi tersebut. Selepas selesai solat berjemaah, para pelajar membuat persiapan untuk aktiviti senaman pagi.

Tepat jam 8.00 pagi, para pelajar menikmati minum pagi selama 30 minit. Selepas selesai minum pagi, para peserta di serahkan kepada pihak kem bagi menjalankan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti air. Sebelum menjalankan aktiviti air, mereka di beri tugasan mecari 30 jenis daun yang berada di sekitar tempat kem. Selesai tugasan tersebut, mereka di kehendaki masuk ke dalam sungai untuk menjalankan aktiviti air seperti kumpulkan bola ping pong, berlari silih berganti dan lumba rakit. Sebelum aktiviti air tamat, mereka melakukan aktiviti terakhir iaitu belon siapa paling besar.

                    Selesai segala aktiviti, mereka di beri peluang untuk mandi di dalam sungai selama 30 minit. Pada jam 12.30 tengah hari, mereka di beri masa untuk bersiap dan mengemas khemah mereka serta barang-barang mereka dan berkumpul di tanah lapang pada jam 1.00 petang. Sebelum acara penutup, mereka di beri makan tengah hari. Pada jam 1.30 petang acara penutup di jalankan dan setiap kumpulan mendapat hadiah hasil dari kerjasama dan komitmen yang di berikan. Akhir sekali, semua peserta, komander dan  jurulatih pengiring dan jurulatih kem bergambar bersama-sama untuk kenangan yang tidak dapat di lupakan ini. Pada jam 2.15 petang, kami semua bertolak pulang ke Uitm Cawangan Segamat dan tiba pada pukul 8.00 malam.











Sunday, January 29, 2012

Kompeni Bomba: Ekspedisi Mengharungi Sungai Muar & Latihan Kebombaan

          Pada 14 dan 15 Januari 2012 (Sabtu & Ahad) bertempat di Balai Bomba Bandar Putra, Segamat Johor. dan sekitar Sungai Muar Kompeni Bomba telah berjaya menjalankan akitiviti luar kelas yang disertai oleh 66 orang pelajar kokurikulum semester 3 dan 19 orang pelajar kokurikulum semester 1. Ekspedisi ini dibantu  oleh 7 orang komander pengiring sebagai urusetia dan fasilitator. 

          14. Januari. 2012 (Sabtu)
        

Para peserta berkumpul di padang kawad pada pukul 7.00 pagi untuk taklimat awal dan semakan kehadiran peserta . Pada pukul 8.30pagi , para pelajar bergerak keluar dari padang kawad UiTM Segamat menaiki bas. Tepat pukul 9.15 pagi para pelajar tiba di Balai Bomba Bandar Putra. Para pelajar meletakkan beg ditempat yang telah disediakan dan bersiap sedia untuk taklimat oleh ketua Balai Bomba Bandar Putra. Setelah selesai taklimat para peserta di bahagikan mengikut semester dan kumpulan masing-masing. Para pelajar semester 3 telah menjalankan aktiviti Abseling manakala para pelajar semester 2 di bahagikan dua kumpulan dan kumpulan pertama menjalankan aktiviti BA System dan simulasi. Para pelajar berehat sebentar pada pukul 11.00 dan diberi sarapan pagi.Selepas sarapan pagi aktiviti di teruskan lagi sehingga jam 1.00 petang. Para pelajar berehat sebentar serta solat dan makan tengahari. Pada pukul 3.00 petang para pelajar semester 2 menjalankan aktiviti kawad hos 400 kaki 2 aliran. Manakala para pelajar semester 3 menjalankan aktiviti BA Sistem atau dikenali sebagi bantuan alat penafasan dan simuasi jika berlaku kecemasan. Aktiviti di hentikan dengan solat asar. Selepas solat asar para pelajar beridah dan beramah mesra bersama anggota bomba dan jurulatih dengan bermain futsal,sepak takraw dan badminton. Solat magrib dan isyak secara berjemaah di laksanakan di surau balai bomba. Selain itu, bacaan yassin bagi memudahkan segala aktiviti dan dapat dilaksanakan dengan mudah. Selepas bacaan yasin,para pelajar menikmati makan malam bersama-sama komander dan anggota bomba yang terlibat. Selepas makan malam aktiviti LDK dan malam kebudayaan dijalankan. Sebelum para pelajar di benarkan berehat jurulatih memberikan sedikit taklimat untuk aktiviti simulasi yang akan dijalankan pada waktu pagi keesokkan harinya. Aktiviti pada hari sabtu diakhiri dengan minum malam.
















      15. Januari. 2012 (Ahad)
         

Pada jam 4.30 pagi para pelajar diminta bangun dari tidur untuk melakukan aktiviti simulasi. Mereka di minta mencari mangsa yang hilang iaitu ahli kumpulan masing-masing. Selepas mencari para pelajar di benarkan membersihkan diri serta solat subuh secara berjamaah. Aktiviti di teruskan lagi pada pukul 6.45 pagi dengan latihan jasmani (PT pagi) bersama anggota bomba. Mereka berlari di sekitar kawasan balai bomba. Selepas latihan jasmani para pelajar menikmati sarapan pagi dan berehat sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya. Pada pukul 9.00 pagi para pelajar semester 3 siap sedia untuk pergi ke Jeti Tekam bagi menjalankan ekspidisi mengharungi sungai muar.Manakala para pelajar semester 2 menjalankan aktivti abseling dan kawad hos. Pada pukul 11.00 pagi para pelajar dan komander pengiring sampai di destinasi yang dituju iaitu di Jeti Tekam dengan menaiki trak bomba. Satu pengalaman yang baru diperoleh dari perkhemahan ini. Selepas itu para pelajar menaiki bot yang telah disediakan. Terdapat 3 buah bot dan boleh memuatkan seramai 12 orang sahaja. Kami mengharungi sungai muar selama 2 jam dan destinasi terakhir kami ialah di Balai Polis Bukit Kepong. Para peserta di benarkan rehat, makan dan solat zohor sebelum pulang ke Balai Bomba Bandar Putra. Pada pukul 3.15 petang kami bertolak pulang ke Balai Bomba Bandar Putra. Selepas solat asar upacara penutupan dan penyampaian cenderhati kepada ketua balai bomba serta jurulatih yang terlibat dalam program ini.













       





Tuesday, January 24, 2012

Kompeni BPC: LASABEL di National Elephant Conservation Center

          Kompeni Badan Pertolongan Cemas pada semester ini mengadakan lawatan sambil belajar di National Elephant Conservation Center, Kuala Gandah Pahang. Lawatan diadakan pada 15 Januari 2012 (Ahad) yang disertai oleh pelajar kokurikulum semester 2 seramai 30 orang. Disertai juga seramai 18 komander pengiring dan seorang Penyelaras kor. Badan Pertolongan Cemas.

          Pada 15 Januari 2012, pada pelajar dikumpulkan di Pusat Islam UiTM, Johor sekaligus solat subuh berjemaah. Sebelum bertolak, komander bertugas menyemak semula kehadiran para pelajar dan komander. Bas bertolak tepat jam 7.00 pagi.



 Kami selamat sampai di National  Conservation Center pada jam 11 pagi. Aktiviti pertama di sana ialah Taklimat berkaitan gajah dan sejarahnya, selama satu jam taklimat tersebut. Seterusnya ialah aktiviti explorace. Para pelajar dan komander dibahagikan dan terdapat 5 kumpulan. Terdapat 5 checkpoint di sekitar conservation centre. En. Muhamad Fairus bin Mohd Shukor selaku penasihat kor BPC melepaskan kumpulan untuk acara explorace tersebut. Jelas kelihatan persaingan sihat diantara kumpulan bagi memenangi acara tersebut. Pelbagai aktiviti yang menguji minda dan ketahanan fizikal serta mental para peserta.

















       
          Selepas makan tengahari dan solat zuhor para pelajar berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan bagi menyaksikan pertunjukan gajah yang telah dilatih. Para pelajar juga diberikan kesempatan untuk menunggang gajah. Selepas itu terdapat juga pertunjukan gajah yang dimandikan. Para pengunjung diberi peluang untuk bermandi bersama gajah.






          Tepat jam 3.30 petang kami berkumpul di entrance National Elephant Conservation untuk upacara penyampaian hadiah. Sebelum berangkat pulang kami bergambar kenang kenangan. Semoga kenangan pada hari ini akan menjadi ingatan sehingga ke akhir hayat.








          Jutaan Terima Kasih diucapkan dan sekalung tahniah kepada Kompeni Badan Pertolongan Cemas diatas kejayaan melaksanankan aktiviti ini. BPC TERUS MAJU !