MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, September 07, 2016

Pertandingan Perarakan Kawad Perbarisan Peringkat Negeri Johor Daerah Tangkak

Pada 31 Ogos 2016 yang lepas telah berlangsungnya satu pertandingan Perarakan Kawad Perbarisan Peringkat Negeri Johor Daerah Tangkak. Wakil dari daerah Segamat ialah UiTM Johor Kampus Segamat.


Kekuatan anggota seramai 41 orang termasuk IC platun dan dua orang pembawa bendera Malaysia dan UiTM. Pertandingan kali ini telah diketuai oleh Pegawai Latih II iaitu KM Firdaus bin Hamdi dan pembawa bendera Malaysia ialah KRK Ammar bin Abdul Rahim manakala pembawa bendera UiTM ialah KRK Akmal Shakir bin Shukri. Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat iaitu Mejar. (K) Ujud bin Pabil turut mengiringin Kontijen Segamat ke Tangkak.


Pertandingan ini telah disertai oleh 83 kontijen. UiTM Johor bermula di petak ke 43. UiTM Johor memberi saingan kepada kontijen lain seperti ARMY, PDRM dan sebagainya.

 Perarakan sedang berlangsung

 Tiba di dataran Tangkak

Perarakan ini berakhir di Dataran Tangkak. Selepas selesai perarakan dan bersarapan pagi, kontijen Segamat bergerak pulang ke UiTM Segamat dengan selamat.