MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, July 13, 2011

AGM KOMANDER SESSI JUL-NOV

Alhamdulilah,bersyukur kehadrat ilahi dengan segala rahmat nya pada 13 jun 2011 Annual General Meeting atau Mesyuarat Agong Tahunan Komander Kesatria  telah diadakan di Dewan kuliah, Blok Kayangan,pada pukul 8.00 malam.AGM Komander Kesatria pada sessi  Jul-Nov 2011 dirasmikan oleh Tuan Ujud Bin Pabil, diiringi oleh En.Juakhir ,Mantan Pemerintah dan barisan top 5 untuk masuk ke majlis.





Mesyuarat yang diadakan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis,dan bacaan doa 
Majlis diteruskan lagi dengan pembubaran JPKK semester lepas dan pelantikan barisan JPKK baru
Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian AGM Komander oleh Tn. Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum.







Tuan Ujud Bin Pabil memakaikan pangkat Komander kanan kepada  komander Wan Ahmad Zatullbahti. Pangkat Komander Madya pula di pakaikan kepada komander Mohamad Nooraiman,komander Muhammad Arif, komander Mohamad Affeeyan dan komander Siti Aisyah.

Setelah selesai, para tetamu disajikan dengan tayangan video aktiviti komander sepanjang semester lepas dan seterusnya barisan majlis tertinggi JPKK mengiring tetamu-tetamu VIP untuk berpindah majlis bagi menikmati jamuan ringan yang disediakan. Majlis masih belum berakhir, majlis diikuti dengan pembacaan laporan semester lepas dari setiap biro JPKK. 








Majlis berakhir pada jam 10.30 Malam.
Terima kasih di ucapkan kepada semua semua komander yang terlibat. Dan tidak dilupakan juga kepada mantan-mantan komander yang hadir bagi memeriahkan AGM komander sessi  Julai- November ini

SUKANEKA KOMANDER

Sukaneka komander
Pada 26 jun 2011 yang lalu, sukaneka komander sessi mei-oct telah diadakan di padang bola utama UiTM Segamat pada pukul 9.00 pagi. Sukaneka ini melibatkan semua komander kesatria UiTM Segamat dari batch 18,19 dan 20. Sebelum sukaneka ini bermula,senam pagi diadakan dan pembahagian kumpulan bermula.Antara nama kumpulan ialah tempoyak,budu,petai,jering,cencaluk,belaca. Antara aktiviti yang dilakukan ialah terompah gergasi, jalan susah,fashion mumia, dab balingan kasih sayang.




senam pagi dilakukan sebelum sukaneka berlangsung.






Terompah gergasi merupakan acara yang pertama. Acara ini dimenangi oleh kumpulan jering yang dianggotai oleh cik Aiman.



Seterusnya, acara isi air dalam cawan menggunakan belon.Acara ini melibatkan kretiviti kumpulan masing-masing. Masa diberikan selama tiga minit untuk semua komander memenuhkan air.





Ini adalah acara ambil gula-gula dalam tepung. Sebelum mereka mengambil gula-gula,mereka dikehendaki untuk pusing baldi selama lima kali dan selepas itu hendaklah mengambil air dam menyapu muka dan terus berlari mengambil gula-gula.





Ini pula adalah acara ‘pusingan berapi’.Komander-komander dikehendaki  pusing sambil memegang kon sebanyak lima kali dan meniup belon sehingga pecah sehinggalah semua ahli kumpulan melakukannya.





Ini adalah acara ‘Balingan kasih sayang’. Belon ini hendaklah di baling ke belakang dengan berhati-hati.Acara ini memerlukan kerjasama antara semua ahli kumpulan.




    Tema “pop ye ye”




Tema “pahlawan melayu”



 


Tema “cinderalla/puteri”

Ini adalah acara kemuncak atau terakhir.Acara ini dinamakan ‘Fashion Mumia’. Setiap kumpulan diberi tema masing-masing.Mereka diberi masa selama tujuh minit untuk menyiapkan tugasan dan akhir sekali menbuat persembahan.








Sukaneka ini berakhir dengan jayanya pada pukul 11.00 pagi. Juara keseluruhannya di menangi oleh kumpulan tempoyak.