Sunday, January 16, 2011

Misi & Objektif

Misi Unit Kokurikulum

Menjadi sebuah pusat pembelajaran bagi menggalakkan dan membentuk individu yang mempunyai watak dan peribadi yang seimbang, berdisiplin, patriotik, mencintai ilmu, menghayati budaya dan mempunyai kepekaan sosial dengan hasrat universiti untuk melahirkan graduan yang cemerlang .



Objektif Unit Kokurikulum

  • Memenuhi hasrat universiti dalam mewujudkan pendidikan seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi siswazah yang lebih matang.

  • Memberi pendedahan kepada pelajar dari aspek teori dan amalan terutamanya dari segi kepimpinan agar dapat melengkapkan pelajar menjadi pemimpin serba boleh dan berwawasan.

  • Menggalakkan pelajar memiliki sifat-sifat murni seperti berdisiplin, berdedikasi, berdikari, bermoral, bersyukur dan bertanggungjawad bagi membentuk generasi masyarakat yang teguh dan padu.

  • Menerapkan nilai-nilai kerohanian, patriotik dan keusahawanan agar pelajar mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.

  • Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran serta menggunakan masa senggang dengan lebih bermakna untuk kemajuan diri, organisasi dan masyarakat.


Objektif Unit Kesatria
  • Membentuk keperibadian pelajar supaya berdisiplin dan berhemah tinggi
  • Membina jasmani pelajar melalui latihan kawad dan jasmani
  • Merapatkan silaturahim para pelajar melalui pergaulan semasa latihan
  • Memupuk semangat kerjasama di dalam kumpulan 
  • Memberi pengetahuan umum para pelajar selain dari bidang akademik masing-masing melalui ceramah-ceramah yang dijadualkan
  • Menyediakan keperluan majikan dalam aspek kepimpinan dan disiplin

Lagu Kesatria

Tinggalkan ibu, tinggalkan ayah,
Tinggal sanak saudara,
Kerana kesatria kami turutkan,
Tanpa ragu dan bimbang

Dari utara dan juga selatan,
Dari semua kawasan,
Kami berhimpun bawah satu badan,
Dengan satu tujuan

Berkawad dan segala,
Semuanya harus kami rasa,
Tiada kami pinta,
Namun kami terima

Ayuh semua kita semua,
Ikhlas hati sejiwa,
Bersama hadapi rintangan,
Demi masa hadapan

Kami kesatria.....
Kami kesatria......




"Berilmu & Berdisiplin"


* Dipetik dari "Buku Latihan Kawad UiTM Johor"

Latar Belakang Unit Kesatria

Sejarah Penubuhan



Peristiwa dua demonstrasi pelajar-pelajar institut pengajian tinggi termasuk ITM (UiTM) pada akhir tahun 1975 dan awal tahun 1976 adalah merupakan titik permulaan penubuhan Unit Kesatria kerana peristiwa itu, lebih kurang 200 pelajar telah disingkirkan dari ITM (UiTM).


Pihak Majlis ITM (UiTM) memandang serius tentang perkara itu. Demonstrasi itu adalah menunjukan keperluan meningkatkan disiplin dikalangan pelajar ITM (UiTM). Menyedari hakikat ini, satu kertas kerja untuk menubuhkan Unit Kesatria telah disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan dikemukakan ke Majlis ITM (UiTM). Kertas kerja itu telah diluluskan.


Pada bulan Jun 1976, wujudlah Unit Kesatria ini dan berikutnya di kampus-kampus cawangan. Oleh kerana penubuhanya secara tergesa-gesa, maka wujudlah berlaku tanpa penjawatan. Pengurusan logistik, pentadbiran, dan latihan diserahkan kepada warden-warden secara sambilan, kakitangan pejabat dipinjam dari Bahagian HEP, jurulatih-jurulatihnya dipinjam dari Unit Keselamatan dan juga dewan makan. Pada tahun 1982, barulah diwujudkan perjawatan Unit Kesatria di Shah Alam dan kemudiannya di kampus cawangan.


Pada peringkat awalnya, latihan Kesatria ini adalah secara sukarela sahaja. Bilangan pelajar yang melibatkan diri adalah terlalu kecil. keadaan ini tidak mematuhi objektif penubuhannya. Oleh itu pada tahun 1978, latihan Kesatria dan juga aktiviti-aktiviti yang lain dijadikan ko-kurikulum. Semua pelajar baru adalah diwajibkan mengikuti salah satu ko-kurikulum untuk selama 2,3 atau 4 semester mengikut keperluan kajian masing-masing. mereka diwajibkan lulus sebelum menamatkan pengajian. Jika gagal, Diploma mereka tidak akan dikeluarkan oleh Majlis ITM (UiTM).


Unit Kesatria ditadbir oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Diketuai oleh ketua unit ko-kurikulum dan dibantu oleh tiga pegawai iaitu pentadbiran, logistik dan latihan. Kini, Ko-kurikulum adalah diwajibkan kepada pelajar semester 1 sehingga semester 3 dan diperuntukkan sebanyak 1 jam kredit. Ko-kurikulum di UiTM Johor terbahagi kepada 6 unit utama iaitu:


  • Kesatria Negara ( Kompeni: Alpha, Bravo, Charlie, Delta, Echo)
  • Bomba dan penyelamat
  • Brass Band
  • Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
  • Badan Pertolongan Cemas (BPC)
  • Kembara
Sekian, wasalam.

"Berilmu & Berdisiplin"


Sedia berkhidmat,
KM Fatimah (17)

*Sebahagian kandungan dipetik daripada "Buku Latihan Kawad UiTM Johor"

Salam Perkenalan, Salam 1 Malaysia

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selamat Datang ke BLOG JPKK UITM JOHOR. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya BLOG JPKK UITM JOHOR kini diwujudkan dan bakal dirasmikan pada 28hb Januari 2011, InsyaAllah. BLOG JPKK UITM JOHOR telah mula beroperasi pada 15 Januari 2011 di bawah kelolaan Biro Publisiti dan Multimedia JPKK semester ini. Barisan JPKK berharap BLOG JPKK UITM JOHOR bakal memberi informasi berguna pada para pelawat blog ini terutamanya para komander dan pelajar kokurikulum kesatria sekaligus mewakili Unit Kesatria.


Tujuan utama blog ini diwujudkan untuk membuktikan bahawa Unit Kesatria turut melangkah kehadapan seiring dengan kemajuan teknologi selain dari memberi khidmat dalam akademik dan kokurikulum, Unit Kesatria juga tidak ketinggalan untuk menjadikan media massa sebagai medium komunikasi antara Unit Kesatria dan pelawat blog. Barisan JPKK berharap dengan adanya blog ini bakal memberi impak yang positif pada semua pelawat blog disamping mengeratkan silaturahim melalui komunikasi yang disediakan. 



BLOG JPKK UITM JOHOR bakal dimuatkan dengan informasi terkini Unit Kesatria antaranya:
  • Pengenalan dan fungsi Unit Kesatria
  • Aktiviti-aktiviti Unit Kesatria yang telah dijalankan sepanjang semester
  • Pencapaian dan Anugerah yang diterima oleh Unit Kesatria
  • Pengumuman atau notis aktiviti yang bakal berlangsung


Barisan JPKK juga menerima sebarang komen dan cadangan melalui ruangan komen pada post untuk mempertingkatkan mutu dan keberkesanan Unit Kesatria dalam memberi khidmat kepada pelajar-pelajar kokurikulum.



Diharapkan penghasilan BLOG JPKK UITM JOHOR menyumbang sedikit sebanyak kemudahan kepada semua pihak, para komander dan pelajar kokurikulum secara amnya.




Sekian, wasalam.



"Berilmu dan Berdisiplin"


Sedia berkhidmat,
KM Fatimah (17)