MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, January 29, 2016

UNDANGAN TERBUKA KE MAKAN MALAM REJIMENTAL KOMANDER KESATRIA BATALION VI




Dengan Segala Hormatnya Kami Menjemput
Tuan/Puan/Encik/Cik

KE

MAKAN MALAM REJIMENTAL
KOMANDER KESATRIA BATALION VI

TARIKH       : 7 FEBRUARI 2016 (AHAD)
MASA           : 8.00 MALAM
TEMPAT      : DEWAN SERI TEMENGGUNG(DST)
PAKAIAN    :   SISWA  : BLAZER(KEMEJA DAN BERTALI LEHER MERAH/MAROON)
                            SISWI    : BLAZER (KEMEJA  DAN BERTUDUNG MERAH/MAROON)
BAYARAN  : RM30/SEORANG
BATCH        : BATCH 22 DAN KEBAWAH


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI : NURSYAFIQAH   (01123025769)
                                                                                         : BATRISYA            (0178730085)

KEHADIRAN TUAN/PUAN/ENCIK/CIK AMAT KAMI ALU-ALUKAN

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ATUR CARA MAKAN MALAM REJIMENTAL KOMANDER KESATRIA BATALION VI

8.00 MALAM        : Ketibaan Komander Kesatria Dan Tetamu Jemputan VIP
8.15 MALAM        : Kehadiran Tetamu VVIP
8.20 MALAM        : Melapor
8.30 MALAM        : Nyanyian Lagu    : Bangsa Johor
                                                              : Negaraku
                                                              : Wawasan Setia Warga UITM
8.40 MALAM       : Bacaaan Doa
9.00 MALAM       : Makan Malam
9.30 MALAM       : Ucapan Alu-Aluan Oleh Pegawai Memerintah
9.45 MALAM       : Ucapan Oleh Rektor UITM Cawangan Johor Kampus Segamat
10.00 MALAM     : Penyampaian Anugerah:
                                          -Watikah Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria
                                          -Komander Kesatria Endurance Challenge(KKEC)
                                          -Jambori Tahunan Komander Kesatria Siri Ke-11
                                          -Anugerah Komander Dekan
                                          -Anugerah Komander Terbaik Luar Bidang
                                          -Anugerah Komander Terbaik Akademik
                                          -Anugerah komander Kepimpinan Terbaik
                                          -Anugerah Komander Terbaik Keseluruhan
10.30 MALAM     : Nyanyian Lagu UITM Di Hatiku
11.00 MALAM     : Bersurai




Saturday, January 02, 2016

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI KESATRIA NEGARA CHARLIE SESI DISEMBER 2015 - APRIL 2016


Pada perjumpaan kali ini KRM Mohamad Farouqi Izzad bin Abd Rahman telah bertugas sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada para pegawai kehormat, barisan Top10, majlis tertinggi JPKK, jurulatih, barisan komander kompeni Charlie, barisan mantan dan pelajar semester 1 kerana sudi menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Charlie sesi Dis 2015 - Apr 2016. 

Para Majlis Tertinggi JPKK yang hadir

Barisan Jurulatih Kompeni Charlie

Dari kiri: Wakil top 10, Penasihat Kompeni Charlie dan Ketua Kompeni Charlie
 Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa dari seorang pelajar kor siswa bagi memberkati majlis yang berbahagia ini.
Bacaan Doa

UCAPAN DARIPADA PENASIHAT KOMPENI

Kapt. (K) Siti Zarikh Sofia binti Abu Bakar mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 ke Kompeni Charlie. Diharapkan para pelajar dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak.

UCAPAN WAKIL TOP10

KMdy Nurul Husna binti Pisol sebagai Pegawai Latih 2 pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua Ahli Kompeni Charlie yang hadir kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada perjumpaan kali ini. Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung dan yang telah berlangsung.

KMdy Nurul Husna binti Pisol memberi ucapan


UCAPAN DARIPADA KETUA KOMPENI

Ketua kompeni Charlie, iaitu KM Nur Balqis binti Samsuri telah membubarkan ahli jawatankuasa yang lama sesi Jun 2015 - Okt 2015 seterusnya, membuat perlantikan ahli jawatankuasa yang baru bagi Kompeni Charlie bagi sesi Dis 2015 - Apr 2016.


Ketua Kompeni Charlie memberi ucapan 


Pengerusi majlis iaitu KRM Mohamad Farouqi Izzad bin Abd Rahman mengharapkan kerjasama dari setiap Ahli Kompeni Charlie supaya dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Perjumpaan ini telah diakhiri dengan tayangan multimedia dan nyanyian lagu UiTM di hatiku.


Sekian, terima kasih.

MAJLIS PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI JABATAN PERTAHANAN AWAM SESI DISEMBER 2015 – APRIL 2016


Majlis ini telah diadakan pada 17 Disember 2015 bersamaan hari Khamis di Dewan Kuliah 2. Majlis berlangsung pada pukul 8.00 malam.Seramai 11 Komander Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,seorang tetamu VIP,9  tetamu jemputan, 136 pelajar Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah hadir bagi menjayakan majlis. 

Pendaftaran Pelajar

Majlis dimulakan dengan pendaftaran pelajar Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan diteruskan lagi dengan ketibaan VIP,mantan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis iaitu KRM Khairunnisa' Binti Norizam. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras kompeni JPAM, Ketua Kompeni JPAM, wakil barisan Top 10, mantan-mantan komander, komander-komander JPAM serta pelajar kokurikulum Kompeni JPAM semester 1, 2 dan 3 kerana sudi menghadiri Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni JPAM sesi Disember 2015– April 2016.

Ketibaan VIP 

Para mantan komander JPAM yang hadir

Mantan Komander dan Wakil top 10
Saudari Pengerusi Majlis
Bagi menambah keberkatan majlis tersebut, saudara KRM Saifuddin Bin Abd Wahab telah mengetuai bacaan Asmaul Husna dan bacaan doa. 

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Left. (K) Mohd Juakhir bin Mohd Hassan  selaku penyelaras kokurikulum JPAM telah berucap kepada pelajar  semester 1, 2 dan 3 agar mereka dapat mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih serta memberikan kerjasama kepada komander. Beliau turut mengatakan bahawasanya pencapaian akademik yang gemilang serta penglibatan kokurikulum yang aktif perlulah disertakan dengan sahsiah yang mulia agar harapan melahirkan pelajar yang berintegriti tercapai dan terlaksana. Tambah beliau lagi, tanggungjawab sebagai seorang insan perlulah diselaraskan dengan amanah sebagai seorang hamba kepada pencipta dengan menunaikan hak-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.  

Ketua Kompeni JPAM bersama Left. (K) Mohd Juakhir bin Hassan dan Wakil Top 10

Ucapan Left. (K) Mohd Juakhir bin Hassan
Di samping itu, Beliau juga menceritakan tentang kehebatan keluarga Jengking dan penglibatan para pelajar  menyertai Komander Kesatria amatlah dialu-alukan dan digalakkan. Sebelum menghabiskan ucapan, beliau sempat memberikan amanat dengan berpesan supaya para pelajar terus berjuang dan bekerja keras dalam menuntut ilmu kerana sesungguhnya “ilmu itu pelita hidup”, maka tanpa ilmu kita ibarat tin kosong yang tidak dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa, dan negara. 

Seterusnya, ucapan daripada Ketua Kompeni JPAM KM Masita binti Hasim menyampaikan kata alu-aluan kepada hadirin yang telah menghadiri Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam. Beliau telah menerangkan serba sedikit tentang kompeni JPAM dan pencapaian kompeni dalam pertandingan Perkad semester lepas kepada pelajar kokurikulum sebagai makluman bagi pelajar yang baru memasuki kompeni JPAM. Beliau juga memberitahu kepada pelajar kokurikulum tentang aktiviti yang akan dijalankan pada sesi Dis 2015- April 2016. 

Ucapan Ketua Kompeni JPAM, KM Masita binti Hasim
 Seterusnya, beliau merasmikan pembubaran ahli jawatankuasa Kompeni JPAM sesi Jun-Oktober 2015 dan seterusnya melantik ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni JPAM sesi Disember 2015-April 2016. Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang baru yang telah dipersetujui. 

Carta Organisasi Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Sesi Disember 2015-April 2016
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil barisan Top 10, KMdy Haifaa Syafiqah Binti Azmi, Pegawai Operasi Biro semester ini mengucapkan selamat datang kepada pelajar semester satu yang baru sahaja menjejakkan kaki ke menara gading. Beliau turut menyuntik semangat semua pelajar semester satu hingga tiga yang hadir supaya membulatkan tekad serta azam mengharungi semester ini.

Ucapan Wakil Top 10, KMdy Haifaa Syafiqah Binti Azmi

Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung baru-baru ini seperti kejayaan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor, kampus Segamat dalam meraih pingat perak di dalam acara tahunan komander kesatria iaitu Jambori Tahunan Komander UiTM di Dungun, Terengganu pada bulan November yang lalu. 

KMdy Haifaa Syafiqah binti Azmi juga telah berkongsi pencapaian kompeni Jabatan Pertahanan Awam UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dalam Pertandingan Perkad pada semester lepas. Seterusnya, beliau turut memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion ke-VI sesi Disember 2015 - April 2016. 

Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu VIP yang hadir pada hari tersebut.

Penyampai Cenderahati daripada Kompeni JPAM
kepada Left. (K) Mohd Juakhir bin Hassan
Sekian, terima kasih.