MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, January 16, 2013

ANNUAL GENERAL MEETING KOMPENI BOMBA


     Pada 3 Januari 2013, Kompeni Bomba telah mengadakan Mesyuarat Agong di Dewan Karyawan 2. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kesatria Negara Kompeni Bomba dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kesatria Negara, Kompeni Bomba. Majlis dihadiri oleh penyelaras kokurikulum Left. (Kest.) Mohd Juakhir Bin Hassan, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KMdy Nur Syuria Binti Mohd Khafi, Presiden Kompeni Bravo, mantan komander, ahli Kompeni Bomba dan pelajar kokurikulum Kompeni Bomba sesi Dis 2012 – Mac 2012.

pelajar kokurikulum Kompeni Bomba
     Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Hyder Musaddiq Bin Hyder Shahrizan bagi memberkati lagi majlis pada petang ini. Ucapan di mulakan oleh KM Siti Nabilah Binti Zainal Abidin, selaku mantan Ketua Kompeni Bomba. . Beliau telah mengucapkan selamat datang kepada para pelajar kokurikulum semester satu ke alam universiti. Seterusnya beliau mengucapkan tahniah kepada KM Nur Sarah Syafiqah Binti Ismail di atas perlantikan beliau sebagai ketua kompeni sesi November 2012-April 2013. Selepas itu, beliau membubarkan Jawatankuasa Kompeni Bomba Sesi Jun- November 2012. 

ucapan mantan ketua kompeni
     Seterusnya majlis di teruskan lagi dengan ucapan daripada KM Nur Sarah Syafiqah Binti Ismail selaku Ketua Kompeni Bomba. Beliau memberi sedikit ucapan serta pesanan kepada pelajar kokurikulum Kompeni Bomba agar dapat memberikan kerjasama kepada semua pihak. Tambahan lagi, beliau turut menerangkan aktiviti menarik yang telah dirancang pada semester ini.. Beliau melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi Kompei Bomba Sesi Dis 2012 – Mac 2013.

ucapan ketua kompeni
 Wakil top 5, KMdy Nur Syuria Binti Mohd Khafi  memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi Sesi Dis 2012 – Mac 2013. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni Bomba. 

ucapan wakil Top 5
Ucapan diteruskan lagi oleh penyelaras Kompeni Bomba, Left. (Kest.) Mohd Juakhir Bin Hassan. Dalam ucapannya juga,  beliau menekankan dan memberi nasihat serta peringatan mengenai kepentingan kehadiran  semua pelajar ke kelas kokurikulum  yang boleh memberi kesan kepada pencapaian kokurikulum semua pelajar. Selain itu, beliau turut menawarkan permohonan untuk menjadi Komander Kesatria kepada para pelajar semester satu . Tambahan lagi, beliau turut memberi sedikit ucapan berkenaan kerjasama sepenuhnya untuk membuat aktiviti sepanjang semester ini.

ucapan penyelaras Kompeni Bomba

 Majlis berakhir dengan persembahan multimedia, para tetamu dijemput untuk menjamu selera sebelum bersurai.













No comments:

Post a Comment