Wednesday, January 23, 2013

KURSUS KEPIMPINAN REKREASI LUAR TAHAP 1 (KEMBARA)


4 JANUARI 2013

      Semua pelajar berkumpul di padang kawad pada jam 2.30 petang  sebelum bertolak ke Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka. Pelajar diberikan taklimat oleh  Cik Puan NorSyidah binti Mahmat Sani dan para komander mengenai penginapan, aktiviti dan silibus yang akan dipelajari. Setelah tiba di Taman Botamikal tersebut pada jam 4.30 petang , para peserta diminta memasang khemah masing-masing dan bersiap-sedia untuk solat asar berjemaah.Para peserta aktiviti turut menunaikan solat isyak berjemaah dan makan malam selepas itu. Selepas persiapan diri, pada jam 9.00 malam para peserta diberikan penerangan tentang rekreasi dan setelah itu para peserta diajar secara teori tentang ikatan dan simpulan sehingga tepat jam 12.00 malam.

teori ikatan dan simpulan
teori ikatan dan simpulan
5 JANUARI 2013

    Peserta bangun pada jam 5.45 pagi dan solat subuh secara berjemaah. Pada jam 6.30 pagi semua peserta berkumpul di kawasan lapang untuk memulakan latihan jasmani dibawah penyelarasan para fasilitator dan komander yang terlibat sebagai biro sukan dan rekreasi.

  Setelah itu, para peserta  menikmati sarapan pagi sebelum bertolak ke Pusat Rekreasi REDTMA.Sesampai disana, para peserta dibawa ke kawasan untuk melakukan aktiviti abseiling,wall climbing dan flying fox .Para peseta  telah diberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti mereka pada hari tersebut iaitu abseiling dan fying fox. Para peserta turut diberi taklimat oleh jurulatih-jurulatih REDTMA yang telah ditugaskan bagi melaksanakan aktiviti ini. Para peserta diperkenalkan kepada alatan-alatan yang akan digunakan sewaktu melakukan aktiviti abseiling dan flying fox.

 jurulatih REDTMA
acara flying fox
acara flying fox
acara abseiling
    Setelah semua peserta selesai melakukan kedua-dua aktiviti tersebut para peserta diminta berehat untuk makan tengahari sebelum program diteruskan dengan aktiviti berkayak. Sebelum dibenarkan melakukan aktiviti ini, para peserta telah diberikan taklimat dan penerangan serta diajar bagaimana menggunakan peralatan yang telah disediakan seperti ‘Buoyancy Aid’. Para peserta dikehendaki untuk melakukan aktiviti ‘Water Confidence’ dahulu sebelum melakukan aktiviti berkayak. Aktiviti ini memerlukan peserta terjun ke dalam tasik dan dibekalkan dengan ‘Buoyancy Aid’ masing-masing. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih peserta agar tidak panik semasa berada di dalam air. Peserta  diminta menunggu giliran masing-masing dalam keadaan berbaris.Setelah aktiviti ini tamat,para peserta melakukan aktiviti berkayak pula.Para peserta serta jurulatih REDTMA berkayak beramai-ramai dari kawasan Pusat Rekreasi REDTMA sehingga ke belakang Taman Mini Malaysia & Mini Asean. 

acara 'water confidence'
acara 'water confidence'
acara berkayak
acara berkayak
     Setelah itu,para peserta makan malam di pusat rekreasi tersebut sebelum berangkat pulang ke Taman Botanikal Ayer Keroh. Sesampai sahaja di Taman Botanikal itu,para peserta diminta melakukan solat asar.Setelah itu,para peserta diberikan masa untuk berehat sebelum menunggu masuknya waktu isyak.Selesai solat isyak,para peserta diberikan taklimat dan penerangan secara teori tentang peta,kompas dan orienteering oleh Encik Malik,jurulatih dari pihak REDTMA Melaka kerana para peserta akan melakukan aktiviti ini pada keesokannya secara praktikal tanpa bantuan fasilitator.Aktiviti diteruskan dengan kembara malam dimana para peserta akan diminta berjalan seorang diri di dalam gelap di kawasan yang telah dipantau oleh para fasilitator.Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguatkan mental para pelajar agar menjadi seseorang yang kuat semangatnya. Aktiviti berakhir pada jam 1.30 pagi dan para peserta bersiap-sedia untuk tidur dan berehat.

En Malik, teori peta,kompas dan orinteering
6 JANUARI 2013

    Pelajar bangun pada jam 5.45 pagi dan solat subuh secara berjemaah. Pada jam 6.30 pagi semua pelajar berkumpul di kawasan lapang untuk memulakan latihan jasmani dibawah penyelarasan para fasilitator dan komader biro sukan dan aktiviti.

    Setelah itu, pelajar menikmati sarapan pagi sebelum diminta mengulangkaji pelajaran kerana para peserta akan diminta menjawab ujian selepas aktiviti orienteering diadakan.Setelah itu para peserta dibahagikan kepada kumpulan masing-masing dimana setiap kumpulan dianggotai oleh 3 orang peserta.Para peserta akan melakukan aktiviti orienteering secara praktikal.Aktiviti ini dilakukan di sekitar kawasan Taman Botanikal tersebut sahaja.Kumpulan yang yang mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga akan diberikan hamper.Setelah semua peserta selesai melakukan aktiviti tersebut,program diteruskan lagi dengan ujian tali & ujian teori dimana para peserta akan menjawab soalan teori selama satu jam dan setelah itu melakukan ujian tali secara praktikal dimana para peserta akan melakukan ikatan masing-masing mengikut arahan para fasilitator dan mengikatnya di tali yang disediakan.Tamat sahaja ujian-uijan ini para peserta diminta makan tengahari sebelum mengemas barang dan khemah masing-masing untuk berangkat pulang ke UiTM Segamat pada pukul 4.30 petang.

acara orienteering
acara orienteering
ujian mengikat tali
ujian mengikat tali
gambar kenangan









No comments:

Post a Comment