MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, July 25, 2019

MAJLIS SERAH TERIMA BENDERA BAGI PASUKAN KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) SIRI 9/2019 DAN PERTANDINGAN PERCUSSION UiTM 2019.


           Pada 24 Julai 2019, telah berlansungnya Majlis Serah Terima Bendera bagi pasukan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 9/2019 dan Pertandingan Percussion UiTM 2019.

Turut serta dalam majlis ini ialah Yang Berbahagia, Brigadier Jeneral Kesatria Proffessor Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar,Rektor Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor, Kolonel Kesatria Dr. Ahmad Razi Bin Ramli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat, Kolonel Kesatria Mohd Khairul Ariff Bin Noh,Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat, Leftenan Kolonel Kesatria Mior Hishamuddin Ariffin, Timbalan Pendaftar Kanan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat, Leftenan Kolonel Kesatria Syazali Effendi Bin A.Wahab, Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat serta Leftenan Kolonel Kesatria Ujud Bin Pabil, Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor.

Yang Berbahagia, Brigadier Jeneral Kesatria Proffessor Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar diiringi oleh Leftenan Kolonel Kesatria Ujud Bin Pabil telah merasmikan gimik perasmian iaitu pertunjukan bunga api. Di samping itu, majlis turut diserikan dengan Persembahan Kawad Kaki Formasi dari Komander Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor yang diketuai oleh Komander Madya Saad bin Abdul Samad dengan kekuatan anggota seramai 28 orang. Diikuti dengan persembahan Tempur Tanpa Senjata, Percussion dari Pasukan Brass Band dan Persembahan Colour Guard.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyerahan bendera kejohanan bagi pasukan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 9/2019 dan bendera Johor bagi pasukan Pertandingan Percussion UiTM 2019. Simbolik penyerahan bendera ini disempurnakan oleh Brigadier Jeneral Kesatria Proffessor Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar diiringi oleh Leftenan Kolonel Kesatria Ujud Bin Pabil. Penyerahan bendera kejohanan bagi pasukan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 9/2019 diserahkan kepada Komander Kanan Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob selaku Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor. Manakala, bendera Johor diserahkan kepada pasukan Pertandingan Percussion UiTM 2019, iaitu Saudari Nurul Hanna binti Zakaria, Band Major Kompeni Brass Band.


Simbolik Penyerahan Bendera KKEC keoada Komander Kanan Muhammad Fikri Haziq bin Ayob


Simbolik Penyerahan Bendera Negeri Johor kepada Saudari Nurul Hanna binti Zakaria.


.

Terima kasih diucapkan kepada Brigadier Jeneral Kesatria Proffessor Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar atas kesudian menyempurnakan upacara penyerahan bendera.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada pasukan Brass Band yang akan mewakili Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor pada 25 Julai 2019 sehingga 28 Julai 2019 dalam Pertandingan Percussion UiTM 2019 yang akan berlangsung di Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI selaku tuan rumah bagi pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 9/2019 yang akan berlangsung pada 1 hingga 6 Ogos 2019. Semoga setiap titik peluh dan keringat yang dicurahkan membawa kejayaan yang cemerlang bagi UiTM Cawangan Johor.