MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, January 15, 2013

LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER SIRI KE-22


Pada 21 Oktober yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Negara Batalion VI dengan kerjasama Unit Kokurikulum UiTM Johor Kampus Segamat telah mengadakan program Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri ke - 22 . Program ini disertai oleh 57 orang dan dikendalikan oleh Komander - Komander Kesatria Negara yang terlatih .
LIBK ini berlangsung selama 12 hari dan disertai oleh UiTM Kampus Johor Bahru .  Pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini berlangsung antaranya adalah kawad kaki, penunjuk arah, jalan lasak dan sebagainya .

latihan kawad kaki dan persediaan untuk passing out

aktiviti praktikal membaca peta dan menggunakan kompas di Asahan

Para peserta di bahagikan kepada 4 platun. Setiap platun dilatih oleh 4 orang jurulatih iaitu En M.Sahlan bin Taip , En.Abdul Aziz bin Idrus En. Arshad bin Hj.Mohd Syukur dan En. Hashim Bin Hj M. Kasbi. Bermula dengan senaman pagi  di sekitar kawasan UiTM, kemudian diikuti dengan latihan kawad kaki . Pelbagai karenah dapat dilihat sepanjang aktiviti ini berlangsung .
   Selang beberapa hari kemudian ,para peserta LIBK dibawa ke Bukit Asahan,Melaka untuk latihan pandu arah . Segala aktiviti pada hari itu berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kumpulan pandu arah sesat ketika menjalankan latihan . Kegembiraan bertambah apabila peserta - peserta LIBK berpeluang mengadakan perkhemahan di Tasik Cincin,Melaka .
     Pada hari terakhir pula , majlis penutupan atau lebih dikenali dengan 'Passing Out' telah berlangsung . Majlis penutupan ini dirasmikan oleh General Kesatria Prof.Madya DR.Haji Omar bin Samat iaitu Rektor UiTM Johor kampus Segamat . Selain itu, berlangsungnya majlis penyerahan bendera Jambori kepada Komander Kesatria . Pemenang bagi kawad kaki terbaik jatuh kepada Jiman Bin Md Daim . Bagi akademik terbaik jatuh kepada Natasya Amira Binti Abdul Rahim dan ketua platun terbaik jatuh kepada Mohd Syafizi Bin Shahrani.

passing out
batch 22 bersama pegawai dan komander pengiring

Selepas itu, majlis pemakaian pangkat oleh ibubapa masing - masing berlangsung . Ibu bapa serta adik - beradik turun padang bagi memeriahkan lagi majlis ini .
      Kesimpulannya , program selama 12 hari ini berjalan dengan jayanya tanpa berlakunya sebarang masalah dan gangguan . Tahniah kepada batch 22 yang baru sahaja menjalani Latihan Intensif Bakal Komander . Selamat Datang ke Komander Kesatria Negara Batalion VI.

No comments:

Post a Comment