MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, May 28, 2017

KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) 2017

Pada 20 Mei 2017 Komander Kesatria UiTM Johor telah menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge yang bertempat di UiTM Jasin, Melaka sehingga 23 Mei 2017 . Pelbagai acara telah diadakan, acara utama ialah Extreme Outdoor Quest ( EOQ ), Jalan Lasak, Tempur Tanpa Senjata ( TTS ) dan Survival Skill. Manakala, acara sampingan pula seperti fox hunting, bola jaring dan futsal.

Sebagai persediaan dari segi fizikal dan mental, Komander Kesatria UiTM Johor telah mengadakan latihan dari segi aspek fizikal dan mental bermula pada 8 Mei 2017 hingga 19 Mei 2017 . Sepanjang sesi latihan, Komander Kesatria UiTM Johor telah memberikan komitmen yang terbaik dan bersemangat dalam meningkatkan lagi prestasi fizikal dan mental. Keseluruhan peserta yang terlibat dalam KKEC adalah seramai 46 orang. Komander Kesatria UiTM Johor bertolak ke UiTM Jasin, Melaka pada 20 Mei 2017.

Pendaftaran bilik Komander Kesatria UiTM Johor pada 20 Mei 2017

Pertandingan bermula pada 21 Mei 2017, acara utama yang dijalankan ialah EOQ yang bermula pada jam 7.15 pagi. Acara EOQ memerlukan 6 orang komander sebagai peserta. Komander Kesatria UiTM Johor telah berjaya mendapat johan dalam acara tersebut. Naib Johan pula telah dimenangi oleh UiTM Perak dan tempat ketiga dimenangi oleh UiTM Pahang.

Para Komander Kesatria UiTM Johor bergambar bersama piala pertama yang
dimenangi dalam acara EOQ
Senarai nama peserta yang menyertai acara EOQ :

Pelari :
1. Lt.M Muhammad Arif Daniel bin Mohd Ropi (KEST)
2. KRM Nuranina Azni binti Mohmad Latif

Pelumba Basikal :
1. Lt.M Asiahtul Qubra binti Mat Zin (KEST)
2. KMdy Mohd Syamir bin Mohd Damuri

Perenang :
1. KMdy Siti Nurain Izzati binti Azmi
2. KM Muhammad Fazli bin Fadil

Reserve:
1. KMdy Siti Nur Syahirah binti Mohamad Azman
2. KM Amirah Izzati binti Saiful Azli

Pada sebelah petang pula, aktiviti diteruskan lagi dengan acara Fox Hunting yang disertai oleh 6 orang komander. Johan bagi acara Fox Hunting ini ialah UiTM Kedah.

Senarai nama peserta yang menyertai acara Fox Hunting :

1. KM Badrulsyah Firdaus bin Muhammad Johar
2. KM Amirah Izzati binti Saiful Azli
3. KRM Nor Bazran bin Baharum
4. KRM Nurnajmi Safiuddin bin Husain
5. KRM Intan Aida Syuhada binti Zulkiflee
6. KRM Mohamad Danial Haikal bin M Zaki

Seterusnya, pada 22 April 2017, pada jam 8.00 pagi peserta jalan lasak telah dilepaskan. Acara tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pergi dan balik. Seramai 14 orang komander yang menyertai aktiviti ini. Komander Kesatria sekali lagi telah dinobatkan sebagai johan kerana mempunyai masa terpantas tiba di garisan penamat iaitu selama 3 jam 20 minit dan 19 saat. Naib Johan pula telah dimenangi UiTM Terengganu dan tempat ketiga dimenangi UiTM Shah Alam.

Komander Kesatria UiTM Johor yang menyertai acara jalan lasak
Senarai nama peserta yang menyertai acara jalan lasak :

Team 1 ( Pergi )
1. Lt.M Mohd Razzin Idzraki bin Azman (KEST)
2. KMdy Siti Nur Syahirah binti Mohamad Azman
3. KM Mohd Syazwan Naim bin Sukairi
4. KM Muhammad Yusuf bin Amran
5. KRK Amirul Fazrin bin Zainal Abidin
6. KRM Muhammad Aqlan bin Zulkifli
7. KRM Nurussaadah binti Mohd Faridz

Team 2 ( Balik )
1. Lt.M Muhammad Arif Daniel bin Mohd Ropi (KEST)
2. KK Firdaus bin Hamdi
3. KM Muhammad Azeem bin Rozaini
4. KM Muhammad Aizrul bin Rozali
5. KM Muhammad Fakri Aiman bin Mohd Padzli
6. KRM Nuranina Azni binti Mohmad Latif
7. KRM Fatin Nabilah binti Alipin

Reserve
1. KM Nurul Nadirah bt Zul Azhar
2. KM Nur Syahira binti Bakri
3. KM Masniza bt Soed
4. KRM Christina Anak Nikol

Pada jam 5.00 petang pula telah diadakan aktiviti Bola Jaring dan Futsal. Kedua-dua acara Bola Jaring dan Futsal telah dimenangi oleh UiTM Shah Alam.

Senarai nama peserta Bola Jaring :

1. Lt.M Asiahtul Qubra binti Mat Zin (KEST)
2. KMdy Siti Nurain Izzati binti Azmi
3. KM Sharifah Qistina Alkadri binti Syed Zainal Abidin
4. KM Nur Syahira binti Bakri
5. KM Amirah Izzati binti Saiful Azli
6. KRM Nuranina Azni binti Mohmad Latif
7. KRM Fatin Nabilah binti Alipin

Senarai nama peserta Futsal :

1. Lt.M Mohd Razzin Idzraki bin Azman (KEST)
2. KK Firdaus bin Hamdi
3. KMdy Mohd Syamir bin Mohd Damuri
4. KM Mohd Syazwan Naim bin Sukairi
5. KRM Mohamad Danial Haikal bin M Zaki
6. KRM Muhammad Aqlan bin Zulkifli

Manakala, pada sebelah malam pula aktiviti Tempur Tanpa Senjata ( TTS ) pula telah dijalankan. Komander Kesatria UiTM Johor telah mendapat Naib johan. Johan dimenangi oleh UiTM Kuala Pilah dan pingat gangsa dimenangi oleh UiTM Kelantan.

Komander Kesatria UiTM Johor yang menyertai acara TTS
Senarai nama peserta acara TTS :

1. KMdy Muhammad Hajarul Nor Asraf bin Zaharudin
2. KMdy Nurfarisha Syamin binti Roslan
3. KMdy Mohamad Farouqi Izzad bin Abd Rahman
4. KMdy Muhammad Haris Fadzillah bin Mohd Yunos
5. KM Nurul Syahirah binti Mustapha
6. KM Abharina Nur bt Ahmad Sabri
7. KM Badrulsyah Firdaus bin Muhammad Johar
8. KRM Nor Bazran bin Baharum
9. KRM Amir Hidayat bin Yusof
10. KRM Nur Nadiatul Liyana binti Hassan

Reserve:
1. KRM Mohamad Danial Haikal bin M Zaki
2. KRM Nurnajmi Safiuddin bin Husain
3. KRM Intan Aida Syuhada binti Zulkiflee


Terakhir sekali, pada 23 April 2017 acara Survival Skill telah bermula pada jam 8.15 pagi. Seramai 8 orang peserta telah melibatkan diri. Komander Kesatria UiTM Johor telah mendapat tempat ke-7 dalam acara tersebut. Johan dimenangi oleh UiTM Melaka. Naib Johan pula dimenangi oleh UiTM Pulau Pinang dan pingat gangsa dimenangi oleh UiTM Perlis.

Senarai nama peserta acara Survival Skill :

1. KM Ammar bin Abdul Rahim
2. KM Muhammad Fazli bin Fadil
3. KRM Ahmad Nabil bin Hafizan
4. KRM Muhammad Nur Asyraf bin Ujud
5. KRM Muhammad Aiman Hakimi bin Noraza
6. KRM Nur Farezah bt Sahruddin
7. KRM Nur Batrisyia binti Zanundin
8. KRM Nurul Zafirah binti Yahya

Reserve:
1. KM Amirah Izzati binti Saiful Azli

Komander Kesatria UiTM Johor yang menyertai acara Survival Skill

Piala yang dimenangi oleh Komander Kesatria UiTM Johor
Pada sebelah malam telah diadakan majlis perasmian penutup serta penyampaian hadiah.
Keputusan keseluruhan KKEC 2017, tempat pertama disandang oleh UiTM Johor, manakala tempat kedua ialah UiTM Melaka. UiTM Kuala Pilah pula telah mendapat tempat ketiga. Komander Kesatria UiTM Johor telah membuktikan bahawa segala penat lelah mereka menjalani sesi latihan adalah tidak sia-sia. Kemenangan dan kejayaan ini juga tidak akan mudah diperolehi dengan pertolongan dan sokongan ramai pihak terutama pegawai, jurulatih, pihak pengurusan dan jurugambar.

Pihak pengurusan:
1. KMdy Nur Husnina binti Amran
2. KM Sharifah Qistina Alkadri binti Syed Zainal Abidin

Jurugambar:
1. KM Mohamad Kairol bin Ali Sapar