MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, June 19, 2014

UNDANGAN KE PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN JAWATAN PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA SESI JUN 2014 - OKTOBER 2014 UiTM CAWANGAN JOHOR


JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
BATALION VI
UiTM CAWANGAN JOHOR


 Dengan segala hormatnya kami menjemput
Tuan / Puan / Encik / Cik
KE
PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
BATALION VI
UITM CAWANGAN JOHOR
SESI JUN 2014 - OKTOBER 2014

TARIKH: 20 JUN 2013 ( JUMAAT )
MASA: 8.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN KULIAH 1 (DK 1)
PAKAIAN:  JAKET / FORMAL/ BUSH JAKET


KEHADIRAN TUAN / PUAN / ENCIK / CIK AMAT DIALU-ALUKAN



ATUR CARA MAJLIS

20.00  : Ketibaan Komander Kesatria Batalion VI
20.45  : Ketibaan Pegawai Kesatria / Staf Unit Kokurikulum / Pegawai          
              Kehormat Kesatria  / Tetamu Jemputan
21.00  : Nyanyian Lagu : Bangsa Johor
                                     : Negaraku
                                     : Wawasan Setia Warga UiTM
21.10  : Bacaan doa
21.15  : Ucapan Aluan oleh KK Mohamad Syafizi bin Shahrani
           : Pembubaran Organisasi Lama Jawatankuasa Perwakilan
             Komander Kesatria Batalion VI Sesi DIS 2013 – APRIL 2014
           : Pelantikan Organisasi Baru Jawatankuasa Perwakilan Komander  Kesatria Batalion VI Sesi Jun                    2014 - Oktober 2014 oleh Mejar (Kest.) Ujud Bin Pabil
21.35  : Ucapan oleh Mejar  (Kest.) Ujud bin Pabil
21.55  : Sesi Pemakaian Pangkat Komander Kesatria Batalion VI
22.25  : Tayangan Multimedia
22.50  : Nyanyian Lagu UiTM DiHatiku
23.00  : Jamuan Ringan
23.30  : Bersurai




Tuesday, June 17, 2014

PERKHEMAHAN KOMANDER DEGREE

      Pada 1 Jun 2014 Jawatankuasa Komander Kesateria UiTM Johor telah mengadakan perkhemahan bagi komander degree. Perkhemahan tersebut berlangsung selama 3 hari bertempat di Asahan, Melaka.

      Setiba sahaja di Asahan semua komander diarahkan untuk mendirikan khemah masing-masing. Seterusnya sesi ‘ice breaking’ diadakan antara komander. Pada sebelah malam pula telah diadakan ‘night walk’ bagi menguji keberanian para komander.




      Pada hari kedua pula pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari tersebut. Antaranya ialah ’flying fox’, ‘repelling’, tali tinggi, malam kebudayaan dan BBQ serta operasi burung hantu.




Pada hari ketiga pula telah diadakan aktiviti ujian kecergasan TTS dan sukaneka.





Sunday, June 15, 2014

KOMANDER KESATRIA EDURANCE CHALLENGE (KKEC)

Pada 26 April 2014 Komander Kesatria UiTM Johor telah menyertai pertandingan Komander KesatriaEdurance  Challenge  yang bertempat  di  UiTM Merbok,  Kedah  sehingga  29  April  2014.  Pelbagaipertandingan telah dipertandingkan seperti EOQ, orienteering, paintball, volleyball, kebudayaan danrempuh halangan.

Sebagai  persediaan  daripada  segi  fizikal  dan  mental,  Komander  Kesatria  UiTM  Johor  telahmengadakan latihan dari segi aspek fizikal dan mental bermula pada 12 April 2014 hingga 24 April2014. Sepanjang sesi latihan, Komander Kesatria UiTM Johor memberi komitmen yang terbaik danbersemangat di samping meningkatkan lagi prestasi fizikal dan mental. Keseluruhan komander yangterlibat dalam KKEC adalah 30 orang.Komander Kesatria UiTM Johor bertolak ke UiTM Merbok, Kedah pada 25 Aril 2014. Pertandinganbermula pada 27 April  2014. Selepas acara perasmian dilakukan. Pertandingan dimulakan dengan orienteering dan paintball. Acara orienteering mmerlukan 4 org komander manakala acara paintballdisertai oleh 7 orang komander bagi setiap UiTM, 5 pemain dan 2 simpanan.

Seterusnya, pada sebelah petang 27 April 2014, diteruskan lagi dengan acara paintball dan bola tampar. Bagi peserta-peserta kebudayaan mereka membueat raptai untuk persembahan meraka yang akan berlangsung pada malam tersebut. Pada 28 April 2014, acara diteruskan dengan EOQ dimana melibatkan acara berlari, berkayak dan berbasikal. Acara EOQ berlangsung sehingga petang. Pada malam 28 April 2014 acara rempuh halangan dijalankan.

Terakhir sekali, pada 29 April 2014 acara pada waktu pagi adalah aktiviti kesukarelawan manakala pada petangnya merupakan majlis perasmian penutup serta penyampaian hadiah. UiTM Johor mendapat tempat ke 4 daripada keseluruhan.

 Keputusan keseluruhan KKEC 2014 ialah tempat pertama UiTM Merbok, Kedah, tempat kedua disandang oleh UiTM Arau, Perlis dan tempat ketiga UiTM Sabah. Walaupun keputusan UiTM Johor sedikit merundum daripada penyertaan tahun lepas, namun semangat yang ditunjukkan oleh komanderyang terlibat ternyata tidak mampu ditandingi oleh UiTM kampus lain. Semoga komander Johor terus mengorak melangkah dan mencatat kejayaan yang lebih membanggakan pada acara-acara yang akan datang. 




Wednesday, June 11, 2014

KONVENSYEN KOMANDER KESATRIA UiTM 2014 (12- 15 April)


Selepas habis peperiksaan akhir semester lepas, Jawatan Perwakilan Komander Kesatria UiTM Johor telah dijemput untuk ke Konvensyen Komander Kesatria UiTM 2014 anjuran Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam dengan kerjasama Unit Kokurikulum Semalaysia. Konvensyen ini telah berlangsung selama 3 hari dan dua malam bertempat di UiTM Shah Alam, Selangor dan telah disertai oleh kesemua battalion yang ada di Malaysia.
                Para Komander Johor yang menyertai konvensyen ini telah menduduki taklimat dan menjalani aktiviti-aktiviti ‘Ice Breaking’ bersama dengan kampus lain. Mereka juga telah menyertai Forum Bersama Alumni Komander Kesatria dan Pertandingan Pengucapan Awam serta sesi pembentangan Kertas Kerja. Majlis Penutupan Konvensyen Komander Kesatria UiTM Siri-2 2014 telah dirasmikan oleh Ybhg. Mej. Jen. (K) Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said selaku Timbalan Naib Canselor UiTM.

                Pada hari yang terakhir, para komander bertolak kembali ke UiTM Cawangan Johor di Segamat untuk meneruskan dan menguruskan latihan buat peserta KKEC 2014 yang bakal berlangsung.