MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, March 26, 2018

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Sesi Mac-Julai 2018 Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor Kampus Segamat

    Pada 23 Mac 2018 (Jumaat) yang lalu, telah diadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI di Dewan Sri Temenggong, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor Kampus Segamat. Majlis ini bermula pada 8.45 malam setelah kehadiran tetamu kehormat. Majlis ini dihadiri oleh 5 orang pegawai kehormat, seorang staf unit kor, 3 orang jurulatih, 4 orang komander kehormat, 60 orang mantan komander dan semua komander kesatria batalion VI.





   Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ini diadakan bermatlamat untuk membubarkan jawatankuasa perwakilan komander kesatria yang lama serta melantik ahli jawatankuasa yang baru untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu Wawasan Setia Warga UiTM. Kemudian, bagi memberkati majlis yang diadakan, bacaan doa telah diketuai oleh Komander Rendah Muda Muhammad Arif Aiman bin Akmaluddin.




   Ucapan pembukaan telah diberikan oleh Leftenan Muda Kesatria Firdaus bin Hamdi selaku Mantan Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI. Beliau telah membubarkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi September 2017 - Januari 2018.
    Majlis seterusnya mempersilakan KK Ahmad Nabil bin Hafizan selaku  Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI untuk memberikan ucapan beliau serta melantik ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi MacJulai 2018.
    Seterusnya, ucapan diberikan oleh Leftenan Kolonel Kesatria Ujud bin Pabil selaku Pegawai Kokurikulum Kanan Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor Kampus Segamat. Amanat yang disampaikan oleh beliau telah menaikkan semangat semua komander kesatria untuk meneruskan perjuangan demi kejayaan Komander Kesatria Batalion VI.
     Tidak molek majlis tanpa ada yang merasmikan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Leftenan Kolonel Kesatria Syazali Effendi  bin A. Wahab selaku Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor Kampus Segamat.









    Upacara pemakaian pangkat didahului oleh pemakaian pangkat kepada 10 orang pemerintah tertinggi Komander Kesatria Batalion VI Cawangan Johor Kampus Segamat. Penerima pangkat yang pertama ialah Komander Kanan Ahmad Nabil bin Hafizan sebagai Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI. Penerima pangkat yang seterusnya ialah:

1)   KOMANDER MADYA NURUL HAZLINDA BINTI ROSLEE
2)  KOMANDER MADYA SOFEA MAISARA BINTI RIZALLUDDIN
3)  KOMANDER MADYA MUHAMMAD NUR ASYRAF BIN UJUD
4)  KOMANDER MADYA NOR BAZRAN BIN BAHARUM
5)  KOMANDER MADYA NUR FAHMIDA BINTI ZAINAL ABIDIN
6)   KOMANDER MADYA  NURUL ANIS BINTI SAIPOL BAHRI
7)  KOMANDER MADYA NURUSSAADAH BINTI MOHD FARIDZ
8)  KOMANDER MADYA NUR FARAH AMIRA BINTI MOHD NASRUDDIN
9)  KOMANDER MADYA NUR AMIRAH ASYIQIN BINTI KAMALUDIN











    Pemakaian pangkat bagi Komander Muda adalah acara seterusnya. Penerima pangkat Komander Muda ialah:


1)  KOMANDER MUDA NUR SYAZANA BINTI MOHD RAZIF
2)  KOMANDER MUDA FATIN IZZATI BINTI SOFIAN
3)  KOMANDER MUDA NURUL ZAFIRAH BINTI YAHYA
4)  KOMANDER MUDA NUREEN SYAMINA BINTI ROSLAN
5)  KOMANDER MUDA NURUL ATIKAH BINTI KAMARUDDIN
6)  KOMANDER MUDA SITI NOR NADHIRAH BINTI JOHARI
7)  KOMANDER MUDA SITI NUR NISSA BINTI ABDUL AZIZ
8)  KOMANDER MUDA AHMAD FAIZIN BIN ROSLAN
9)  KOMANDER MUDA NUR LIANA BINTI ZAHRI
10) KOMANDER MUDA SITI ZUBIDAH BT YUNUS
11) KOMANDER MUDA SITI NURSHARMILA BINTI MOHD SAHRUDIN
12)  KOMANDER MUDA NUR SYAHIRAH BINTI AZMI
13)  KOMANDER MUDA NUR FAREZAH BINTI SAHRUDDIN
14)  KOMANDER MUDA NUR ARIESA SYUHADAH BINTI AHMAD ATAN
15)  KOMANDER MUDA NAJIHAH BINTI WAHID
16)  KOMANDER MUDA HUSNA ATHIRAH BINTI ROZAINI
17)  KOMANDER MUDA NUR IFFAH BINTI SHARIFF
18) KOMANDER MUDA NUR SYAZA ATHIRAH BINTI AZMI

        Upacara pemakaian pangkat diakhiri dengan pemakaian pangkat untuk komander rendah kanan. Penerima pangkat tersebut terdiri daripada 7 orang komander iaitu:

              1) KOMANDER RENDAH KANAN MUHAMMAD AQLAN BIN ZULKIFLI
            2) KOMANDER RENDAH KANAN DAYANG AMIRA BINTI RAZALI
            3) KOMANDER RENDAH KANAN MOHAMMAD DANIAL HAIKAL BIN M. ZAKI
            4) KOMANDER RENDAH KANAN SITI NUR AQIRA BINTI MOHD AZLAN
            5) KOMANDER RENDAH KANAN AMIR HAMZAH BIN MAT YUSUF
            6) KOMANDER RENDAH KANAN SAYFUL AMIRAN BIN SUHAINI
            7) KOMANDER RENDAH KANAN FATIN ATIQAH BINTI TAUFEK
  
       Upacara pemakaian pangkat disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Kesatria SYAZALI EFFENDI BIN A. WAHAB serta barisan Pegawai Kehormat yang lain.


       





        Majlis diteruskan lagi dengan simbolik pemakaian bintang Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda (Kesatria) UiTM Se-Malaysia siri 13/2018. Simbolik pemakaian bintang ini diterima oleh Lt. M Firdaus Bin Hamdi selaku Mantan Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Cawangan Johor Kampus Segamat. 

        Penyerahan kuasa bagi sesi Mac - Julai 2018 merupakan kemuncak majlis ini. LEFTENAN MUDA KESATRIA FIRDAUS BIN HAMDI selaku Pegawai Memerintah bagi semester lepas telah menjalankan upacara penyerahan kuasa kepada KOMANDER KANAN AHMAD NABIL BIN HAFIZAN.LEFTENAN KOLONEL KESATRIA SYAZALI EFFENDI BIN A. WAHAB selaku Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor Kampus Segamat dan LEFTENAN KOLONEL KESATRIA UJUD BIN PABIL telah dijemput untuk bersama-sama menyempurnakan upacara penyerahan kuasa Pegawai Memerintah Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor, Kampus Segamat.







        Seterusnya, penyampaian cenderahati diberikan kepada MEJAR KESATRIA MOHD SYAFIQ BIN ABU HASHIM selaku Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang kerana sudi bersama-sama menghadiri majlis pada malam yang penuh gilang-gemilang itu. 






        Majlis diserikan lagi dengan tayangan multimedia yang telah disediakan. Dengan berakhirnya tayangan multimedia tersebut, maka berakhirlah Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Mac - Julai 2018. Majlis diakhiri dengan nyanyian 2 buah lagu iaitu lagu Darah Satria dan UiTM dihatiku.


         Di akhir majlis, para tetamu dijemput untuk berpindah majlis bagi menikmati hidangan yang telah disediakan.






        Sebagai penutup, diharapkan agar Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor terus maju kehadapan dan dapat menaikkan nama UiTM Cawangan Johor. 


  

Wednesday, March 07, 2018

Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda (Kesatria) UiTM Se-Malaysia Siri 13/2018

Pada 12 Februari 2018 yang lepas, Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda (Kesatria) UiTM Se-Malaysia telah berlangsung di UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. Program ini telah berlangsung selama 6 hari bermula pada tanggal 12 Februari 2018 sehingga 17 Februari 2018. Sebanyak 14 kontinjen dari UiTM seluruh Malaysia termasuk kontinjen Sarawak telah menyertai istiadat pentauliahan kali ini. Pada jambori tahun ini, 2 acara sampingan telah diadakan iaitu Pertandingan Kawad Kaki Antara Batalion dan Pameran Kerjaya Angkatan Tentera.

Kontinjen Johor telah menghantar seramai 70 orang komander yang terdiri dari Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang. Kami telah bertolak ke UiTM Seri Iskandar pada 11 Februari 2018 kira-kira pada jam 11.00 pagi dan tiba di sana kira-kira pada jam 6.00 petang. Sedikit latihan telah diadakan pada waktu malam di Padang Kawad UiTM Cawangan Perak yang menjadi tempat pertandingan kawad kaki dan perbarisan pentauliahan. 



                                             

Pada 12 Februari 2018, kami mulakan aktiviti dengan PT pagi. Kemudian, latihan bagi pertandingan kawad kaki turut diadakan. Pada waktu malam pula, taklimat program telah diadakan di Dewan Seri Iskandar. Pada malam itu juga telah diadakan cabutan undi bagi pertandingan kawad kaki. UiTM Johor telah mendapat giliran ke-11 bagi acara tersebut.  




                                           

Pada 13 Februari 2018, seperti biasa kami mulakan aktiviti dengan PT pagi. Kemudian, kami membuat latihan kawad kaki bagi persediaan untuk pertandingan pada keesokan harinya. Pada sebelah petang pula, latihan perbarisan istiadat pentauliahan telah diadakan di padang kawad.







Pada 14 Februari 2018, debaran kian terasa. Antara acara sampingan yang diadakan adalah pertandingan kawad kaki. Acara ini merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh setiap kontinjen. Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor telah menghantar seramai 35 orang komander termasuk simpanan bagi menyertai acara ini. Kontinjen Johor telah diketuai oleh Lt. M (K) Firdaus bin Hamdi (KEST). Dengan kesungguhan, disiplin dan usaha yang dilakukan oleh para Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor dalam acara ini, keputusan yang diraih amat membanggakan sekaligus mengangkat nama Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor. UiTM Johor telah memenangi kategori Pelurus Barisan Terbaik, Ketua Platun Terbaik dan sekaligus menjadi Juara Keseluruhan dalam Pertandingan Kawad Kaki bagi Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda (Kesatria) UiTM Se-Malaysia Siri 13/2018. Seterusnya, pada waktu petang pula latihan perbarisan istiadat pentauliahan telah diadakan. 









Pada 15 Februari 2018, acara sampingan yang kedua iaitu Pameran Kerjaya Angkatan Tentera telah diadakan di Dewan Seri Iskandar. Program ini sedikit sebanyak dapat menambahkan pengetahuan kepada setiap individu. Selain itu, latihan perbarisan turut diadakan manakala pada sebelah malam pula raptai bagi penyampaian watikah telah diadakan di Dewan Seri Iskandar. 








Pada 17 Februari 2018, hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Seawal jam 7.00 pagi para komander yang bakal ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Kesatria telah berkumpul di padang kawad untuk Istiadat Perbarisan Pentauliahan. Perbarisan ini telah berjalan dengan lancar dan anugerah bagi komander terbaik setiap kampus telah disampaikan. Kemudian, para komander berpindah majlis ke Dewan Seri Iskandar bagi Istiadat Penyampaian Watikah. Majlis ini turut dihadiri oleh ibu bapa komander dari setiap kampus bersama ahli keluarga mereka bagi memeriahkan lagi suasana majlis. Seterusnya, pada waktu malam pula Majlis Makan Malam Regimental telah diadakan di Dewan Seri Iskandar. 














Pada 18 Februari 2018, Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor telah bertolak pulang. Segala pencapaian yang amat membanggakan ini adalah berkat usaha, kerjasama, dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor. Syabas dan tahniah diucapkan atas kejayaan yang diperoleh pada kali ini. Semoga Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor lebih berjaya di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.