MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, April 01, 2024

 

MAJLIS PENTAULIAHAN LEFTENAN MUDA KESATRIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SIRI KE–19/2024

 


Pada 1 Mac sehingga 7 Mac 2024 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri Ke-19/2024 yang bertempat di Padang Kawad dan Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum UiTM, Brig. Jen. Prof. Madya Dr. Mohd Azman Yahaya (KEST).

 


Majlis ini turut bersiaran secara langsung melalui saluran YouTube rasmi Pusat Kokurikulum, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Majlis pentauliahan ini telah melibatkan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor, Batch Ke–36 dengan kekuatan anggota seramai 85 orang Komander yang telah berjaya ditauliahkan. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan kepada para Komander Kesatria yang telah berkhidmat dengan jayanya dalam memenuhi amanat yang telah diberikan sepanjang bergelar Komander Kesatria.

 

Sesi Penggambaran Terakhir

Sesi bergambar telah dilaksanakan sebagai simbolik memori terakhir para Komander Kesatria bagi Majlis Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri Ke–19/2024. Sehubungan dengan itu, tahniah dan syabas diucapkan kepada Pegawai Muda Kesatria kerana telah berjaya ditauliahkan. Sekalung penghargaan diucapkan atas jasa dan khidmat yang telah dicurahkan sepanjang menjadi Komander Johor. Semoga Tuan-Tuan dan Puan-Puan sentiasa dibawah naungan-Nya serta terus maju jaya pada masa akan datang dalam apa jua bidang yang diceburi. Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pentauliahan ini. Sebagai penutup bicara, kami akhiri dengan serangkap pantun

 

Puteri Kadazan berkain Kelingkan,

Senyum sekilas menyambut tamu,

Sekalung penghargaan kami titipkan,

Tidak terbalas jasa baktimu.