MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Showing posts with label Events. Show all posts
Showing posts with label Events. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

INDUKSI BADAN PERTOLONGAN CEMAS


SABTU, 12 JANUARI 2013


     Kursus ini dimulakan dengan pendaftaran para pelajar di Dewan Sri Peria pada pukul 2.00 petang. Kemudian para pelajar diminta berkumpul di Dewan Sri Peria untuk mendengar sedikit taklimat mengenai Kursus Asas Ikatan Dan Pertolongan Cemas yang disampaikan oleh Ketua Projek. Pada pukul 2.30 petang, para pelajar telah dibahagikan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai nama kumpulan yang berkaitan dengan Badan Pertolongan Cemas. Kursus diteruskan lagi dengan Ice Breaking. Sementara menanti ketibaan penceramah, para pelajar telah diminta untuk membuat sorakan bagi kumpulan masing-masing.

pendaftaran pelajar Badan Pertolongan Cemas
pelajar Badan Pertolongan Cemas
Ice Breaking
     Selepas itu, pada pukul 3.00 petang telah diadakan Ceramah Mengenai Asas Ikatan Dan Balutan Simulasi Bencana yang disampaikan oleh En Abdul Razak Bin Md Yassin. Banyak input yang dapat dipelajari daripada ceramah yang disampaikan. Antaranya, para pelajar dapat merasakn situasi yang sebenar  kerana penceramah mengambil  pendekatan dengan membahagikan beberapa situasi yang berbeza kepada kumpulan tersebut. Selain itu, para pelajar dapat memahami lebih mendalam mengenai jenis ikatan serta balutan. Ceramah ini mengambil masa dalam 2 jam.

ceramah Asas Ikatan dan Balutan Simulasi Bencana:
 En Abdul Razak Bin Md Yassin
cara balutan
cara ikatan

     Selepas selesai ceramah Asas Ikatan Dan Balutan, para pelajar dibawa ke PI untuk solat Asar. Kemudian para pelajar dibawa ke padang kawad untuk makan malam yang telah disediakan oleh para komander Badan Pertolongan Cemas dan dibantu oleh para komander yang lain. Selepas itu para pelajar dibawa semula ke PI untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak.

minum petang
     Pada pukul 9.30 malam, para pelajar dibawa ke Dewan Sri Peria untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh En Musa Bin Hasseman@Dasiman mengenai Kaedah CPR yang terbaru. Beliau menerangkan kaedah atau langkah yang terbaru dan mudah untuk difahami. Selepas beliau menerangkan disamping melakukannya, beliau telah meminta para pelajar dipecahkan kepada beberapa group untuk mempraktikkannya. Beliau telah memantau dan melihat setiap kumpulan yang melakukannya.

ceramah Kaedah CPR: En Musa Bin Hasseman@Dasiman
cara memberikan tekanan
cara tekanan yang betul
cara CPR yang sepatutnya
     Ceramah berakhir pada pukul 11.00 malam. Para pelajar diminta untuk minum malam sebelum pulang ke kolej. Sementara itu, ketua projek memberi sedikit taklimat untuk program keesokkan harinya. Para pelajar dibenarkan pulang pada pukul 11.45 malam.

minum malam


AHAD, 13 JANUARI 2013


     Para pelajar diminta berkumpul di padang kawad pada pukul 7.30 pagi. Aktiviti dimulakan dengan riadah BPC yang diketuai oleh komander BPC, Mursheed Bin Mad Diah. Selepas riadah BPC, para pelajar menikmati sarapan pagi di padang kawad pada pukul 8.15 pagi.
Setelah selesai sarapan, para pelajar diminta untuk berkumpul bagi mendengar taklimat mengenai aktiviti seterusnya iaitu explorace. Tepat pukul 9.15 pagi, acara explorace dimulakan dan setiap kumpulan dilepaskan secara serentak.
riadah bersama Badan Pertolongan Cemas
sarapan pagi
     Aktiviti explorace ini terdapat 8 ceckpoint di mana setiap checkpoint di jaga oleh komander yang terlibat sahaja. Setiap checkpoint memerlukan para pelajar untuk mempraktikkan segala apa yang dipelajari sepanjang Kursus Asas Ikatan dan Pertolongan Cemas ini dijalankan.

checkpoint: Nak ikat macam mane ye..
checkpoint: Ingat nak buat CPR k..
checkpoint seterusnya
     Tepat pukul 11.30 pagi, tamatlah aktiviti explorace dan pada pukul 12.30 tengah hari majlis penutup bagi Kursus Asas Ikatan dan Pertolongan Cemas telah diadakan. Penyelaras Badan Pertolongan Cemas En Samsuri Bin Mohd Tahir serta Top 5 turut hadir ke majlis penutupan kursus ini. En Samsuri telah merasmikan Kursus Asas Ikatan dan Pertolongan Cemas. Selain itu, majlis penutup diselitkan dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang Berjaya. Akhir sekali para tetamu dan para pelajar telah dijamu dengan makan tengah hari. Para pelajar dilepaskan setelah sesi bergambar dengan penyelaras.

bergambar bersama penyelaras




Tuesday, January 22, 2013

AGM KOMPENI JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA



     Pada 4 Januari 2013 yang lalu telah berlanggsungnya Mesyuarat Agong Tahunan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di Dewan Karyawan 2. Pada mesyuarat agong kali ini, KRM Shafikah Nuriman binti Md. Nazri bertindak sebagai pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada Leftenan Kesatria Mohd Juakhir bin Hassan, Kapten Kesatria Muhammad Ismail bin Pahmi, Tuan Shukor bin Mohd Das selaku wakil jurulatih, Saudara Ammar Hakim bin Zulkofli selaku wakil mantan ketua kompeni, KM Noor Fatin Akmal binti Johar selaku ketua kompeni, wakil Top5 KMdy Nur Syuhada Binti Mohd Taib, Majlis Perwakilan Pelajar, wakil Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sektor C, Majlis Tertinggi JPKK, para jurulatih, ketua-ketua kompeni, ketua-ketua biro, mantan-mantan komander, komander-komander kesatria UiTM Johor serta para pelajar kokurikulum diatas kesudian menghadiri mesyuarat agong Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) bagi sesi November 2012-April 2013.
pelajar kokurikulum kompeni JPAM

     Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRK Muhamad Azfar bin Muhamad Rohani  bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan telah disampaikan oleh Saudara Ammar Hakim bin Zulkofli sebagai wakil Mantan Ketua Kompeni Sesi Jun – November 2012. Beliau mengucapkan tahniah di atas pencapaian Kompeni JPAM dalam Minggu Kokurikulum  semester lepas. Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah mendapat naib johan untuk keseluruhan. Tambah lagi, beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas penglibatan pelajar-pelajar kokurikulum dan para komander di atas kerjasama yang telah diberikan sekaligus membubarkan ahli Jawatankuasa Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bagi sesi Jun – November 2012.
ucapan wakil ketua kompeni
    Seterusnya majlis di teruskan lagi dengan ucapan Ketua Kompeni JPAM, KM Noor Fatin Akmal Binti Johar. Dalam ucapan ini, beliau telah memberitahu bahawa pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk semester ini, antaranya adalah “Sehari Bersama”, Program Latihan Luar JPAM untuk pelajar semester 3, Kem Jati Diri Anak Melayu untuk pelajar semester 1 dan 2 serta Malam Penghargaan Bakal-bakal Graduasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Oleh itu, tumpuan yang serus lagi berkesan serta kesungguhan dan kerjasama adalah antara faktor yang penting ke arah kejayaan. Seterusnya, beliau memperkenalkan ahli Jawatankuasa Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sesi November 2012 – April 2013.

ucapan ketua kompeni
   KMDy Nur Syuhada binti Mohd Taib memberikan sedikit ucapan sebagai wakil Top 5, mengucapkan terima kasih di mana dalam ucapan tersebut beliau mengucapkan tahniah di atas komitmen yang diberikan oleh komander-komander kesatria selama ini. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan KM Noor Fatin Akmal binti Johar selaku Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) yang baru. Beliau berharap agar KM Noor Fatin Akmal dapat memberi komitmen yang baik sekaligus menaikkan nama kompeni. Seterusnya beliau memperkenalkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria batalion Vl bagi sesi November 2012- April 2013.
ucapan wakil top 5
  Seterusya ucapan disampaikan oleh Left. (Kest.) Mohd Jukhir Bin HassanKompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Beliau menasihatkan agar pelajar kokurikulum semester 1 dan sebagai peringatan kepada pelajar semester lain untuk hadir ke kelas kokurikulum pada setiap minggu. Beliau turut mengalu-alukan kedatangan pelajar kokurikulum semester 1 ke Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Beliau berharap agar semua pelajar memberi kerjasama yang tinggi kepada komander-komander dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sejak semester lepas. Sesungguhnya, mengadakan sebuah program bukanlah suatu perkara yang mudah.
ucapan penyelaras kokurikulum
    Seterusya, para pelajar didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang disediakan. Berakhir sudah majlis pada hari tersebut.

Sunday, January 20, 2013

ANNUAL GENERAL MEETING KOMPENI BRASS BAND


    Pada 4 Januari yang lalu, Kompeni Brass Band telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan bertempat di LT 1. Ucapan terima kasih dan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis iaitu Mohammad Izwan Bin Mustafa Kamal kepada Penyelaras Kokurikulum Kompeni Brass Band UiTM Johor Left. Kest En. Muhammad Fairus B. Abdul Shukor, KM Mohamad Farhan Bin Maskon selaku presiden kompeni Brass Band, KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim selaku Pegawai Memerintah Komander Kesatria UiTM Johor,  Majlis Tertinggi Komander Kesatria dan ahli-ahli Kompeni Brass band yang sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Kompeni Brass Band Sesi Nov 2012 – April 2013. Bacaan Doa oleh  Ikhmal Syazreel Bin Mohd Azizan.
pelajar kokurikulum kompeni brass band
    Ucapan didahului oleh Muhamad Akmal Aqif Bin Jumaadi, selaku wakil Mantan Ketua Kompeni Brass Band memberikan ucapan pembubaran ahli jawatankuasa lama kompeni Brass Band.Beliau juga berharap para pelajar semester satu dapat memberikan kerjasama. Beliau juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Left Kest En. Muhammad Fairus B. Abdul Shukor , KK Syafiq Bin Abu Hashim serta wakil MPP Amer Qusyairi Bin Ihzahar yang sudi hadir selaku tetamu VIP juga kepada ahli Brass Band yang sudi hadir dan memberi komitmen yang tinggi kepada Kompeni Brass Band.

      Presiden Kompeni Brass Band iaitu KM Mohamad Farhan Bin Maskon telah memberi ucapan sekaligus memperkenalkan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Brass Band sesi Nov 2012-Apr 2013.Beliau juga sempat memberi beberapa nasihat kepada pelajar KO semester 1 yang baru menyertai Kompeni Brass Band. Beliau melantik Jawatankuasa Kompeni Brass Band sesi Des 2012-Apr 2013.

ucapan ketua kompeni
    Seterusnya majlis di teruskan lagi dengan ucapan dari wakil Top 5 iaitu KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim, dalam ucapannya beliau memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor Sesi Nov 2012 - April 2013. Selain itu,beliau juga mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa kompeni Brass Band yang baru, serta memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI.
ucapan pegawai memerintah
   Seterusnya, ucapan dari penyelaras kompeni Brass Band iaitu En. Muhammad Fairus Bin Abdul Shukor. Beliau telah mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli kompeni Brass Band yang baru,beliau turut memberikan sepatah dua kata mengenai cadangan kami tentang aktiviti Brass Band pada semester ini.

ucapan penyelaras kokurikulum
     Persembahan Multimedia yang memaparkan Ahli Jawatankuasa Brass Band  sesi Nov 2012 – April 2013 untuk diperkenalkan kepada para tetamu VIP dan pelajar KO yang hadir. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas juga telah dipertontonkan kepada para tetamu yang hadir. Antaranya adalah Annual General Meeting, dan Latihan Intensif Brass Band (LIBB). VIP berpindah majlis ke jamuan makan. Majlis berakhir pada pukul 11.00 malam.

Wednesday, January 16, 2013

ANNUAL GENERAL MEETING KOMPENI BOMBA


     Pada 3 Januari 2013, Kompeni Bomba telah mengadakan Mesyuarat Agong di Dewan Karyawan 2. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kesatria Negara Kompeni Bomba dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kesatria Negara, Kompeni Bomba. Majlis dihadiri oleh penyelaras kokurikulum Left. (Kest.) Mohd Juakhir Bin Hassan, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KMdy Nur Syuria Binti Mohd Khafi, Presiden Kompeni Bravo, mantan komander, ahli Kompeni Bomba dan pelajar kokurikulum Kompeni Bomba sesi Dis 2012 – Mac 2012.

pelajar kokurikulum Kompeni Bomba
     Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Hyder Musaddiq Bin Hyder Shahrizan bagi memberkati lagi majlis pada petang ini. Ucapan di mulakan oleh KM Siti Nabilah Binti Zainal Abidin, selaku mantan Ketua Kompeni Bomba. . Beliau telah mengucapkan selamat datang kepada para pelajar kokurikulum semester satu ke alam universiti. Seterusnya beliau mengucapkan tahniah kepada KM Nur Sarah Syafiqah Binti Ismail di atas perlantikan beliau sebagai ketua kompeni sesi November 2012-April 2013. Selepas itu, beliau membubarkan Jawatankuasa Kompeni Bomba Sesi Jun- November 2012. 

ucapan mantan ketua kompeni
     Seterusnya majlis di teruskan lagi dengan ucapan daripada KM Nur Sarah Syafiqah Binti Ismail selaku Ketua Kompeni Bomba. Beliau memberi sedikit ucapan serta pesanan kepada pelajar kokurikulum Kompeni Bomba agar dapat memberikan kerjasama kepada semua pihak. Tambahan lagi, beliau turut menerangkan aktiviti menarik yang telah dirancang pada semester ini.. Beliau melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi Kompei Bomba Sesi Dis 2012 – Mac 2013.

ucapan ketua kompeni
 Wakil top 5, KMdy Nur Syuria Binti Mohd Khafi  memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi Sesi Dis 2012 – Mac 2013. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni Bomba. 

ucapan wakil Top 5
Ucapan diteruskan lagi oleh penyelaras Kompeni Bomba, Left. (Kest.) Mohd Juakhir Bin Hassan. Dalam ucapannya juga,  beliau menekankan dan memberi nasihat serta peringatan mengenai kepentingan kehadiran  semua pelajar ke kelas kokurikulum  yang boleh memberi kesan kepada pencapaian kokurikulum semua pelajar. Selain itu, beliau turut menawarkan permohonan untuk menjadi Komander Kesatria kepada para pelajar semester satu . Tambahan lagi, beliau turut memberi sedikit ucapan berkenaan kerjasama sepenuhnya untuk membuat aktiviti sepanjang semester ini.

ucapan penyelaras Kompeni Bomba

 Majlis berakhir dengan persembahan multimedia, para tetamu dijemput untuk menjamu selera sebelum bersurai.













AGM KOMPENI BADAN PERTOLONGAN CEMAS


     Pada 31 Desember 2012, Kompeni Badan Pertolongan Cemas telah mengadakan Mesyuarat Agung di Dewan Karyawan 2. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  semester 1, 2 dan 3. Majlis dihadiri oleh penyelaras kokurikulum  Badan Pertolongan Cemas , Left. (Kest.) Samsuri bin Mohd Tahir, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim, Presiden Kompeni  Badan Pertolongan Cemas  , mantan komander, ahli Kompeni  Badan Pertolongan Cemas   dan pelajar semester 1,2 dan 3 Kompeni  Badan Pertolongan Cemas   sesi Des 2012 – Apr 2013.
backdrop
     Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh pelajar Kokurikulum, Akmal Adli Salihin bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan daripada mantan Ketua Kompeni  Badan Pertolongan Cemas , KM Rysha Nadiah Binti Mohamad Shukor telah memberi ucapan sekaligus membubarkan Jawatankuasa Badan Pertolongan Cemas sesi Jun 2012-Nov 2012. Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan sepanjang semesta lepas.

     Seterusnya majlis di teruskan lagi dengan ucapan daripada KM Siti Nur Atiqah Binti Azhar, selaku Ketua Kompeni  Badan Pertolongan Cemas , beliau memberikan ucapan dimana dalam ucapan tersebut beliau telah memberitahu tentang kursus-kursus yang terdapat dalam kompeni  Badan Pertolongan Cemas  dan juga aktiviti-aktiviti semester lepas serta mengharapkan kesungguhan dan kerjasama para pelajar semester ini untuk terus bersemangat dlam usaha memperoleh kejayaan didalam aktiviti dan pertandingan yang akan datang. Beliau telah melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi kompeni  Badan Pertolongan Cemas  sesi Jun 2012 – November 2012.

   Wakil top 5, KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi sesi Jun 2012 – November 2012. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni  Badan Pertolongan Cemas.

     Penyelaras Kokurikulum Kompeni  Badan Pertolongan Cemas, Left. (Kest.) Samsuri Bin Mohd Tahir  telah menyampaikan amanat kepada pelajar Kokurikulum Kompeni  Badan Pertolongan Cemas. Beliau juga  mengucapkan ribuan terima kasih, kepada semua pegawai, tenaga-tenaga pengajar, pihak pengurusan, serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam menguruskan Kompeni  Badan Pertolongan Cemas. Beliau mengajak pelajar Kokurikulum mengikuti program LIBK iaitu Latihan Insentif Bakal Komander,,dimana latihan ini akan melatih anda untuk menjadi seorang komander yang berwibawa dan berdisiplin.

     Mesyuarat berakhir apabila selesainya persembahan multimedia dan para tetamu dijemput untuk menikmati selera sebelum bersurai.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA BATALION VI


     Pada Mesyuarat Agung kali ini KRM Fasihah Syazwani Binti Ramli bertindak sebagai pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada Mejar Kesatria  Ujud Bin Pabil, Kapten Kesatria Nor Ezan Bin Omar, Kapten Kesatria Ismail Bin Pahmi, Kapten Kesatria Rosnani Binti Mohd Salleh, Kapten Kesatria Norfariza Binti Mohd Ali, KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim, KMdy Muhammad Firdaus Naim Bin Jahari, KMdy Nur Syuhada Binti Mohd Taib, Majlis Perwakilan Pelajar, Wakil Sektor B Dan Sektor C, Majlis Tertinggi JPKK, ketua-ketua kompeni, ketua-ketua biro, mantan-mantan komander serta komander- komander kesatria UiTM Johor diatas kesudian menghadiri mesyuarat agong kesatria Negara bagi sesi November 2012-April 2013. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Muhammad Shukri Bin Saari  bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini.
komander kesatria batalion VI
     Ucapan telah di sampaikan oleh Pegawai Memerintah, KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim memberikan sedikit ucapan terima kasih dimana dalam ucapan tersebut beliau mengucapkan tahniah di atas komitmen yang diberikan oleh komander-komander kesatria selama ini. Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada komander batch 22 yang baru menamatkan latihan intensif bakal komander pada semester lepas. Tidak lupa juga kepada komander kesatria yang telah mengharumkan nama UiTM Johor dalam pertandingan Jambori di UiTM Kelantan. Kontijen johor telah mendapat tempat ke dua dalam acara Rempuh halangan. Oleh itu, beliau menasihati agar setiap komander haruslah memberikan sepenuh komitmen dalam apa jua aktiviti yang akan dijalankan serta  dapat menjalankan tangungjawab dengan sebaik mungkin . Seterusnya beliau membubarkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria sesi Jun 2012 - November 2012 dan memperkenalkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria batalion Vl bagi sesi November 2012- April 2013.

ucapan Pegawai Memerintah
     Mejar Kesatria Ujud Bin Pabil memberikan ucapan terima kasih kepada  tetamu yang hadir seperti Pegawai Kehormat,Majlis Perwakilan Pelajar,Jawatankuasa Perwakilan Kolej sektor B dan c dan serta mantan-mantan komander yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Beliau mengucapkan selamat datang kepada batch 22 yang baru sahaja menamatkan latihan Insentif Bakal Komander pada  cuti semester yang lepas. Tidak lupa juga  ucapan tahniah diucapkan kepada komander johor kerana telah  membawa kejayaan di Jambori Uitm Kelantan dalam acara Rempuh Halangan. Kontijen Johor mendapat tempat kedua. Tahniah juga diucapkan kepada Komander Madya Nursyuhada binti Mohd Taib yang mendapat anugerah komander siswi  terbaik seluruh uitm. Beliau mengharapkan semua komander dapat memberikan sepenuh komitmen dan mencari lebih banyak lagi pengalaman. Tambahan lagi, beliau berkata komander kesatria adalah imej UiTM yang perlu dijaga. Sijil pentaulihan komander akan diberikan kepada batch seterusnya. Akhir kata, beliau mengucapkan tahniah dan semoga berjaya untuk pemerintahan semester ini.
ucapan Pegawai Kokurikulum
     Seterusnya , majlis ini diteruskan lagi dengan majlis pemakaian pangkat bagi Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria yang telah disempurnakan oleh Pegawai Kokurikulum iaitu Mejar Kesatria Ujud Bin Pabil dan diiringi oleh KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim.

komander yang naik pangkat
  • KMdy NUR SYURIA BINTI MOHD KHAFI
  • KM MOHD JASMAN BIN ABU BAKAR
  • KM NURUL FETRAH BINTI KHAMIS
  • KM SITI FARA AMIRA BINTI AZIZ
  • KM SITI NURAZIMA BINTI AHMAD JAIS
  • KM MUHAMAD THAQIF BIN AZMI
  • KM NOR ANIS AZURA BINTI NORZAM
  • KM AMER SYAZWAN BIN MANSOOR
  • KM NUR FATIN AKMAL BINTI JOHAR
  • KM SARAH SYAFIQAH BINTI ISMAIL
  • KM SITI NUR ATIQAH BINTI AZHAR
  • KM MOHAMAD FARHAN BIN MASKON
  • KM NORMAIAZA BINTI AZMAN
pemakaian pangkat



pemakaian pangkat
     Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang disediakan.

     Mesyuarat berakhir apabila selesainya pembentangan laporan aktiviti bagi setiap biro.Para tetamu dijemput untuk menjamu selera sebelum bersurai.

tetamu jemputan

Sekian, terima kasih.












INDUKSI PEMANTAPAN KOMANDER KESATRIA


Program ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran-kemahiran Komander Kesatria UiTM Johor yang sedia ada untuk ke arah kesempurnaan. Di samping itu, program ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan Komander Kesatria serta mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Dengan adanya program sebegini, ianya mampu menaikkan martabat pihak universiti  di atas keprihatinan yang ditunjukkan. 

Jurulatih yang terlibat untuk program ini ialah En M. Sahlan bin Taip dan En Abdul Aziz bin Idrus manakala En Samsuri bin Mohd Tahir adalah sebagai penyelaras kepada program ini.

28 DISEMBER 2012(JUMAAT)


Para komander diminta untuk berkumpul di bawah kolej masing-masing pada pukul 5.00 pagi sebelum bergerak ke PI bersama-sama. Komander yang terlibat untuk program ini akan menunaikan solat Subuh secara berjemaah di Pusat Islam, Masjid as-Syakirin. Setelah selesai solat Subuh berjemaah di Masjid as-Syakirin, para komander diminta untuk berkumpul di padang kawad untuk melakukan aktiviti Physical Training(PT). Tepat pukul 6.30 pagi, acara PT pagi dimulakan. Komander yang mengetuai PT pada pagi ini adalah KRM Nabilah Musa dan KRM Atikah Jamaluddin. Antara aktiviti yang mereka lalukan untuk PT pagi adalah naik turun tangga BK dan pusing sekeliling BK.
PT pagi
      Oleh kerana hujan turun dengan lebatnya, maka pada pukul 8.00 pagi acara PT pagi terpaksa dihentikan dan disambung dengan aktiviti ice breaking di DK1 dimana setiap komander perlu memperkenalkan diri masing-masing. Selepas itu pada jam 10.00 pagi, terdapat pembentangan tentang minit mesyuarat dari Setiausaha 2 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria dimana pembentangan tersebut perlu disampaikan kepada para komander agar mereka tahu tujuan dan bagaimana cara untuk membuat laporan minit mesyuarat.

LDK 1: ice breaking

perbincangan minit mesyuarat
     Semua komander menikmati makan tengahari pada pukul 12.15 dan pukul 1.00 petang para komander bergerak ke PI untuk solat Jumaat secara berjemaah termasuk komander siswi. Setelah selesai solat Jumaat di PI, maka tibalah masanya untuk mendengar ceramah di DK1. Pada pukul 3.00 petang para komander mendengar ceramah  yang disampaikan oleh Pegawai Kesatria sendiri iaitu Mejar Kesat. Ujud Bin Pabil yang bertajuk Protokol Komander Kesatria dan ceramah tersebut berakhir pada jam 5 petang.

makan tengah hari
ceramah Protokol Komander: Tuan Ujud Bin Pabil
      Semua komander diminta untuk berada di PI bagi menunaikan solat Asar sekaligus menunaikan solat Maghrib dan solat Isyak berjemaah. Setelah selesai menunaikan solat berjemaah di PI, tepat jam 9.00 malam, para komander telah pun berada di padang kawad untuk menikmati makan malam. Selepas itu para komander mendengar ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Kehormat Kesatria iaitu Kapt. Kesat. Norezan Bin Omar dimana tajuk yang disampaikan ialah Taklimat Pemimpin dan Kepimpinan.
ceramah Kepimpinan: Tuan Norezan Bin Omar
                 
Aktiviti pada hari ini berakhir pada pukul 11.00 malam.

29 DISEMBER 2012(SABTU)

Pada pukul 5.00 pagi, para komander diminta untuk berkumpul di bawah kolej masing-masing dan bergerak ke PI bersama-sama. Tepat jam 6.00 pagi para komander menunaikan solat Subuh berjemaah di PI dan bergerak ke padang kawad pada pukul 6.30 pagi untuk aktiviti PT pagi yang diketuai oleh KM Amer Syazwan. Antara aktiviti yang dijalankan ketika PT pagi ialah berlari sekeliling BK, tekan tubi, lari satu UiTM dan angkat kaki 6 inci. Setelah selesai menjalankan aktiviti PT pagi, para komander menikmati sarapan pagi di padang kawad pada pukul 8.00 pagi.

PT pagi
sarapan pagi
            Aktiviti yang seterusnya ialah latihan kawad kaki dimana latihan tersebut akan dikendalikan oleh jurulatih sendiri iaitu En M.Sahlan bin Taip dan En Abdul Aziz bin Idrus. Bagi platun En Sahlan,komander diberi tunjuk ajar tentang kawad tongkat yang betul dan untuk platun En Aziz pula komander akan belajar dengan lebih mendalam tentang kawad kaki. Para komander dibenarkan untuk makan pagi pada pukul 10.30 pagi dan menyambung kembali latihan kawad kaki pada jam 11.30 pagi.

pelajaran kawad tongkat
pelajaran kawad kaki

            Latihan kawad kaki berakhir pada jam 12.30 hari dan selepas itu para komander menikmati makan tengahari dan berkumpul kembali di padang kawad untuk bergerak ke PI babi menunaikan solat Zuhur. Setelah selesai menunaikan solat Zuhur berjemaah di PI, semua komander diminta untuk berkumpul di padang kawad untuk diberi taklimat ringkas tentang aktiviti yang akan mereka lakukan pada petang ini iaitu explorace. Tepat jam 2.30 petang, acara explorace dimulakan dan setiap kumpulan dilepaskan secara serentak.

                        Aktiviti explorace ini terdapat 8 ‘checkpoint’ dimana setiap checkpoint dijaga oleh komander yang terlibat sahaja. Checkpoint 1 berada di PTDI II dimana nama bagi checkpoint ini ialah Tisu Terbang dan komander yang menjaga checkpoint 1 ialah KRK Noreen Farahin dan KRM Zafirah Miseman. Para peserta yang melalui checkpoint ini perlu menerbangkan tisu sehingga masuk ke dalam pinggan yang disediakan. Tisu tersebut tidak boleh jatuh ke lantai dan sekiranya jatuh maka peserta perlu mengulang kembali. Tiada denda yang dikenakan bagi checkpoint 1.

                        Checkpoint ke 2 berada di Ledang In dan nama bagi checkpoint 2 ialah Tanya Fakta dimana peserta akan diberi soalan fakta berkaitan UiTM Johor. Komander yang menjaga checkpoint 2 ialah KRK Ain Farzanah dan KRK Amira Md Esa. Denda akan dikenakan kepada peserta sekiranya peserta gagal menjawab soalan yang diberikan.

                        Seterusnya beralih ke checkpoint 3 yang berada di Rempuh Halangan dan nama bagi checkpoint 3 ialah Biskut Dahi. Komander yang menjaga checkpoint 3 ialah KRK Nabilah Musa dan KRM Atikah Jamaluddin. Apabila peserta melalui checkpoint ini, mereka diminta untuk makan biskut yang berada di dahi mereka dan diberi masa selama 3 minit.

                        Checkpoint seterusnya ialah chekpoint 4 yang dijalankan di perkarangan parking Blok I. Komander yang menjaga checkpoint ini ialah KRK Syafiqah Saleh, KM Fatin Akmal dan KM Sarah Syafiqah dan tajuk bagi checkpoint 4 ialah Peribahasa Rosak dimana peserta akan diberikan 1 peribahasa dan orang yang pertama perlu melukis peribahasa tersebut didalam kertas dan memberikan gambar tersebut kepada orang ke 2 dan seterusnya sehingga sampai kepada orang yang terakhir dan orang yang terakhir perlu menyatakan apakah peribahasa yang cuba disampaikan melalui gambar tersebut. Sekiranya orang yang terakhir salah menyatakan peribahasa yang ditunjukkan melalui gambar tersebut maka kumpulan itu akan didenda.
                        Checkpoint yang ke 5 ialah Sepit Dengan Getah dimana checkpoint ini berada di belakang DK1 dan komander yang menjaga checkpoint 5 ialah KRK Mursyeed, KM Fara Amira, KM Amer Syazwan dan KRK Fatihah Tarmizi. Peserta perlu berlawan dengan komander yang menjaga checkpoint 5. Permainan bagi checkpoint 5 ialah getah disambung sehingga panjangnya sedepa dan dihujung getah tersebut disambung dengan getah yang panjangnya 1 lengan, maka setiap hujung getah yang sedepa terdapat 6 sambungan getah yang panjangnya 1 lengan dimana 3 kiri dan 3 kanan. Dihujung getah yang panjangnya 1 lengan terdapat penyepit baju. Peserta dan komander perlu menyepit getah tersebut dikawasan muka samada telinga,hidung atau mulut. Mereka akan menarik getah tersebut sehingga putus, sekiranya komander berjaya memutuskan getah tersebut maka komander menang dan sekiranya peserta gagal memutuskan getah tersebut, mereka akan dikenakan denda melumurkan lumpur dimuka masing-masing.

check point 5: Sepit Dengan Getah
                        Berikutnya ialah checkpoint 6 yang diberi nama The Magic Of 15. Checkpoint ini berada di padang kawad dan komander yang menjaga checkpoint 6 ialah KRK Azfar dan KRM Siti Amanda. Permainan bagi checkpoint ini ialah peserta perlu menyelesaikan puzle nombor yang disediakan oleh komander yang menjaga checkpoint tersebut. Sekiranya peserta gagal menyelesaikan puzle tersebut maka mereka akan dikenakan denda dimana mereka perlu minum air Spirulina Nestum yang dicampur bersama garam.

check point 6: The Magic Of 15
                        Chekpoint 7 ialah Tiru Video dan tempatnya di Stor Unit Sukan. Kumpulan yang melalui checkpoint ini perlu meniru gaya video yang ditayangkan oleh komander yang menjaga checkpoint 7 iaitu KRM Helen Hamdan, KRM Aisyah dan KRM Fasihah. Mereka diberi masa selama 3 minit untuk berlatih mengulang gaya yang ditunjukkan dan sekiranya mereka gagal membuat aksi berdasarkan vedio tersebut, setiap seorang daripada mereka didenda memakan 2 ulas bawang putih.

                        Checkpoint yang terakhir ialah checkpoint 8 yang bertajuk Tidak Terkata yang berada di NR dan komander yang menjaga checkpoint 8 ialah KRK Nisa dan KRK Farah Fatin. Permainan untuk checkpoint ini ialah mereka perlu meneka apakah ayat yang cuba disampaikan oleh komander yang menjaga checkpoint 8, sekiranya mereka gagal, mereka akan dikenakan denda jalan itik sambil menyanyikan lagu yang mereka ketahui lirik nya.

minum petang
                        Tepat jam 6.30 petang, tamatlah aktiviti explorace dan pada pukul 7.00 malam para komander perlu berada di PI untuk menunaikan solat Maghrib dan solat Isyak berjemaah. Setelah selesai solat berjemaah di PI, pukul 9.00 malam peserta diarahkan untuk menikmati makan malam di padang kawad dan pada pukul 9.30 malam akan ada pembentangan kertas kerja oleh peserta dan berakhir pada pukul 11.15 malam dan peserta bergerak ke padang kawad pada jam 11.30 malam untuk menikmati minum malam. Tepat jam 12.00 malam maka berakhirlah aktiviti untuk hari Sabtu.




30 DISEMBER 2012(AHAD)

Peserta berkumpul dibawah kolej masing-masing pada pukul 5.00 pagi untuk bergerak ke PI bagi menunaikan solat Subuh berjemaah. Seperti biasa, setelah selesai solat Subuh di PI, peserta akan melakukan aktiviti PT pagi yang dikendalikan oleh KM Amer Syazwan. Pada jam 7.30 pagi, peserta menikmati sarapan pagi di padang kawad.


 
sarapan pagi
 Pada pukul 8.00 pagi peserta bersiap untuk bergerak ke Jabatan Balai Bomba. 


 
bersedia untuk ke balai bomba
Perjalanan ke Balai Bomba mengambil masa selama 30 minit sahaja dan peserta tiba ke Jabatan Balai Bomba & Penyelamat Malaysia, Bandaputra, IOI Segamat pada pukul 8.30  pagi. Setibanya peserta di sana, mereka diberikan taklimat oleh staf disana tentang aktiviti yang akan mereka lakukan dan undang-undang ketika berada disana.

taklimat di balai bomba
         
Pada pukul 10 pagi, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dimana kumpulan pertama akan diajar bagaimana cara menggunakan BA System yang betul. BA System ini digunakan ketika menyelamatkan mangsa yang berada di bawah tanah dan di dalam bangunan. Peserta turut diajar cara pemakaian BA System yang benar. Mereka juga diberitahu tentang keselematan yang pihak bomba perlu patuhi ketika menggunakan BA System semasa menyelamatkan mangsa di bawah tanah mahupun di dalam bangunan.
cara pemasangan BA System


penggunaan BA System

           
Kumpulan kedua pula diajar cara pembentangan dan menggulung hos yang betul sebelum bergerak ke kawad hos. Mereka perlu tahu asas kawad hos agar apabila mereka melakukan kawad hos, mereka tahu cara untuk membentang dan menggulung hos. Mereka juga perlu tahu bagaimana cara untuk memegang nozel yang betul serta posisi yang betul ketika membawa hos. Kumpulan yang ketiga akan melakukan kawad hos yang sebenar.

pembelajaran membentang dan menggulung kawad hos
pembelajaran kawad hos

penyampaian cenderahati

            Setelah selesai menjalani aktiviti di Balai Bomba, peserta menikmati makan tengahari di Balai Bomba pada pukul 1.30 hari dan pada pukul 2.30 hari peserta bergerak pulang ke UiTM. Tepat jam 3.00 petang, peserta diarahkan untuk bergerak ke DK1 untuk acara penyampaian hadiah dan tayangan video. Sebelum penyampaian hadiah dimulakan, para komander dihidangkan dengan tayangan video yang disediakan oleh KM Farhan Maskon. Selepas tayangan multimedia, penyampaian hadiah dimulakan dan disampaikan oleh Kmdy Muhammad Firdaus Naim bin Jahari. Acara penyampaian hadiah berakhir pada pukul 3.30 petang. Peserta dibenarkan pulang ke kolej masing-masing selepas itu.



penyampaian hadiah