MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, November 29, 2013

UNDANGAN KE PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
BATALION VI
UiTM CAWANGAN JOHOR


 Dengan segala hormatnya kami menjemput
Tuan / Puan / Encik / Cik

KE
PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
BATALION VI
UiTM CAWANGAN JOHOR
SESI NOVEMBER 2013 - APRIL 2014

Tarikh03 Disember 2013 ( Selasa )
Masa: 8.00 malam
TempatDewan Kuliah 1 (DK 1)
Pakaian: F1/ BATIK

Kehadiran Tuan/Puan/Encik/Cik
amat kami alu-alukan



ATUR CARA MAJLIS

20.00     : Ketibaan Komander Kesatria Batalion VI
20.45     : Ketibaan Pegawai Kesatria / Staf Unit Kokurikulum / Pegawai            
              Kehormat Kesatria  / Tetamu Jemputan
21.00     : Nyanyian Lagu  : Bangsa Johor
                                             : Negaraku
                                             : Wawasan Setia Warga UiTM
21.10 : Bacaan doa
21.15 : Ucapan Aluan oleh KK Muhamad Jasman bin Abu Bakar
           : Pembubaran Organisasi Lama Jawatankuasa Perwakilan
              Komander Kesatria Batalion VI Sesi Jun 2013 – Oktober 2013
           : Pelantikan Organisasi Baru Jawatankuasa Perwakilan Komander  Kesatria Batalion VI Sesi November 2013 – April 2014
21.35 : Ucapan oleh Mejar  (Kest.) Ujud bin Pabil
21.55 : Sesi Pemakaian Pangkat Komander Kesatria Batalion VI
            : Sesi Penyampaian Hadiah Pasukan Jambori Tahunan Komander Kesatria   Siri 9/2013
22.25 : Tayangan Multimedia
22.50 : Nyanyian Lagu UiTM DiHatiku
23.00 : Jamuan Ringan
23.30 : Bersurai




Friday, November 22, 2013

Latihan Intensif Bakal Komander Siri 24/2013




Pada 04 November 2013 hingga 17 November 2013 yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Negara Batalion VI dengan kerjasama Unit Kokurikulum UiTM Johor Kampus Segamat telah mengadakan program Latihan Intesif Bakal Komander (LIBK) Siri 24/2013. Program ini disertai oleh 78 orang dan dikendalikan oleh Komander-komander Kesatria Negara yang terlatih.

LIBK ini berlansung selama 14 hari . Pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini berlansung antaranya adalah kawad kaki, penunjuk arah, jalan lasak dan sebagainya.

Para peserta di bahagikan kepada 2 platun. Mereka dilatih oleh 4 orang jurulatih iaitu En. M.Sahlan Bin Taib, En.Abdul Aziz Bin Idrus, En.Arshad Bin Hj.Mohd Syukur dan En.Mohd Ayub Bin Hassim. Bermula dengan senaman pagi di sekitar kawasan UiTM, kemudian diikuti dengan latihan kawad kaki.Pelbagai kerenah dapat dilihat sepanjang aktiviti ini berlansung.

Selang beberapa hari kemudian, para peserta LIBK di bawa ke Bukit Asahan, Melaka untuk latihan pandu arah. Segala aktiviti pada hari itu berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kumpulan pandu arah sesat ketika menjalankan latihan. Kegembiraan bertambah apabila peserta-peserta LIBK berpeluang mengadakan perkhemahan di tasik Cincin, Melaka.

Pada hari terakhir pula, Majlis Tamat Latihan atau lebih dikenali sebagai ‘Passing Out’ telah berlansung. Majlis Tamat Latihan ini dirasmikan oleh Brig. Gen. (Kest) Prof Madya Dr Hj Omar Bin Samat iaitu Rektor UiTM Johor.Selain itu, 3 peserta yang telah dinilai akan mendapat anugerah tertentu. Bagi anugerah kawad kaki terbaik jatuh kepada KRM Norhanim Binti Mat Sariff, bagi anugerah akademik terbaik jatuh kepada KRM Wan Afiq Aminin Bin Wan Ahmad Fekri dan bagi anugerah keseluruhan terbaik jatuh kepada KRM Muhammad Ikhmal Bin Muhamad Fadzil.


Selepas itu, majlis pemakaian pangkat oleh ibu bapa masing-masing berlansung. Ibu bapa 
serta adik-beradik turun padang bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Kesimpulannya, program selama 14 hari ini berlansung tanpa berlakunya sebarang masalah dan gangguan. Tahniah kepada batch 24 yang baru sahaja menjalani Latihan Intensif Bakal Komander. Selamat Datang ke Komander Kesatria Batalion VI.

JAMBORI SIRI 9/2013 (UiTM PUNCAK ALAM)




Pada  31 Oktober 2013 yang lepas, telah diadakan Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 09/2013 di UiTM Puncak Alam. Program ini berlansung selama  5 hari iaitu bermula pada 31 Oktober 2013 sehingga 4 November 2013. Seramai 35 orang Komander Kesatria UiTM Johor dihantar untuk menyertai program ini.Sebanyak 13 kontinjen dari UiTM seluruh Malaysia termasuk kontinjen  daripada UiTM Sarawak telah menyertai Jambori Komander Kesatria UiTM siri 09/2013. Sebanyak 4 acara yang dipertandingkan. Antaranya ialah Kawad Senyap, Puncak Challenge, Pertandingan Kebudayaan (Tarian Kontemporari) dan Video Koperat.

 
Pada 31 Oktober 2013, kami telah bertolak pada jam 10.37 pagi dan sampai pada jam 03.00 petang. Selepas sahaja kami sampai, kami dikehendaki membuat pendaftaran dan kami diberi tempa penginapan. Pada jam 08.30 malam, satu taklimat program dan suai kenal telah diadakan di DK500. Pada malam tersebut juga telah diadakan cabutan undi giliran untuk acara-acara yang dipertandingkan. Berikut adalah giliran bagi setiap acara UiTM Johor:-
                                -Kawad Senyap = Giliran ke 5 (sesi pertama)
                                -Kebudayaan     = Giliran ke 9 


Pada keesokan harinya, iaitu pada 1 November 2013 adalah pertandingan Kawad Kaki Senyap. Pertandingan ini adalah acara yang dinanti-nantikan oleh semua kontinjen. Komander Kesatria UiTM Johor telah menghantar 35 orang komander termasuk simpanan untuk menyertai pertandingan ini dan pertandingan ini diketuai oleh KMdy Amer Syazwan Bin Mansoor. Dengan kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan oleh Komander Kesatria UiTM Johor dalam acara ini, keputusan yang diraih sangat membanggakan seterusnya mengangkat nama Komander Kesatria UiTM Johor. UiTM Johor telah mendapat tempat kedua dalam acara ini secara keseluruhan. Namun UiTM Johor telah mendapat Persembahan Terbaik Kawad Kaki dan Ketua Platun Terbaik (KMdy Amer Syazwan Bin Mansoor).Selepas selesainya pertandingan kawad kaki, pada jam 04.00 petang telah diadakan Raptai Perbarisan Perasmian Penutup. Semua kontinjen bersemangat  melakukan raptai tersebut. Acara diteruskan lagi pada jam 08.30 malam iaitu ceramah di DK500.
Pertandingan Kawad Senyap
Pertandingan Kawad Senyap
 
Ketua Platun Terbaik: KMdy Amer Syazwan Bin Mansoor

Pada 2 November 2013, Pertandingan Puncak Challenge telah diadakan. Pertandingan ini merangkumi  aktiviti berbasikal, berlari, menaiki tangga kejayaan,  abseiling, memanah dan river crossing. Seramai 12 orang komander terlibat dalam acara ini. Dengan paduan tenaga dan semangat yang ditunjukkan serta kerjasama yang jitu diberikan, Komander Kesatria UiTM Johor berjaya meraih tempat Kedua (Naib Johan) di dalam acara ini. Keputusan ini juga memberi impak positif kepada nama Komander Kesatria UiTM Johor. Pada jam 04.00 petang, Raptai Perbarisan Perasmian Penutup diadakan sekali lagi bagi memastikan Perbarisan Perasmian Penutup yang sebenar adalah yang terbaik. Acara diteruskan lagi pada jam 08.30 malam iaitu Pertandingan Kebudayaan (Tarian Kontemporari). Seramai 10 orang komander terlibat dalam acara ini bagi mewakili Komander Kesatria UiTM Johor. Kontinjen dari Johor telah membawa Tarian Zapin untuk dipertandingkan sesuai dengan kebudayaan Johor. Langkah tari yang kemas serta tersusun telah memberi Komander Kesatria UiTM Johor tempat yang keempat.
Acara Puncak Challenge
Peserta Berbasikal
Peserta Puncak Challenge
Peserta Zapin
Pertandingan Tarian


Pada 3 November 2013 yang lalu, acara diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Penutup pada jam 09.00 pagi. Turut hadir memberi sokongan dan sebagai wakil daripada UiTM Johor,Kol.(Kest) Prof Madya Dr Mohd Halim Bin Kadri (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar). Beliau juga merakamkan jutaan tahniah serta rasa bangga kepada Komander Kesatria UiTM Johor.Pada jam 08.30 malam, Majlis Makan Malam Pentauliahan Komander yang berlansung di De Palma Hotel, Shah Alam. Disamping memberi pentauliahan kepada komander yang akan grad, keputusan pertandingan video koperat juga diumumkan. Komander Kesatria UiTM Kedah telah menjuarai pertandingan ini.
Pada 4 November 2013, jam 09.00 pagi Komander Kesatria UiTM Johor telah bertolak pulang ke kampus. Segala kemenangan adalah berkat usaha, kerjasama, kesungguhan yang diberikan oleh Komander Kesatria UiTM Johor. Semoga Komander Kesatria UiTM Johor lebih berjaya di masa akan datang..
Majlis Makan Malam Pentauliahan



Tahniah dan syabas diucapkan.