MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, February 25, 2023

MAJLIS PENUTUP PERTANDINGAN KOMPENI KOKURIKULUM BERUNIFORM (PERKOM KO) 2022

    Pada 13 Januari 2023, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI telah mengadakan Majlis Penutup Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform (PERKOM KO) 2022 yang bertempat di Padang Kawad UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, Majlis Penutup ini telah dirasmikan oleh BRIG. JEN. PROF. MADYA DR. SAUNAH BINTI ZAINON (KEST), Rektor Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor diiringi oleh LT. KOL. UJUD BIN PABIL (KEST) selaku Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum dan Penasihat, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran KOL. DR. BASARUDDIN SHAH BIN BASRI (KEST) selaku Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Johor serta para ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Johor bagi memeriahkan lagi Majlis Penutup PERKOM KO 2022.


    Majlis dimulakan dengan ketibaan Barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Johor diiringi oleh Barisan Pegawai Kehormat Kesatria dan Barisan Staf Unit Kokurikulum untuk masuk ke majlis.

Ketibaan tetamu VIP

    Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian daripada BRIG. JEN. PROF. MADYA DR. SAUNAH BINTI ZAINON (KEST), Rektor UiTM Cawangan Johor diiringi oleh LT. KOL. UJUD BIN PABIL (KEST).

Ucapan Perasmian daripada Rektor UiTM Johor

    Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap acara yang disampaikan oleh BRIG. JEN. PROF. MADYA DR. SAUNAH BINTI ZAINON (KEST) dan diiringi oleh LT. KOL. UJUD BIN PABIL (KEST). Bagi juara keseluruhan Pertandingan PERKOM KO 2022 ini disandang oleh Kompeni Kesatria Kembara diikuti oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara sebagai naib johan. Bagi tempat ketiga pula telah disandang oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar kokurikulum Semester 1 kerana telah bersama-sama melibatkan diri dalam PERKOM KO 2022.

Juara Keseluruhan PERKOM KO 2022 iaitu Kompeni Kesatria Kembara

Naib Johan PERKOM KO 2022 iaitu Kompeni Charlie Kesatria Negara

Tempat Ketiga PERKOM KO 2022 iaitu Kompeni Foxtrot Kesatria Negara

    Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada BRIG. JEN. PROF. MADYA DR. SAUNAH BINTI ZAINON (KEST) oleh LT. KOL UJUD BIN PABIL (KEST), diiringi oleh KOL. DR. BASARUDDIN SHAH BIN BASRI (KEST) .

Penyampaian cenderahati 

    Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Kawad Kaki Formasi daripada Komander Kesatria yang diketuai oleh KK Aiman Hakim Bin Rushdan Ridla, Pegawai Memerintah  Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI. Selain itu, majlis juga telah diserikan dengan persembahan sajak oleh Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) yang merupakan Juara bagi pertandingan deklamasi sajak PERKOM KO 2022 dan diikuti oleh persembahan daripada Kompeni Brass Band yang sungguh memukau.

 

Persembahan Kawad Kaki Formasi 

Persembahan Sajak oleh Kor Suksis

Persembahan Kompeni Brass Band

    Akhir sekali, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku. Di kesempatan ini juga, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Majlis Penutup PERKOM KO 2022 pada semester ini.  Sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta dan para pemenang. Tidak lupa juga kepada Juara Keseluruhan PERKOM KO 2022 iaitu Kompeni Kesatria Kembara, tahniah dan syabas kami ucapkan.