MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, April 24, 2015

Makan Malam Komander Batalion VI UiTM Johor sesi Disember 2014 - April 2015


Pada Makan Malam Komander Batalion VI UiTM Johor yang lalu KRM Muhammad Zikri bin Hairuddin dan KRK Norsuzila binti Basiran telah ditugaskan untuk menjadi pengerusi majlis. Kata alu-aluan serta ucapan terima kasih telah diucapkan kepada para pegawai kesatria UiTM Johor, barisan pegawai kehormat, staf-staf unit kokurikulum, para jurulatih kokurikulum, wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), wakil Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), barisan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander UiTM Johor, dan para komander kesatria di atas kesudian mereka menghadiri Makan Malam Komander Batalion VI bagi sesi Disember 2014 - April 2015. Bagi memberkati makan malam yang gilang gemilang tersebut, bacaan asmaul husna dan doa telah diketuai oleh KRM Mohd Ashraf Huzairi bin Hussain.


Lt. M (K) Mohd Syafizi bin Shahrani memberi ucapan
Seterusnya, Lt. M (K) Mohd Syafizi bin Shahrani selaku pegawai memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Johor memberi ucapan terlebih dahulu pada permulaan majlis, beliau juga telah menyampaikan sebuah sajak yang direka sendiri khas untuk makan malam tersebut dan memberi ucapan yang cukup bermakna buat para komander dan para hadirin. Kolonel Kesatria Prof. Madya Dr. Mohd Halim bin Kadri selaku Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Johor pula dijemput untuk memberi ucapan sekali gus merasmikan Makan Malam Komander Batalion VI UiTM Johor. Beliau berkata beliau cukup berbangga dengan pencapaian Jambori yang telah diadakan di UiTM Johor pada cuti semester yang lalu kerana telah membolot kesemua acara dan telah mengalahkan pesaing terdekat iaitu komander dari UiTM Sabah. 

Kolonel Kesatria Prof. Madya Dr. Mohd Halim bin Kadri selaku Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Johor
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan gimik pembukaan Makan Malam Komander Batalion VI UiTM Johor dan majlis mempersilakan KRM Mohd Ashraf Huzairi bin Hussain untuk mengetuai bacaan doa makan sebelum menikmati hidangan yang telah disediakan. Selepas itu, tayangan khas multimedia pula iaitu video Jambori untuk perbarisan masuk kontinjen Jambori dan penyampaian anugerah dekan kepada para komander yang berjaya maraih anugerah dekan bagi semester yang lepas telah disampaikan oleh Kolonel Kesatria Prof. Madya Kamel Taufiq bin Abdul Ghani.


Seterusnya, upacara pemakaian pingat penghargaan kepada para komander yang bakal menamatkan pengajian pada semester ini telah disampaikan oleh Kolonel Kesatria Prof. Madya Dr. Mohd Halim bin Kadri, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Johor, Kolonel Kesatria Prof. Madya Kamel Taufiq bin Abdul Ghani, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Johor, dan Kolonel Kesatria Y.M. Dr. Raja Adzrin binti Raja Ahmad, Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri dan Alumni UiTM Johor. Bukan itu sahaja, Kolonel Kesatria Y.M. Raja Adzrin binti Raja Ahmad juga telah menyampaikan hadiah kepada komander yang telah mendapat anugerah komander terbaik luar bidang iaitu KM Juliana Tasha binti Sukardi.

Upacara Pemakaian Pingat Penghargaan
Lt. M (K) Nurul Izzati binti Ismail

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi anugerah komander terbaik kategori akademik iaitu Lt. M (K) Nurul Izzati binti Ismail yang telah disampaikan oleh Kolonel Kesatria Prof. Madya Kamel Taufiq bin Abdul Ghani. Anugerah komander terbaik keseluruhan pula telah diraih oleh Lt. M (K) Mohd Syafizi bin Shahrani dan telah disampaikan oleh Kolonel Kesatria Prof. Madya Dr. Mohd Halim bin Kadri. Acara berikutnya ialah majlis pemakaian pangkat bagi Jawatankuasa Tertinggi Komander Kesatria UiTM Johor yang baru dan telah disampaikan oleh Kolonel Kesatria Prof. Madya Dr. Mohd Halim bin Kadri. Berikut ialah barisan Jawatankuasa Tertinggi Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor yang baru ;

1. KMdy Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil
2. KM Muhammad Irfan bin Amir
3. KM Nur Farah Ain binti Abdull Rasid
4. KM Muhammad Najib bin Ahmad Azir
5. KM Baharun bin Abu Samah
6. KM Nurul Amirah binti Morshid
7. KM Siti Dayana binti Ahmad Thani
8. KM Amirrul Mukminin bin Mohd Anuar

KMdy Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil

Barisan Jawatankuasa Tertinggi Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor yang baru
Kemudian, tiba masanya majlis Penyerahan Kuasa bagi semester hadapan iaitu sesi Jun - Oktober 2015. Lt. M (K) Muhd Syafizi bin Shahrani selaku Pegawai Memerintah semester ini menyerahkan kuasa kepada KMdy Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil dan upacara tersebut telah disaksikan oleh para pegawai kehormat. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada para tetamu V.V.I.P dan V.I.P oleh Mejar Kesatria Ujud bin Pabil selaku penasihat Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Johor.


Lt. M (K) Muhd Syafizi bin Shahrani selaku Pegawai Memerintah semester ini menyerahkan kuasa kepada KMdy Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil




Sekian, terima kasih.