MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, July 25, 2013

Happiest Day"s Jengking Love Ukhwah & Iftar

Pada 14 Julai 2013 bersamaan hari Ahad yang lalu, Komander Kesatria UiTM Johor telah mengadakan program Happiest Day's Jengking Love (Ukhwah & Iftar) sempena bulan Ramadhan pada tahun ini.Majlis berbuka puasa tersebut melibatkan semua Komander Kesatria UiTM Johor.Majlis ini diadakan di Padang Kawad.Para komander dikehendaki memakai baju kurung bagi siswi dan memakai baju melayu bagi siswa.


Para komander diminta untuk berkumpul di Padang Kawad pada jam 6.45 petang bagi membuat persediaan berbuka puasa. Setiap komander yang hadir akan menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan.Sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa tersebut, para komander beramah mesra di antara satu sama lain.

Pada jam 7.10 malam, ucapan dimulakan oleh pengacara majlis iaitu KRM Nurul Fatin Binti Suhaimi. Pada jam 7.15 malam, bacaan doa berbuka puasa dan doa makan oleh KRM Muhammad Hizamuddin Bin Muzakkir.Seterusnya pada pukul 7.20 malam, majlis berbuka puasa dimulakan.



Manakala pada jam 7.45 malam, para komander solat maghrib berjemaah yang di imamkan oleh KRM Muhammad Hizamuddin Bin Muzakkir.Selepas itu, bacaan yassin diadakan.
Pada jam 8.30 malam, solat Isyak dan solat sunat terawih secara berjemaah telah diadakan yang di imamkan oleh KRM Muhamad Arsad Bin Md Yunus.

Manakala pada jam 10.00 malam, satu aktiviti ringkas telah diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim di antara komander-komander.Di antara aktiviti yang diadakan adalah permainan Galah Panjang dan ting-ting.Aktiviti berakhir pada jam 11.30 malam dan majlis bersurai.


Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment