MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, July 24, 2013

Malam Perjumpaan Dwi - Tahunan Kompeni Bravo Sesi Jun 2013 - November 2013

Pada 6 Julai bersamaan hari sabtu, Kompeni Bravo telah mengadakan Malam Perjumpaan Dwi-Tahunan Sesi Jun 2013-Oktober 2013. Acara ini berlangsung di Dewan Kuliah 2 pada pukul 9.00 malam. Antara tetamu jemputan ialah Left. (Kest.) Jamil Bin Sulong selaku Penyelaras Kesatria Negara, jurulatih Kompeni Bravo, En. Arshad Bin Hj. Mohamed Shukor, dan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria.




Acara di mulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, KRM Nur Farah Ain Binti Abdull Rasid. Bagi memberkati majlis, KRK Akmal Hadi Bin Talib telah mengetuai bacaan doa.



Seterusnya, acara diteruskan lagi dengan ucapan oleh Mantan Ketua Kompeni Bravo, KMdy Amer Syazwan Bin Mansoor. Beliau membubarkan Ahli Jawatankuasa Kompeni Bravo Sesi November 2012- April 2013. Seterusnya beliau mengucapkan tahniah kepada KM Nur’ Ain Syahirah Binti Mohd Suhaimi di atas perlantikan beliau sebagai ketua kompeni Sesi Jun 2013-Oktober 2013.



Sebagai Ketua Kompeni Sesi Jun 2013-Oktober 2013, KM Nur’ Ain Syahirah Binti Mohd Suhaimi telah melantik dan memperkenalkan Jawatankuasa Kompeni Bravo Sesi Jun 2013-Oktober 2013. Beliau turut menerangkan aktiviti menarik yang telah dirancang pada semester ini.



Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripda KMdy Mursheed Bin Mad Diah selaku wakil Jawatankuasa Tertinggi JPKK. Beliau telah memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria bagi sesi Jun 2013 - November 2013.





Left. (Kest.) Jamil Bin Sulong selaku penyelaras kokurikulum Kompeni Bravo mengucapkan selamat datang kepada semua para tetamu. Dalam ucapannya juga, beliau menekankan dan memberi nasihat serta peringtan mengenai kepentingan kehadiran semua pelajar ke kelas kokurikulum yang boleh memberi kesan kepada pencapaian kokurikulum semua pelajar. Selain itu, beliau turut menawarkan permohonan untuk menjadi Komander Kesatria kepada para pelajar semester 1.



Seterusnya, Left. (Kest.) Jamil Bin Sulong telah menyerahkan surat perlantikkan jawatankuasa kepada Komander-Komander Kompeni Bravo. Mesyuarat berakhir apabila selesainya persembahan multimedia dan para tetamu dan para pelajar dijemput untuk menjamu selera sebelum bersurai.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment