MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, July 31, 2013

Malam Kerlipan Syawal

Pada 29 Julai 2013 yang lalu, iaitu pada hari isnin. Komander Kesatria UiTM Johor telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama pegawai kehormat. Majlis ini diadakan bertujuan untuk merasa suasana berbuka puasa diambang syawal sekaligus menjadikan ia sebagai kenangan terindah yang dapat dijadikan memori bagi setiap tetamu yang hadir. Anatara pegawai kehormat yang hadir:
  • Mejar (Kest) Ujud Bin Pabil
  • Mejar (Kest) Syazali Effendi Bin A.Wahab
  • Mejar (Kest) Zanariah Binti Abdul Rahman
  • Kapt (Kest) Nor Ezan Bin Omar
  • Kapt (Kest) Ismail Bin Pahmi
  • Kapt (Kest) Norsyidah Binti Mahmat Sani
  • Kapt (Kest) Norfariza Binti Mohd Ali
  • Lt (Kest) Jamil Bin Sulong
  • Lt (Kest) Mohd Juakhir Bin Hassan
  • Encik Jamaluddin Bin Hasseman@Dasiman
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi majlis iaitu  KRM NURUL AFIFAH BINTI JAIS dan KRM NUR ATIKAH BINTI JAMALUDDIN pada jam 6.00 petang. Majlis diteruskan lagi dengan baccan doa yang diketuai oleh KRM MUHAMMAD SHUKRI BIN SAARI. Seterusnaya, pada jam 6 majlis diteruskan dengan kata alu-aluan daripada pegawai memerintah,  KK MUHAMAD JASMAN BIN ABU BAKAR. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pegawai kokurikulum, Mejar (Kest) Ujud Bin Pabil.

Pada jam 6.30 petang, majlis diteruskan dengan tazkirah daripada KAPT. (KEST.) Ismail bin Pahmi. Semua tetamu yang hadir diberi input yang sangat berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Tazkirah tamat pada jam 7.10 malam dan diteruskan dengan sesi ramah mesra antara pegawai kehormat dan komander sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Tepat jam 7.23 malam, semua tetamu berbuka puasa bersama-sama. Pada jam 8.00 malam sesi fotografi bersama-sama diadakan sejurus menutup majlis berbuka puasa ini untuk memberi laluan kepada para tetamu menunaikan solat.
Kehadiran tetamu

Kehadiran tetamu

Kehadiran tetamu

Cenderahati tetamu


Majlis berbuka

Gamba kenangan


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment