MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, July 24, 2013

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Bomba UiTM Cawangan Johor Sesi Jun2013- Oktober 2013

Perjumpaan Dwi – Tahunan Kompeni  Bomba UiTM Cawangan Johor pada semester ini telah diadakan di Dewan Kuliah 1, bertarikh 8 Julai 2013 pada jam 8.30 malam. Perjumpaan pada kali ini dihadiri oleh 40 orang komander dan 107 orang pelajar kokurikulum. KRM Nurul Nabila Binti Abdul Hamid bertindak sebagai pengerusi majlis memulakan ucapan dengan alu-aluan dan terima kasih kepada kepada Pegawai Kehormat Kompeni Bomba dan Penyelamat Kapten (Kest.) Ahmad Kamalrulzaman Bin Othman, Penyelaras Kokurikulum Kompeni Bomba Left. (Kest.) Mohd Juakhir Bin Hassan,wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KMdy Mursheed Bin Mad Diah, serta barisan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor.


Left. (Kest.) Mohd Juakhir Bin Hassan selaku penyelaras kokurikulum Kompeni Bomba dan Penyelamat mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu. Beliau juga menawarkan permohonan untuk menyertai Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria kepada para pelajar semester satu bagi membuat persiapan Jambori pada tahun 2014 yang bakal diadakan di sini.  Akhir sekali, beliau mengharapkan penyertaan yang sebaik-baiknya daripada semua pelajar dalam menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan.

Seterusnya Kapten (Kest.) Ahmad Kamalrulzaman Bin Othman selaku Pegawai Kehormat Kompeni Bomba dan Penyelamat memberikan ucapan mengalu-alukan kehadiran para tetamu serta mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat iaitu KM Nur ‘Afifah Binti Ahmad dan kepada para tetamu yang lain. Selain itu, beliau  memaklumkan bahawa sokongan akan sentiasa diberikan kepada Kompeni Bomba dan Penyelamat UiTM Johor.


Selaku wakil Top6, Quarter Master iaitu KMdy Nurkhairunnisa Binti Salleh telah mengucapkan tahniah kepada Ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat iaitu KM Nur ‘Afifah Binti Ahmad atas perlantikan beliau sebagai Ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat sesi Jun - Oktober 2013 dan berharap pemerintahan yang baru dapat membuat tranformasi dan kejayaan kepada kompeni. Selepas itu, beliau  telah memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria bagi sesi Jun- Oktober 2013 dan menyeru para pelajar untuk menyertai Latihan Intensif Bakal Komander dan menjadi komander.

Tidak lupa juga peluang untuk berucap diberikan kepada mantan ketua Kompeni iaitu KM Nur Sarah Syafiqah Binti Ismail yang bertindak sebagai Ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat sesi November 2012 - April 2013. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pemerintahan baru iaitu sesi Jun - Oktober 2013 dan mengharapkan   kejayaan dalam kompeni. Selepas itu, beliau telah membentangkan  Jawatankuasa Kompeni Bomba dan Penyelamat sesi November 2012 – April 2013 dan telah membubarkan Jawatankuasa Kompeni Bomba dan Penyelamat sesi November 2012 – April 2013.

KM Nur ‘Afifah Binti Ahmad bertindak sebagai Ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat sesi Jun – Oktober 2013 telah memaklumkan kepada para pelajar mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada semester ini serta mengharapkan sokongan dan kerjasama dapat diberikan daripada para pelajar kepada Kompeni Bomba Dan Penyelamat sendiri. Selepas itu, beliau telah memperkenalkan serta melantik ahli  Jawatankuasa Kompeni Bomba dan Penyelamat sesi Jun – Oktober 2013



Majlis kemudiannya diakhiri dengan majlis jamuan ringan buat para tetamu jemputan.


Di sini, dilampirkan Carta Organisasi Kompeni Bomba Dan Penyelamat Sesi Jun 2013- Oktober 2013
Sekian. terima kasih

No comments:

Post a Comment