MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, July 24, 2013

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Alpha Sesi Jun 2013-Oktober 2013


Pada 7 Julai 2013, bertempat di Dewan Kuliah 1 telah berlangsungnya majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Alpha Sesi Jun 201- Oktober 2013. Majlis bermula pada pukul 9.00 malam. Antara tetamu yang hadir ialah Left. (Kest.) Jamil Bin Sulung selaku Penyelaras Kokurikulum Kesatria Negara, jurulatih Kompeni Alpha, En. Mohamad Nasir Bin Fairin, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion IV serta para pelajar semester 1 Kompeni Alpha.


Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh KRM Nur Fazida Binti Fadzil selaku pengacara majlis. Bagi memberkati majlis pada malam tersebut, Saudara Muhamad Ashraf Bin Anuar Haryono telah mengetuai bacaan doa.


Seterusnya, ucapan telah disampaikan oleh KM Nur Fatihah Binti Mohamad Tarmizi selaku Ketua Kompeni Alpha. Beliau menerangkan mengenai aktiviti yang telah dirancang kepada para pelajar semester 1 Kompeni Alpha. Selain itu, beliau turut membubarkan Jawatankuasa Kompeni Alpha Sesi November 2012-April 2013 dan seterusnya melantik Jawatankuasa Kompeni Alpha Sesi Jun 2013- Oktober 2013.





Selaku wakil TOP 6, KMdy Amer Syazwan Bin Mansoor telah menyampaikan ucapan beliau. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana di jemput menghadiri majlis tersebut. Beliau turut memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion IV UiTM Johor.




Majlis di teruskan lagi dengan ucapan oleh Penyelaras Kokurikulum Kesatria Negara, Left. (Kest.) Jamil Bin Sulung. Beliau menasihati para pelajar semester 1 Kompeni Alpha untuk sentiasa menghadiri Hari Kokurikulum. Tindakn yang tegas akan di ambil apabila ada mana-mana pelajar yang tidak menghadirkan diri ke kuliah. Beliau turut melahirkan rasa bangga di atas pencapaian yang di capai oleh Kompeni Alpha pada semester lepas.


Majlis diakhiri dengan tayangan multimedia serta sedikit jamuan ringan.

Di sini, dilampirkan Carta Organisasi Kompeni Alpha Sesi Jun 2013- Oktober 2013

                                                                Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment