MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, July 24, 2013

Perjumpaan Agong Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI SESI JUN 2013-OKTOBER 2013.


Bertempat di Dewan Kuliah 1 pada 24 Jun 2013 telah diadakan Perjumpaan Agong Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI. Antara tetamu yang hadir ialah:
  •  Mejar (Kest.) Ujud Bin Pabil selaku Pegawai Kokurikulum,
  •  Kapt. (Kest.) Norsyidah Binti Mahmat Sani,
  •  Mejar (Kest.) Zanariah Binti Abdul Rahman, 
  •  Kapt. (Kest.) Ismail Bin Pahmi,
  •  Kapt. (Kest.) Nor Ezan Bin Omar, 
  •  Kapt. (Kest.) Norfariza Binti Mohd Ali,
  •  Kapt. (Kest.) Farizah Binti Mamat @ Mohd Nor,
  •  Mantan-mantan serta para komander Kesatria Batalion ke VI.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh pengacara majlis, KRM Suhaila Binti Sulaiman.Seterusnya, bagi memberkati majlis, KRM Muhd Hizam telah mengetuai bacaan doa.


Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang  disampaikan oleh Pegawai Memerintah, KK Muhamad Jasman Bin Abu Bakar. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menghadiri majlis pada malam tersebut. Beliau turut menerangkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang pada semester ini. Malahan, beliau turut mengucapkan tahniah di atas pencapaian Komander Kesatria di dalam Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) di UiTM Dungun, Terengganu. Beliau telah membubarkan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria sesi Nov 2012-April 2013 sekali gus melantik Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion IV sesi Jun -Oktober 2013.


Seterusnya, Mejar (Kest.) Ujud Bin Pabil selaku Pegawai Kokurikulum telah menyampaikan sepatah dua kata. Beliau mengucapkan tahniah dan bangga di atas pencapaian yang telah di raihkan. Beliau berharap agar lebih ramai pelajar yang berminat untuk menyertai  Komander Kesatria UiTM Johor. Tambahan lagi, beliau berharap agar segala aktiviti yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.


Majlis diteruskan lagi dengan sesi pemakaian pangkat Komander Kesatria Batalion VI. Seterusnya, para tetamu dipertontonkan dengan tayangan multimedia.Majlis berakhir selepas para tetamu jemputan menjamu selera.


Berikut merupakan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Johor
bagi sesi Jun 2013 - Okt 2013.


Di sini juga diselitkan video Majlis Tertinggi Komander Kesatria bagi sesi Jun - Oktober 2013.






Sekian, terima kasih.




No comments:

Post a Comment