MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, July 24, 2013

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Kembara UiTM Cawangan Johor Sesi Jun 2013-Oktober 2013

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Kembara UiTM Cawangan Johor pada semester ini telah diadakan pada 27 Jun 2013 jam 8 malam bertempat di LT 1. Seramai 163 orang pelajar kokurikulum Kesatria Kembara telah hadir pada malam tersebut. Perjumpaan ini bertujuan untuk membubar ahli jawatankuasa yang lama serta melantik ahli jawatankuasa yang baru.
 


KAPT. (KEST.) Norfariza binti Mohd Ali selaku Pegawai Kehormat Kesatria dan KAPT. (KEST.) Norsyidah binti Mahmat Sani selaku Penolong Pegawai Kokurikulum telah hadir ke perjumpaan tersebut. Turut hadir sama pada perjumpaan tersebut ialah barisan Top 10, barisan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor serta para komander.

Ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Penyelaras Kokurikulum Kompeni Kesatria Kembara UiTM Johor Kapt. (Kest) Norsyidah Binti Mahmat Sani, KK Muhamad Jasman Bin Abu Bakar selaku Pegawai Memerintah Komander Kesatria UiTM Johor, Majlis Tertinggi Komander Kesatria dan ahli-ahli Kompeni Kesatria Kembara Sesi Jun – Okt 2013.


Setelah bacaan doa yang diketuai oleh KRK Muhammad Shukri bin Saari diaminkan, Penyelaras Kesatria Kembara memberikan ucapan. Dalam ucapan tersebut,beliau memberi keterangan keada pelajar- pelajar kokurikulum tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang semester ini dan menegaskan kepada mereka bahawa kehadiran mereka dalam setiap aktiviti yang diadakan adalah amat penting kerana dapat membantu mereka dalam meningkatkan CGPA.

Seterusnya, majlis menjemput wakil Top6 untuk tampil memberikan ucapan. Dalam ucapan tersebut,beliau telah membentangkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Jun – Oktober UiTM Cawangan Johor.

Setelah itu, Ketua Kompeni Kesatria Kembara iaitu KM Nurul Ain Shazwani binti Shariff telah memberikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau telah membubar jawatankuasa sesi Nov 2012 – Mac 2013 dan memperkenalkan jawatankuasa yang baru. Selain itu,beliau juga telah memberi beberapa nasihat kepada para pelajar kokurikulum yang baru menyertai Kompeni Kesatria Kembara.

Setelah itu,tayangan multimedia dipertontonkan kepada para tetamu VIP dan pelajar kokurikulum yang hadir sebelum  diakhiri dengan majlis jamuan ringan.

Di sini, dilampirkan Carta Organisasi Kompeni Kesatria Kembara Sesi Jun 2013-Oktober 2013



Sekian,terima kasih.

No comments:

Post a Comment