MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, July 24, 2013

Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC)


Pada 27 Mei 2013 yang lalu, Komander Kesatria UiTM Johor telah menyertai pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) yang bertempat di UiTM Dungun, Terengganu sehingga 29 Mei 2013. Pelbagai pertandingan telah dipertandingkan seperti, EOQ iaitu merangkumi acara berkayak, berbasikal,berlari, jalan lasak, orienteering, bola tampar, istana pasir, teater, dan memancing.








Sebelum itu, sebagai persediaan daripada segi fizikal dan mental, Komander Kesatria UiTM Johor telah mengadakan latihan daripada segi aspek fizikal dan mental bermula pada15 Mei 2013 hingga 25 Mei 2013. Sepanjang sesi latihan, Komander Kesatria UiTM Johor memberi komitmen yang sangat cemerlang dan bersemangat di samping dalam meningkatkan lagi pencapaian fizikal dan mental.Keseluruhan komander yang terlibat dalam KKEC adalah 30 orang.

Komander Kesatria UiTM Johor bertolak ke UiTM Dungun, Terengganu pada 25 Mei 2013.Acara bermula pada 27 Mei 2013 iaitu perasmian, orienteering , istana pasir dan jalan lasak. Acara sampingan juga diadakan bagi memeriahkan lagi KKEC 2013 ini seperti aktiviti memancing, dan bola tampar pantai.Orienteering memerlukan 6 orang untuk menyertai aktiviti ini.Manakala istana pasir disertai oleh 3 orang perempuan dan 2 lelaki.Jalan lasak pula dilakukan pada sebelah malam dengan kekuatan sebanyak 15 orang tidak termasuk 2 orang reserve. Jalan lasak dilakukan dengan jarak sejauh 16 km.


Seterusnya, pada 28 Mei 2013, acara yang dipertandingkan adalah  EOQ iaitu berbasikal, berkayak dan berlari. Acara berbasikal memerlukan 4 orang komander dengan jarak sejauh  22km. Acara kayak dan larian memerlukan 4 orang komander dan 2 reserve.

Terakhir sekali, pada 29 Mei 2013 tibalah saat-saat yang dinantikan iaitu majis perasmian penutup serta penyampaian hadiah. UiTM Johor telah memenangi acara EOQ di tempat yang kedua, memancing juga telah merangku tempat kedua. Selepas selesai majlis perasmian tersebut, sesi lawatan juga diadakan. Para komander berpeluang ke Pasar Payang dan masjid terapung. Para komander menikmati pemandangan dan meraikan kemenangan bersama-sama.

Keputusan keseluruhan KKEC 2013 ialah tempat pertama, UiTM Pahang, kedua pula  disandang oleh UiTM Johor dan ketiga pula disandang oleh UiTM Terengganu. Semangat yang di tonjolkan oleh komander  Johor ternyata tidak mampu ditangani atau ditandingi oleh UiTM kampus lain.Semoga Komander Johor terus melangkah ke depan dan mencatat kejayaan yang lebih membanggakan.





Di sini, terdapat video yang telah dimuatkan bagi melihat aktiviti yang dijalankan semasa Komander Kesatria Endurance Challange (KKEC) berlangsung.





Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment