MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, July 24, 2013

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sesi Jun2013-Oktober2013

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) UiTM Cawangan Johor pada semester ini telah diadakan pada 1 Julai 2013 jam 8.30 malam bertempat di Dewan Kuliah 1. Seramai 259 orang termasuk para pelajar kokurikulum,jurulatih dan para komander telah hadir pada malam tersebut. Perjumpaan ini bertujuan untuk membubar ahli jawatankuasa yang lama serta melantik ahli jawatankuasa yang baru.


Pada mesyuarat agong kali ini, KRM Siti Aishah Binti Mohd Yunus telah bertindak sebagai pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada Leftenan Kesatria Mohd Juakhir bin Hassan, Kapten Kesatria Muhammad Ismail bin Pahmi, Tuan Shukor bin Mohd Das selaku wakil jurulatih, KM Noor Fatin Akmal Binti Johar selaku mantan ketua kompeni , KM Nursyafiqah Binti Mohd Saleh selaku ketua kompeni serta barisan Majlis Tertinggi.




Ucapan ini telah diberikan oleh KM Noor Fatin Akmal Binti Johar sebagai Mantan Ketua Kompeni Sesi November 2012–April 2013. Di dalam ucapan tersebut, beliau telah menyatakan aktiviti–aktiviti sepanjang semester lepas. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia diatas kerjasama yang telah mereka berikan dalam menjayakan setiap aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas, beliau juga mengucapkan terima kasih di atas komitmen dan usaha setiap komender Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dalam merialisasikan setiap aktiviti tersebut. Sebelum mengakhiri ucapan, beliau telah membubarkan ahli Jawatan kuasa Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bagi sesi November 2012 – April 2013.



Ucapan ketua kompeni didahului dengan ucapan kata alu-aluan kepada tetamu yang hadir .Dalam ucapan ini, beliau telah memberitahu bahawa pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk semester ini, antaranya adalah “Endurance Challenge Of JPAM”  untuk pelajar semester satu, dua dan tiga, Malam Seribu Bintang juga untuk pelajar semester satu, dua dan tiga. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang aktiviti Minggu Kokurikulum(MIKO) dan Res-Q Challenge. Beliau juga berharap akan mendapat kerjasama dari semua pihak terutamanya pelajar kokurikulum semester 1 agar dapat memberikan kerjasama dan komitmen kepada semua komander terutama dalam aktiviti MIKO dan Res-Q Challenge.



KK Muhamad Jasman Bin Abu Bakar memberikan sedikit ucapan terima kasih di mana dalam ucapan tersebut beliau mengucapkan tahniah di atas komitmen yang diberikan oleh komander-komander kesatria selama ini. Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada komander batch 23 yang baru menamatkan Latihan Intensif Bakal Komander(LIBK) pada semester lepas. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan KM Nursyafiqah Binti Saleh selaku Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) yang baru. Beliau berharap agar KM Nursyafiqah Binti Saleh dapat menggalas tanggugjawab yang diberi sebaik mungkin sekali gus menaikkan nama kompeni. Tambahan lagi, sebagai pelajar kokurikulum, seharusnya dapat memberi kerjasama terhadap komander-komander dengan menghadiri kelas kokurikulum pada waktu yang ditetapkan. Seterusnya beliau memperkenalkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria batalion Vl bagi sesi April 2013-Oktober 2013.


Left.(Kest.) Mohd Juakhir bin Hassan telah memberikan ucapan selaku Penyelaras Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Beliau telah memulakan ucapan beliau dengan kata-kata aluan kepada pelajar kokurikulm semester 1. Di samping itu, beliau menasihatkan agar pelajar kokurikulum semester 1 dan sebagai peringatan kepada pelajar semester lain untuk hadir ke kelas kokurikulum iaitu setiap hari Rabu(semester 1), Khamis(semester 2) dan Jumaat(semester 3) pada setiap minggu. Jikalau pelajar tidak  menghadirkan diri selama tiga hari tanpa ada kenyataan rasmiseperti surat cuti sakit, pelajar tersebut akan mendapat surat amaran dan seterusnya tidak dibenarkan untuk memasuki dewan peperiksaan pada peperiksaan akhir.



Majlis diteruskan dengan tayangan multimedia sebelum diakhiri dengan jamuan ringan yang dihidangkan buat tetamu jemputan.

Di sini, dilampirkan Carta Organisasi Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sesi Jun 2013- Oktober 2013


Sekian terima kasih..

No comments:

Post a Comment