MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, July 24, 2013

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Badan Pertolongan Cemas UiTM Cawangan Johor Sesi Jun-Oktober 2013

Perjumpaan Dwi – Tahunan Kompeni  Badan Pertolongan Cemas UiTM Cawangan Johor pada semester ini telah diadakan di Dewan Kuliah 1, bertarikh 3 Julai 2013 pada jam 9.00 malam. Perjumpaan pada kali ini dihadiri oleh 7 Komander Badan Pertolongan Cemas.


Nur Habibah Binti Pawit dan Farith Azizi Bin Mohayyaddin Abdul, pelajar kokurikulum Badan Pertolongan Cemas telah ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis pada Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Badan Pertolongan Cemas pada kali ini.Kedua-duanya telah memberi ucapan alu-aluan kepada Kapten (Kest.) Rosnani Binti Mohd Salleh selaku Pegawai Kehormat, Penyelaras Kokurikulum Badan Pertolongan Cemas iaitu Leftenan (Kest.) Samsuri Bin Mohd Tahir,  serta para tetamu jemputan yang sudi hadir ke Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Badan Pertolongan Cemas.

Penyelaras kokurikulum Badan Pertolongan Cemas iaitu Leftenan (Kest.) Samsuri Bin Mohd Tahir telah memberi ucapan selamat datang kepada pelajar kokurikulum semester 1 Kompeni Badan Pertolongan Cemas.Beliau berharap agar para pelajar dapat memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama kepada komander-komander kompeni Badan Pertolongan Cemas bagi melancarkan yang bakal dijalankan pada semester ini.Beliau juga telah menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh Kompeni Badan Pertolongan Cemas pada semester ini.

KMdy Mursheed Bin Mad Diah telah memberikan ucapan selaku wakil daripada Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke VI. Beliau telah memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion Ke-6 UiTM Cawangan Johor pada semester ini iaitu Jun 2013 -Oktober 2013.


KM Siti Nur Atiqah Binti Azhar telah membubarkan ahli jawatankuasa Kompeni Badan Pertolongan Cemas sesi Disember 2012-April 2013 di dalam ucapannya. Beliau amat berharap agar para pelajar kokurikulum semester 1 dapat memberikan kerjasama yang terbaik kepada para komander-komander Badan Pertolongan Cemas pada kali ini.

Selepas ucapan pembubaran, KM Norsuliana Binti Mohd Saupi selaku Ketua Kompeni Badan Pertolongan Cemas telah membuat pelantikan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Badan Pertolongan Cemas sesi Jun 2013 - Oktober 2013. Sebagai tanda ucapan terima kasih kerana telah menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Badan Pertolongan Cemas dan melibatkan diri dalam kompeni Badan Pertolongan Cemas, sedikit cenderahati diberikan kepada Pegawai Kehormat iaitu Kapten (Kest.) Rosnani Binti Mohd Salleh, Penyelaras Kokurikulum Badan Pertolongan Cemas, Leftenan (Kest.) Samsuri Bin Mohd Tahir, mantan-mantan serta Ketua Kompeni Badan Pertolongan Cemas, KM Norsuliana Binti Mohd Saupi.


Bagi memeriahkan lagi Perjumpaan Dwi-Tahunan Badan Pertolongan Cemas sesi Jun 2013 – Oktober 2013, ahli jawatankuasa Badan Pertolongan Cemas telah bertungkus-lumus dalam menyediakan video-video bagi tatapan para tetamu jemputan serta para pelajar Badan Pertolongan Cemas. Antara persembahan multimedia yang dipersembahkan adalah tayangan Carta Organisasi Kompeni BadanPertolonganCemas, tayangan aktiviti Badan Pertolongan Cemas sesi Disember 2012 – April 2013 dan juga tayangan multimedia Carta Organisasi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-6.

Selepas itu, dif-dif jemputan berpindah majlis untuk menjamu selera sekali gus menutup majlis.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment