MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, August 19, 2016

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI JABATAN PERTAHANAN AWAM SESI JUN-OKTOBER 2016

Pada 25 jun 2016 yang lepas, telah diadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni JPAM yang bertempat di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada jam 10 pagi.


Majlis ini telah dikelola oleh KRK Khairunnisa' binti Norizam selaku pengacara majlis dan pelajar kokurikulum iaitu Nor Bazran bin Baharom telah mengetuai bacaan doa, Asmaul Husna dan doa rabitah.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh penyelaras iaitu Leftenan Kesatria Mohd Juakhir bin Mohd Hassan. Beliau meminta agar pelajar semester 1,2 dan 3 dapat memberikan kerjasama yang baik kepada jurulatih dan komander. Beliau juga turut mengucapkan selamat datang kepada pelajar semester 1 yang baru mendaftar.


Selepas itu, majlis menjemput Ketua Kompeni iaitu KMdy Masita binti Hasim untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa yang baru dan membubarkan ahlijawatankuasa yang lama.


Selepas itu, majlis menjemput wakil barisan Top 10 iaitu KMdy Haifaa Syafiqah binti Azmi untuk memberikan ucapan. Beliau menyeru agar semua pelajar dapat memberikan komitmen yang baik ketika pertandingan perkad yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selesai ucapan daripada wakil top 10, majlis diteruskan lagi dengan tayangan multimedia. Selepas itu, majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu VIP.


Majlis bersurai selepas tamat sesi bergambar.

No comments:

Post a Comment