Wednesday, August 31, 2016

KARNIVAL PERKAD 2016


Pada 24, 26, dan 27 Ogos yang lalu, Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor telah mengadakan Karnival PERKAD bagi tahun 2016. Secara khususnya, program ini melibatkan keseluruhan pelajar kokurikulum semester 1. Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai daya ketahanan dari segi mental dan fizikal, berdisplin dan berdaya saing di antara satu sama lain . Di samping itu, program ini dianjur bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim para pelajar, para komander dan staf-staf unit kokurikulum. 



24 Ogos 2016 (Rabu)

Program bermula pada 24 Ogos 2016 bersamaan pada hari Rabu. Acara dimulakan dengan acara Perbarisan . Buat pengetahuan semua, acara perbarisan merupakan acara yang baru diperkenalkan pada tahun ini . Acara ini menuntut pelajar untuk berkawad seperti perbarisan tamat latihan . Acara ini diadakan pada waktu petang iaitu waktu Kor para pelajar sem 1 . Para Pelajar dilepaskan mengikut urutan kompeni bermula daripada kompeni Kesatria Negara iaitu Kompeni Alpha, Kompeni Bravo, Kompeni Charlie dan diikuti kompeni Kesatria Kembara seterusnya kompeni Bomba dan Penyelamat, kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) , kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), kompeni Brassband dan akhir sekali diikuti oleh Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) . 
Keputusan pertandingan diumumkan terus selepas acara berlangsung .

Berikut adalah keputusan pertandingan bagi acara perbarisan : 

Tempat Pertama : Kesatria Negara Bravo 
Tempat Kedua : Kesatria Negara Alpha 
Tempat Ketiga : Bomba dan Penyelamat 

25 OGOS 2016 (Jumaat)

Acara diteruskan lagi pada hari Sabtu pukul 8.00 pagi, dengan acara perasmian . Majlis Perasmian dihadiri oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Brig. Jen. (K) Prof. Madya Dr. Azizan bin Abdullah . 
Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah  Kol. (K) Mohd Khairul Ariff bin Noh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Kol. (K) Dr Raja Adzrin binti Raja Ahmad, Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri dan Alumni,  Mejar (K) Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Johor, barisan pegawai kehormat kesatria dan suksis UiTM Cawangan Johor, Ketua-ketua bahagian, ketua-ketua unit UiTM Cawangan Johor, barisan jurulatih kokurikulum dan para pengadil, para komander kesatria UiTM Cawangan Johor, para KOR sukarelawan siswa siswi polis (Suksis) UiTM Johor dan para pelajar kokurikulum UiTM Cawangan Johor.

Pada pagi tersebut KRK Muhammad Haziq bin Mohd Fuad dan KRK 'Aliah Nazihah binti Maznan telah bertindak selaku pengerusi majlis . Tirai majlis dibuka dengan bacaan doa oleh KMdy Muhammad Zikri bin Hairuddin bagi memberkati lagi majlis dan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Seterusnya, majlis telah menjemput KMdy Asiahtul Qubra binti Mat Zin selaku Timbalan Pegawai Memerintah Komander Kesatria Batalion VI, UiTM Cawangan Johor sesi Jun - Oktober 2016 untuk menyampaikan ucapan. 
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Brig. Jen. (K) Prof. Madya Dr. Azizan bin Abdullah . 

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan demonstrasi Tempur Tanpa Senjata (TTS)  daripada para komander kesatria negara . TTS adalah sebahagian daripada kokurikulum kesatria 2 dan 3 . TTS adalah seni mempertahankan diri yang diamalkan di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan merupakan silibus utama kesatria semester 2 dan 3. 

Persembahan TTS 
Persembahan ini turut diselitkan dengan gimik bagi pembukaan PERKAD. 
Majlis diteruskan dengan persembahan daripada Brassband .  

Pada hari yang sama, pertandingan Rempuh Halangan diadakan pada sebelah petang . Acara dimulakan pada pukul 5:00 petang di padang rempuh . 
Acara ini hanya disertai oleh 8 kompeni sahaja, kerana Kor Suksis tidak masuk bertanding . 
Ketua pengadil pada hari tersebut ialah Mejar (K) Mohd Ismail bin Pahmi. Para jurulatih telah menjadi pembantu pengadil sepanjang acara Rempuh Halangan berlangsung. Syukur, kesemua peserta yang terlibat tidak mengalami cedera parah semasa bertanding malah mereka semua berjaya menghabiskan halangan dengan bantuan ahli pasukan masing-masing. Kerjasama amat dititikberatkan dan semangat yang membara telah membuatkan mereka berjaya tiba hingga ke penamat. Bukan itu sahaja, semua rakan-rakan dari semua kompeni telah memberikan kata-kata semangat dan sorakan semasa para peserta berada dalam litar rempuh halangan. Seterusnya, ketua pengadil iaitu Mejar (K) Mohd Ismail bin Pahmi mengumumkan keputusan pertandingan .

Berikut adalah keputusan pertandingan bagi acara Rempuh Halangan :

Tempat Pertama : Kompeni Kesatria Bravo
Tempat Kedua : Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
Tempat ketiga : Kompeni Kesatria Alpha 


Pada sebelah malam pula, telah diadakan acara Kawad Kaki Kreatif . Acara ini disertai oleh semua kompeni termasuk daripada sukarelawan Kor Suksis . 

Berikut adalah keputusan bagi acara Kawad Kaki Kreatif : 

Tempat Pertama : Kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
Tempat Kedua    : Kompeni Bomba dan Penyelamat
Tempat Ketiga    : Kompeni Brassband


Anugerah Platun Terbaik pula jatuh kepada KRK Sofi Suraya binti Sofruddin dari kompeni Kesatria Negara Alpha 


26 OGOS 2016 (Sabtu)

Acara diteruskan lagi dengan Mini Marathon pada pukul 8.00 pagi. Sebelum itu para komander mengiringi acara senamrobik untuk memanaskan badan terlebih dahulu. Tempat bermula adalah di kawasan padang kawad dan tamat ditempat yang sama. Terdapat 9 'checkpoint' yang harus dilalui oleh semua peserta Mini Marathon. Bukan itu sahaja, malah para komander juga turut serta dalam acara ini. Kesemua peserta yang menyertai acara ini juga akan menyumbang mata bagi kompeni masing-masing untuk dikumpulkan pada akhir PERKAD nanti. Hadiah yang disediakan adalah dari tempat pertama hinggalah tempat keduapuluh untuk siswa dan siswi.

Berikut adalah keputusan bagi acara Mini Marathon :

Tempat pertama : Kesatria Negara Charlie
Tempat Kedua    : Kesatria Kembara
Tempat ketiga    : Kesatria Negara Bravo

Kini, acara yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pada hari yang sama pada pukul 10:00 pagi, telah berlangsungnya Majlis Penutupan Karnival PERKAD 2016. Turut hadir pada majlis penutupan tersebut ialah Kol. (K) Dr Raja Adzrin binti Raja Ahmad, Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri dan Alumni,  Mejar (K) Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Johor, barisan pegawai kehormat kesatria dan suksis UiTM Cawangan Johor, Ketua-ketua bahagian, ketua-ketua unit UiTM Cawangan Johor, barisan jurulatih kokurikulum dan para pengadil, para komander kesatria UiTM Cawangan Johor, para KOR sukarelawan siswa siswi polis (Suksis) UiTM Johor dan para pelajar kokurikulum UiTM Cawangan Johor.


Pada pagi tersebut KRK Muhammad Farouqi Izzad bin Abdul Rahman dan KRK 'Aliah Nazihah binti Maznan telah bertindak selaku pengerusi majlis . Tirai majlis dibuka dengan bacaan doa oleh KMdy Muhammad Zikri bin Hairuddin bagi memberkati lagi majlis dan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Seterusnya, majlis telah menjemput Komander Kanan Muhammad Tashdiq bin Basri selaku Pegawai Memerintah Komander Kesatria Batalion VI, UiTM Cawangan Johor sesi Jun - Oktober 2016 untuk menyampaikan ucapan dan diteruskan lagi dengan ucapan oleh Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri dan Alumni,  Kol. (K) Dr Raja Adzrin binti Raja Ahmad . 

Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada Brassband . 

Kini tibalah masa untuk mengumumkan Juara Keseluruhan bagi Karnival PERKAD 2016. Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya menjemput Kol. (K) Dr Raja Adzrin binti Raja Ahmad, Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri dan Alumni diiringi oleh Mejar (K) Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum UiTM Johor bagi menyampaikan hadiah kepada Juara Keseluruhan bagi Karnival PERKAD 2016.

Juara bagi Karnival PERKAD 2016 menjadi  milik kompeni Kesatria Negara Bravo . 


Pihak Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Johor mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada para pemenang dan menghargai komitmen dan masa yang telah diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan karnival PERKAD tahun 2016. Diharapkan kejayaan yang dirangkul dapat dikekalkan dan komitmen yang diberikan dapat diteruskan dalam tahun yang akan datang . 

Sekian Terima kasih





No comments:

Post a Comment