Friday, August 19, 2016

MESYUARAT AGONG DWI-TAHUNAN KOMPENI BRASS BAND SESI JUN-OKTOBER 2016

Pada 25 jun 2016 bersamaan dengan hari sabtu lepas juga telah diadakan Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band yang bertempat di Lecture Theater 1 (LT1) pada jam 5 petang.

Pengerusi majlis bagi Mesyurat Agong pada kali ini ialah Nur Areena Syairah bt Mohd Sapri. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluandiucapkan kepada pegawai kokurikulum iaitu Penyelaras Kompeni Brass Band, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria, Ketua Kompeni Brass Band serta yang turut hadir ke majlis ini.

Pengerusi Majlis iaitu Nur Areena Syairah bt Mohd Sapri


Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa yang telah diketuai oleh Saudara Muhammad Ali Saifuddeen bin Mohd Nizam bagi memberkati majlis yang mulia ini.

Bacaan doa diketuai oleh saudara Muhammad Ali Saifudden


Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Ketua Kompeni iaitu KMdy Maisarah binti Zainal untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa yang baru dan membubarkan ahli jawatankuasa yang lepas. Beliau juga berharap agar para pelajar terutamanya pelajar semester 1 dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepaada para komander Kesatria serta dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang bakal dijalankan.

Ucapan dari Ketua Kompeni

Selepas itu, majlis dengan hormatnya telah menjemput wakil barisan Top 10 iaitu KMdy Noorafiqah binti Rizuan untuk memberi ucapan. Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu yang hadir dan terima kasih kepada semua ahli Kompeni Brass Band kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mesyuarat agong kali ini. Beliau turut menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung pada semester ini.

                                       Ucapan daripada Penyelaras Kompeni Brassband iaitu Left. (K) Muhizan bin Miskam

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan tayangan multimedia bagi memperkenalkan ahli jawatankuasa Brass Band dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas.

Selepas itu, majlis mengucapkan ribuan terima kasih pada tetamu VIP dan majlis bersurai.

                   Gambar kenangan para Komander dan ahli tertinggi Brassband.                      





No comments:

Post a Comment