MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, August 19, 2016

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOMPENI CHARLIE SESI JUN-OKTOBER 2016

Pada 11 julai 2016 yang lalu telah diadakan Mesyurat Agung Tahunan Kompeni Charlie yang bertempat di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada jam 8 malam.

Antara tetamu VIP yang hadir

Pada mesyuarat pada kali ini saudari KRK Nur Syahirah binti Mohd Azman telah bertugas sebagai pengerusi majlis. Ucapan terima kasih dan ucapan alu-aluan kepada penyelaras Kompeni Charlie, penasihat kompeni Charlie, Pegawai Memerintah Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI, wakil Top 10, Majlis tertinggi JPKK, jurulatih, komander-komander kompeni Charlie serta para pelajar semester 1 kompeni Charlie.

Pengerusi majlis iaitu KRK Nur Syahirah binti Mohd Azman

Bagi memberkati majlis yang mulia ini, saudara Muhammad Aniq Herman bin Mohd Salim telah bertindak sebagai  ketua dalam pembacaan doa bagi majlis yang berbahagia ini.

Bacaan doa oleh pelajar kokurikulum

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada penasihat kompeni Charlie iaitu Kapt. (K) Siti Zarikh Sofia binti Abu Bakar. Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua plajar semester 1 ke Kompeni Charlie sesi Jun-Oktober 2016. Beliau berharap agar semua pelajar dapt memberikan kerjasama yang baik sepanjang semester ini.

Ucapan daripada penasihat Kesatria Negara Kompeni Alpha

Seterusnya, majlis menjemput Ketua Kompeni Charlie iaitu KMdy Nur Balqis binti Samsuri untuk melantik ahli jawatankuasa yang baru serta membubarkan ahli jawatankuasa yang lepas.

Selesai ucapan pembubaran dari Ketua Kompeni, majlis menjemput wakil daripada barisan Top 10 iaitu KM Muhammad Haris Fadzillah bin Mohd Yunos untuk memberikan ucapan. Beliau telah menerangkan beberapa aktiviti yang telah berlangsung pada semester lepas.

Setelah itu, majlis diterukan lagi dengan tayangan multimedia. Selesai tayangan multimedia, majlis mengucapkan terima kasih kepada tetamu VIP dan menjemput mereka untuk menjamu selera.

 Pelajar-pelajar yang hadir

Pelajar-pelajar yang hadir

Majlis bersurai apabila selesai sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

No comments:

Post a Comment