MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, August 14, 2016

MESYURAT AGUNG DWI-TAHUNAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA BATALION VI

Pada 24 Jun 2016 , Mesyuarat Agung Dwi-tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI telah diadakan. KRK Mohamad Farouqi Izzad Bin Abd Rahman dan KRK Khairunnisa' Binti Norizam telah bertindak sebagai pengerusi majlis.

Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada para pegawai kesatria UiTM Johor, barisan jurulatih, wakil setiap kolej kediaman dan para komander batalion VI di atas kesudian menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI bagi sesi Jun - Oktober 2016. Majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga Uitm. Seterusnya, bacaan asmaul husna dan doa diketuai oleh KRK Badrulsyah Firdaus Bin Mohd Johar bagi memberkati lagi majlis yang gilang gemilang ini.


Majlis seterusnya menjemput Lt. M (K) Muhammad Najib Bin Ahmad Azir selaku Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Disember 2015 - April 2016 memberi ucapan terlebih dahulu pada permulaan majlis. Beliau membubarkan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Disember 2015 - April 2016. Selepas itu, majlis menjemput KK Muhammad Tashdiq Bin Basri selaku Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Jun - Oktober 2016 memberi ucapan dan melantik Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Jun - Oktober 2016. Seterusnya, Mejar (K) Ujud bin Pabil selaku Pegawai Kokurikulum UiTM Johor memberikan ucapan alu-aluan sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI.


Majlis diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat komander madya (KMdy) oleh Mejar (K) Ujud bin Pabil, Lt. Kol. (K) Syazali Effendi bin A.Wahab, dan LT (K) Muhizan Bin Miskam :

1) KMdy Noorafiqah Binti Rizuan
2) KMdy Muhamad Zulfadhli Fazoli Bin Zakaria
3) KMdy Anis Shafiqah Binti Rozali
4) KMdy Batrisyia Binti Mohd Lotffi
5) KMdy Nursyafiqah Binti Ahmad
6) KMdy Jannatul Farhana Binti Rahman
7) KMdy Nur Alfina Ainin Binti Hussien
8) KMdy Muhammad Zikri Bin Hairudin
9) KMdy Siti Khairunnisa' Binti Sabri @ Bacuk
10) KMdy Nur Faizatul Syazwani Binti Sulaiman
11) KMdy Siti Saliza Binti Md Said
12) KMdy Nor Ainon Syafiqah Binti Ahmad
13) KMdy Nur Balqis Binti Samsuri sebagai
14) KMdy Nur Azwaa Fazila Binti Yahya
15) KMdy Muhammad Noriman Bin Mohd Ali
15) KMdy Masita Binti Hasim
16) KMdy Maisarah Binti Zainal


Seterusnya, pemakaian pangkat bagi komander muda (KM) :

1) KM Nur Ainaa' Insyirah Binti Sulaiman
2) KM Fatin Nur Aqilah Binti Abdullah Shukri
3) KM Nur Amanina Binti Azhari
4) KM Muhammad Aliff Haikal Bin Nor Azman
5) KM Firdaus Bin Hamdi
6) KM Muhammad Haris Fadzillah Bin Mohd Yunos


Akhir sekali, para jemputan didedahkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan video melalui tayangan multimedia yang telah disediakan oleh para komander Biro Media dan Publisiti. Seterusnya, setelah berakhirnya tayangan multimedia, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu UiTM Dihatiku dan Darah Satria. Akhir sekali, para tetamu dijemput untuk menikmati sedikit jamuan makan yang telah disediakan.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment